Wednesday, March 30, 2011
semput datang lagi
malam kelmarin dah x tahan..tido sambil duduk sampai sakit pinggang.Terus pagi semalam ke klinik azizah..kebetulan dr Aida bertugas..mmg sebelum ni dr pernah check & bagi ubat pelbagai..so duduk terus ckp ada semput sampai doc pun ckp hai ckp pun dh semput..terus die check pernafasan..sekali tekap je terus die suruh ambil nebulizer...
memang rasa lega lepas amik neb tuh..tp petangnye batuk teruk lg & mlmnye terpaksa amik inhaler untuk kurangkan..
mungkinkah saya tersalah makan?rasa mcm tidak...
semput ni start datang lepas je saya bersalinkan husna..zaman hanis dulu xde...means selepas saya mula ambil ubat perancang noriday.. mungkin effect ubat ni...kalau siapa pernah alami semput ni memang akan terasa seksanya..
lately memang saya terasa naik tangga 1 tingkat pun dah mengah semacam..& paling teruk saya dapat bunyi pernafasan sendiri..penat memang penat..harap2 cepatla sembuh kembali..sebab saya dan husband teringin sgt nk makan durian skrg ni...hehe...ni 'ubat' mujarab untuk semput ni...
ya Allah,panjangkan usiaku,kurniakan kesihatan baik buatku,suamiku,anak2ku dan semua ahli keluargaku..ameen..
Tuesday, March 29, 2011
Earth Hour
Sabtu lepas..tepat jam 8.30 pm kami tutup semua lampu...sampai maid and anak2 tercengang2 kenape kene bergelap..sebab tengok kt umah org lain( koridor umah kami mengadap koridor umah2 lain,so nampakla ada yang terang benderang..it's depends la kan..maybe ade yg x tahu..ade yg lupakan?
so dari jauh,kerlipan klcc yang biasa nampak pun suram je..menandakan sokongan kepada kempen ni...sejam menunggu...tengok klcc dah bersinar kerlipan kat atas puncak tuh..kami pun on blk.. so mlm tuh sambil2 bergelap tv pasang kejap..aish ape daa..memandangkan anak2 xle duduk diam..nak baca,tulis kt buku..dh gelap..so sambil bergelap menonton AQ5..
xpela..at least bg sokongan jgkla walau bukan sepenuhnye switch off...
kaklong:ummie,nape kene tutup lampu?
ummie:hari ni kita kene sayangkan bumi..kene tutup lampu bagi bumi cool..
kaklong..oh camtuh..
ummie:haha..faham ke anak dara ku ni?
Wednesday, March 23, 2011
KAKLONG DAN KARTUN
semalam time2 maghrib die melayan kartun binatang jugak..ummie balik die buat derk je..haish x bergerak2 sampai ummie siap mandi,solat n nak mengaji ummie terus tutup tv..meraung2 dia marah tutup tv tuh..papa tengah mengaji naik angin terus tutup pintu bilik dan dia tgl sorg2 kat luar..lagi kuat mengamuk..alih2 dia ketuk bilik sambil menangis2 jerit ummie..ummie tengah ngaji sedih plak dengar p bukak..
last2 die tengok adik dah ngaji alif ba ta dgn papa..terus die senyum dan duduk terjelepok tepi dinding..sian plak..hbs ummie ngaji ummie ajak kaklong ngaji..ummie cakap slow2 dengan kaklong sambil usap kepalanya...
"ummie bukan x bagi along tengok tv.tp kalu time mengaji perlu mengaji..esok2 kartun tuh ada lagi"..die merenung muka ummie tanpa berkelip..
alif..ba..ta dia ikut sampai ke habis,.then baca alfatihah dan surah al-ikhlas..
melentur buluh biarlah dari rebung..ummie x kan pernah lupa pesanan arwah bonda..dahulu zaman ummie kecik2 sampai anak dara..menonton tv waktu maghrib amat di larang keras.pukul 7-8pm masa untuk mendekatkan diri padaNya..solat jemaah,solat sunat dan mengaji alquran.
ummie pun nak amalkan bende baik bende sama pd anak2 ummie..moga kalian menjadi anak solehah..anak pintar dan celik al-quran..ameen
Saturday, March 12, 2011
Thousands of youths have found their dream jobs here!
JobsCentral is the hottest job portal in Malaysia AND you will get RM2 when you sign-up. Also, another RM2 for every friend you referred to who signs up as a JobsCentral member.
Guess what! Spot one of our Super Cabs on the roads, snap and submit the picture on Facebook and stand a chance to win FOUR Super Teddies and FOUR movie vouchers!
But wait! Make sure you provide us with correct details. Once registered, a password will be sent to your email and you need to login with that for verification. After the campaign is completed, every sign-up will be verified for authenticity before we give appropriate rewards. Sign-ups which are not genuine will not be rewarded.
Hurry, sign-up now!
Register Here
Friday, March 11, 2011
jangan TAKABBUR banyakkan SYUKUR
get message from my friend at facebook..so sweet to share with u all...
Ujian dalam berkeluarga sememangnya ada
Setiap orang pasti merasa
Ada orang diuji sebelum mendirikan rumahtangga
Sukar mencari pasangan sehati sejiwa
Ada yang susah mencari teman istimewa
Ada yang minat tapi keluarga tak berkenan pula
Ada yang asyik putus cinta & bertukar pasangan
Ada yang sampai bertunang tidak lama.
Jangan rasa dirimu paling kecewa
Kerana ada yang kematian tunang tercinta
Sebelum tiba hari bahagia.
Itulah mereka yang diuji seawal niat ingin mendirikan rumahtangga.
Ada pula yang lepas ujian pertama
Mudah mencari cinta & halangan keluarga pun tiada.
Namun ujian ekonomi pula yang menjelma
Inilah dikatakan ujian dunia..
Bertuahlah si anak orang kaya
Mendapat apa sahaja yang dipinta
Majlis dirai penuh acara bagai diraja
Jangan lupa kaya itu ujian juga
Ada yang kaya tapi tiada rupa
Ada yang rupa jelita namun tidak berakhlak mulia.
Kita jangan mengeluh pada keturunan pula
Yang penting teruskan berusaha mencapai apa yang dicita.
Ada orang ujiannya tiba selepas berumahtangga
Sukar mendapat zuriat membuat kita sedih & kecewa
Melihat orang lain gembira mendengar anak kecil ketawa
Terdetik di hati bilakah masanya giliran aku pula.
Yang mudah mendapat zuriat jangan mudah bangga
Mungkin anda tidak diuji dengan masalah sebelum berumahtangga
Malah senang mendapat zuriat seperti yang dicita
Tapi banyak lagi ujian yang bisa terjadi juga.
Ada yang riak takabbur pada yang belum ada
Tidak henti bertanya dan bercerita berita gembira mereka
Hingga lupa sahabat jua wanita yang ada perasaan duka
Mudah terluka dan sedih mengenangkan sahabat yang tidak peka.
Bukan dengki atau iri hati
Tapi perlu beringat dengan nikmat yang diberi
Kerana ada yang diuji dengan keguguran
Mungkin itulah masa ujian yang telah ditakdirkan
Masa yang perlu dilalui masih panjang
Tidak semua yang terfikir untuk merancang
Hanya usaha dan sabar perlu menjadi bekalan
Doa & harapan menjadi iringan
Sedang mengandung harus berjaga-jaga
Banyak petua & pantang larang orang tua-tua
Baca Quran selalu jangan dilupa
Semoga anak dilahirkan sihat sempurna
Ada yang diuji semasa bersalin pula
Minta dijauhkan dari sebarang bahaya
Kesan komplikasi ambil masa yang lama
Ada yang terpaksa berkorban jiwa dan raga
Andai selamat dan lancar semuanya
Jangan dilupa pada yang Kuasa
Dia yang menentu dan perkenan segala doa
Tingkatkan Iman tanda bersyukur kita sebagai hamba
Ada orang ujiannya berbeza
Si ibu tiada apa-apa tetapi anak menderita
Ada yang tidak sempurna seperti yang diharap ibubapa
Jangan disisih, berilah tumpuan seperti yang lain juga
Mereka anak istimewa ciptaan Allah seperti kita
Jangan dibuang atau dikutuk sesedap rasa
Mungkin inilah ujian Allah kepada kita
Insan yang telah dipilih khas olehNya
Bagi yang bahagia belum diuji apa-apa
Bahagia dengan bertambahnya ahli keluarga
Keturunan dijaga sifat sempurna
Namun ujian datang juga bila membesarkannya.
Anak yang sentiasa sakit dan tidak cergas itulah ujian mereka
Oleh itu jangan leka pada kesihatan sekeluarga
Rezeki yang halal amatlah penting dan wajib dijaga
Agar hasilnya sihat dan diredhai jua.
Anak sudah besar jangan disangka kau sudah Berjaya
Ada yang ujiannya tidak disangka-sangka
Menerima ujian anak yang menderhaka
Menyakitkan hati dan membuang ibubapa
Pelbagai maksiat dan dosa dimerata-rata
Bukti kerosakan institusi keluarga
Tidak solat, zina , arak dan hedonisma
Itu semua tanda tiada Iman & Islam di dada.
Ujian itu Allah berikan pada kita semua
Cuma berlainan masa dan ketika
Cara nya juga berbeza tapi asbabnya sama
Untuk mendekatkan diri hamba & Pencipta.
Ujian itu dilihat berbeza
Ada yang menerima dengan sabar & usaha
Ada yang merasa ia permainan dunia
Ada masa kita suka dan ketikanya kita berduka.
Percayalah hakikatnya sama sahaja
Andai diberi mengamatan yang lama
Ujian itu datang dan pergi
Siapkan dirimu InsyAllah kau tak akan rugi..
InsyaAllah..
Tuesday, March 8, 2011
coding oo coding
rasanya dah berpuluh2 kali baiki..setiap kali baiki ok..tinggal lama sikit n tetibe cek balik boleh plak muncul error lagi..arrgg lotihnye..
ape kene la bende ni..kekadang 1 tahap i felt so fedup..
Database error: java.lang.ArrayIndexOutOfBoundsException: 2
ni error tah ape plak ni..x paham aku..dh debug x pergi kt bhg update plak..mau nanges rasa..ya Allah,sesungguhnya Engkau MAha Mengetahui betapa aku telah berusaha..berusaha..berusaha..esok2 conform launch prob lg..adoiila..
kekadang nak nangis..kekadang terjaga tengah2 malam duk terpk pasal coding..benciiinye..dlm mimpi pun nk masuk ka..
bile nk dapat keje baru?
insyaallah..semoga DIA kurniakan padaku kekuatan,kesabaran,kecekalan
*****************************************************************************************************************************
jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia...
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedihnya...
Allah SWT sudahpun menghitung airmatamu.
Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja ...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu...
Allah SWT selalu berada disampingmu.
Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segala-galanya dan tidak tahu hendak membuat keputusan ...
Allah SWT punya jawapannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau mula merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan kesyukuran,
Allah SWT telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban,
Allah SWT telah tersenyum kepadamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Maka ingatlah..walau dimanapun, atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU
Thursday, March 3, 2011
GUBRA
aku bukan seorang yang fanatik menonton filem..kalau skrg nih tengah heboh cite ngangkung,hantu mak limah dan bla2..aku x pernah nak kisah amik tahu pergi panggung ke,beli cd jauh sekali..dengar kwn2 duk bercerita jeh tp x tau ujung pangkal..
alang2 hubby dah langgan astro tengok jela ape yg ade..yg sedia ada pun x tertengok..semalam aku tengok filem gubra di astro prima..kami x pernah langgan yg astrofirst ke ape..wat habih duit je kata hubby..
aku tertarik nk tengok cite gubra ni bile ingatkan ni filem allahyarham yasmin yg selalu menghasilkan idea2 bernas dan filem2 yg kreatif..dan filem ni jgk menang anugerah filem ape tah x ingat...
memandangkan hubby balik lewat,die on the way dr johor,so aku tonton dengan anak2 dan maid...filem ni sedikit berbaur lucah bila bnyk xtvt atas katil,dukung,peluk2..haish aku pulak malu dengan kaklong dan maid yg duk tengok..kaklong ape tah lg walau kurang faham..tetapi aksi2 demikian membuatkan dahinye berkerut2..bayangkan anakku berusia 3 tahun lebih ni berkerut2 dahinye melihat aksi pelukan atas katil..haish..nauzubillah..
aku memang kurang faham dengan latar cerita..agak sebab campur english then malay balik..then isu yg kelakar tp dlm tuh diorg boleh ketawa tetapi aku x ketawa langsung..
sungguh first time aku tengok filem ni aku keliru..dan kesudahannya aku tak tengok sampai habis memandangkan aku dah mengantuk+jalan cerita yg sedikit kelam-kabut..
pagi ini aku ceritakan pd hubby cerita ni dn jawabnye semoga Allah merahmati allahyarham yasmin..dan tah kenape aku rasa sedih melihat aktor2 filem ini begitu murah harga diri..berpelukan tanpa segan silu,babak berkemban,memegang anjing..tah ape2 lg yang membuatkan aku terfikir inikah cara untuk menunjukkan kasih sayang?
tah aku bukan penonton filem yg tegar dan bukan juga pengkritik filem tetapi aku sebagai hambaNya merasai terlalu malu..
semoga Dia merahmati kita semua..salam jumaat hari yang penuh keberkatan..
Wednesday, March 2, 2011
Along Hanis
suatu hari selepas mengaji,ummie,papa dan kaklong lepak2 atas tilam sambil menunggu isyak..papa dah kuyu2 mata menahan ngantuk..
ummie:along nama ape?
Hanis: Along Hanis
Ummie: owh..diam je.Adik?
Hanis: Adik Husna
Ummie: Nama penuh along ape?
Hanis:Along Hanis Nabilah
Ummie:gelak2..nk jgk along kt depan nama tuh…haha..sabo jela along ni..
Sambil tuh ummie ajar ulangkali nama atok,nenek,nama ummie dan papa..
ummie test blk nama papa ape?
Hanis: JALI
Papa - senyum2 sorang + nak tergelak.Mata tutup lagi.
Ummie: Aik nape abang gelak..sape jali tuh?
Papa:camana kaklong tau nama gelaran papa zaman sekolah ni?
Ummie:owh..haha..ummie pun sama ketawa..pandai betul kaklong..instint dia kuat..
Kaklong dah keluar main ngan adik..x sempat ummie nk Tanya details lg..
Tuesday, March 1, 2011
Khasiat buah nanas
Antara manfaat nanas adalah:
1. Membantu menurunkan berat badan.
Memakan nanas boleh mengurangkan ketagihan manisan. Menambah nanas dalam makanan harian juga membantu menurunkan berat badan kerana nanas menyebabkan rasa kenyang tanpa menambah satu auns lemak sekali pun.
2. Menyihatkan mata. Kajian menunjukkan amalan memakan nanas melindungi mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan anti-oksida.
3. Membantu memerangi pelbagai jenis penyakit. Nanas yang kaya dengan vitamin C merupakan sumber sangat baik untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat. Banyak radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit kronik seperti jantung, kencing manis dan barah. Amalan memakan nanas juga berkesan untuk menghindari selesema dan meningkatkan sistem imunisasi.
4. Nanas yang kaya dengan serat amat berkesan untuk memulihkan masalah sembelit dan masalah buang air besar yang tidak teratur.
5. Mengandungi enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak adalah kelebihan nanas. Enzim di dalam nanas juga membantu memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus.
- MINGGUAN MALAYSIA
~~Coretan Hati~~ Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon
Template