Tuesday, February 28, 2012

saya sangat mengantuk

tahniah buat boss yang telah selamat lahirkan putera comel jumaat lepas..pandai sungguh dia plan cuti..jumaat tuh cuti tub2 terus bersalin..

saya sekarang ganti tempat bos..settlekan beberapa kerja sebelum nak cuti lg 3 minggu ni..my love dlm perut ni pun dah seronok berpusing2 dgn mcm2 irama..kdg2 sampai senak dibuatnya..

perlu settle projek dgn ukm,projek saya tgh buat utk desktop software,task pada training students dan projek can portal..fuhh mcm x cukup masa je kalau pk psl2 keje ni..xpela,saya cuba siapkan mana termampu..

lately sangat mengantuk..dh terkena syndrom bos dulu masa masuk fasa 9 bulan..x payah tunggu ptg2 nk ngantuk..dgn bilik cool nyaman dan sunyi sepi ni terasa nak je baring terus..huhu..

hubby will off to china next week..saya berdebar jugak sebab dah sarat camni + nak kene urus anak2 malam + hntar ambil dr sekolah..semoga DIA permudahkan urusan saya dan bagi kesihatan yg baik..

doakan buat saya ye..tetap takut nak bersalin walau dah anak ke 3..ngeee..ngee..moga dipermudahkan semuanya..ameen

Tuesday, February 14, 2012

ujian untuk kami

Sudah 2,3 malam saya tidak dapat lena..memikirkan ujian yang Allah turunkan buat kami sekeluarga..abang kandung yang sangat saya dan keluarga sayangi telah ditimpa ujian..Dirinya terkena strok di bahagian otak..subhanallah..sesungguhnya Ibarat saya ada dua belah tangan..tangan sebelah kanan saya di pimpin oleh suami dan tangan sebelah kiri dipimpin oleh abang..saya dah hilang sebelah tangan kiri..

Abang yang kami panggil sebagai abang Li adalah seorang abang yang sangat2 bertanggungjawab,baik hati dan pemurah…kami yang telah kehilangan ibu dan ayah ni mengharap pada abang sorang ni ketika buntu mencari penyelesaian sesuatu perkara..usah katakan saya,malah seluruh ahli keluarga saya lain seramai 10 orang terkedu menerima ujian ini..

Abang saya ni tinggal di sungai buloh..memandangkan inilah satu2 abg kandung saya tinggal area KL ni,saya sekeluarga selalu kerumah beliau hamper setiap minggu…kalau cuti panjang,kadang2 kami luangkan masa bersama anak2 bercuti..last kami habiskan masa bersama ketika cuti thaipusam lepas sebelum saya menerima berita pahit 4 hari selepas itu..

Abang saya ni sangat pemurah..setiap bulan kirim duit kat kampong pada adik beradik yg susah..pantang sape x cukup duit,duit dia dahulu yang dihulurkan..zaman2 saya tinggal di u dulu pun bukan sedikit saya ‘menyusahkan’ beliau ulang alik hantar saya ke bangi hujung minggu..duit usah di kira..kalau keluar makan,mmg dia selalu belanja..sebab tuh Allah murahkan rezeki dia hingga dia dapat beli rumah 700k,anak2 yang pandai dan mendengar kata..susah sangat nak dapat abang seperti beliau even saya ada 3 orang lagi abang lain..

Pandangannya selalu bernas..selalu kalau perbincangan,pandangan beliau menjadi orang kepentingan dan keputusan beliau menjadi hasil..

Sekarang ni abang dah x mampu bercakap secara normal..lain nak cakap,lain perkataan yang keluar..menulis,menaip sms pun tidak mampu lagi..kami perlu belajar menerima perubahan ini even sangat terasa susah…

Apapun,saya mengharapkan abang sabar dan tabah menerima ujian ini..begitu juga buat kak zura dan anak2 buah yang lain..memang susah untuk menerima suratan ini..tapi insyaallah moga berkat doa semua,abang dapat disembuhkan dan kembali normal sedia kala..

Doakan untuk abang saya..kami sangat2 sayang padanya..ya Allah,kurniakan kekuatan pada kami untuk menerima ujian ini..sesungguhnya kami hanya hambaMU yang amat kerdil..bantulah kami ya Rabb..

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

~~Coretan Hati~~ Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template