Thursday, November 18, 2010

salam aidiladha




Allahuakbar..Allahuakbar…Allahuakbar..

Pagi Aidiladha telah muncul tiba..alhamdulillah DIA masih panjangkan usia kami untuk menghirup udara segar dipagi raya aidiladha..
Cuti raya haji hanya 3 hari..seawal 6.30 pgi hari selasa lepas kami bertolak menuju ke bumi kelahiranku..paka..anak2 bangun awal pagi sangat seronok walaupun masih berbaju tidur..sepanjang perjalanan..awal pagi masih gelap..kabus jua menjadi tatapan sepanjang perjalanan hingga sampai ke temerloh..di pehentian temerloh,aku mandikan anak2 di surau sebelum kami sampai ke rumah kakakku dipaka..

10 zulhijah;

Kali ini cuti amat bermakna..kerana Alhamdulillah pertama kali dapat menyempurnakan ibadah korban..kami adik beradik berpakat korban sekor lembu tahun ni..seusai sarapan,perjalanan diteruskan kerumah kaksu..awal pagi kami berhimpun sebelum ke tempat penyembelihan lembu.ada 11 ekor lembu akan dikorbankan..lembu korban kami di ikat di batang nyiur no 11..
Nampaknya lembu bengkeng2 belaka..ade lembu wat stunt pun ada..siap nk lari..siap nk panjat pagar..haha..memang gempak..anak2 sedaraku kesukaan semua..suka tengok lembu naik angin..:-)

Seusai korban,proses melapah daging lembu.di ikuti dengan memotong membahagi..meriah sungguh meriah..hubby duk melapah kepala lembu sampai sakit tulang belakang
Petangnye kami menjamu sup tulang dan sibuk memasak di dpaur untuk majlis tahlil malamnya..masak gulai daging+sayur kacang+ikan masin+sambal belacan..alhamdulillah semua berjalan lancar..semoga roh arwah ayah ibu ditempatkan dikalangan org2 briman..
Rabu balik ke kl..terima kasih x terhingga buat kakakku,kak nor..sudi tumpangkan kami anak beranak..susah payah masakkan utk kami..semoga murah rezeki kita semua..

Hari ni mcm biasa..masuk opis..hubby nk pakai kereta so hantar dlu diriku ke opis..rupa2nya org plaing awal..pembuka pintu opis pagi ni..hehe..

Time’s up..2.30 pm..continue to coding..this week will packed with usrah..cari brg lg for new welcome house n this Sunday..walimah che ling comel with en asrul..jadik jugak korg akhirnya..alhamdulillah..

Wednesday, November 10, 2010

Cara Didikan Warnai Dunia Anak

source:http://wanitatv3.com.my


Menjadi ibu bapa bukan semudah ABC. Mendidik mereka pula bukan seringkas 123. Didikan yang baik mampu mewarnai kehidupan mereka malah memudahkan anda untuk memerhatikan mereka. 10 tip ini mungkin boleh memandu anda untuk merancang cara didikan kepada anak anda.

1. Kanak-kanak insan naif. Apa sahaja yang anda katakan kepada mereka akan dipercayai bulat-bulat. Berhati-hati dengan setiap tutur kata dan maklumat yang anda berikan kepada mereka. Jangan biarkan mereka percaya kepada sesuatu yang tidak benar kerana keupayaan mereka mengingat lebih jauh dari sangkaan anda.

2. Kanak-kanak gemar cabaran. Jika anda melarang mereka membuat sesuatu maka mereka menganggap itu sebagai cabaran untuk melakukannya dan meloloskan diri dari hukuman. Jangan anggap itu sebagai satu tekanan, tanganinya dengan tenang dan rasional.

3. Jangan gunakan rasuah sebagai ganjaran! Bimbang nanti mereka menganggap rasuah adalah salah satu cara untuk mendapatkan apa yang diingini.

4. Jangan paksa mereka berjanji. Kanak-kanak tidak pandai berjanji, jadi jangan memberi tekanan kepada mereka dengan janji yang dibuat dan kemudian menghukum mereka jika tidak menunaikan janji. Beri mereka peluang untuk melakukan yang terbaik.

5. Permudahkan sesuatu yang sukar. Jangan kelirukan kanak-kanak dengan menyuruh mereka sesuatu yang banyak dalam satu masa.

6. Jangan terlalu memanjakan anak dengan memberi apa yang dimahukan. Mereka akan mula mengharapnya setiap masa.

7. Jika anda mengadakan satu pertandingan bersama anak, jangan menukar aturan pertandingan sesuka hati. Mereka akan fakir aturan boleh ditukar pada bila-bila masa.

8. Jangan biarkan mereka berasa bersalah. Mereka akan membesar dengan memaksa diri membuat keputusan sukar dan menyalahkan diri sendiri di atas kegagalan dialami.

9. Berhati-hati dengan apa yang anda pinta anak anda lakukan. Beri arahan jika benar-benar penting. Jangan memberi arahan sebagai satu jenaka kerana mereka akan mengambil jalan endah tak endah walaupun pada perkara serius.

10. Jangan memberi arahan seperti anda di dalam pasukan tentera, memberi arahan dan mengharapkan tindak balas on the spot. Lebih baik jelaskan apa yang anda mahu dan biarkan mereka belajar membuat mencari sendiri cara untuk menyelesaikannya. Mungkin anda boleh memerhatikan mereka dari jauh.

Monday, November 8, 2010

nebulizer lagi

aku kerap semput sejak 2 menjak ni.biasa kalu batuk sikit akan melarat terus jadi semput n akhirnya kesudahan terpaksa ulang alik ke klinik
mengambil ubat batuk ,biasa 2,3 kali + nebulizer.
Kebiasaan lepas nebulizer dr mesti bgtau..haa..dh magic..ok sikitkan?even aku x rasa ape2 perubahan pun..teruk x..

aku terbaca kisah penyakit PBSP ni dlm http://emjayjb.multiply.com/journal/item/143/Penyakit_moden_-_penyakit_berkaitan_sistem_pernafasan_PBSP.
Bila pk2 blk ada benarnye jugak.

Kebiasaan dr akn tnye ada keturunan lelah x?ada lelah sejak kecik ke?seme aku jwb x..sebab kebiasaan lelah adalah penyakit keturunan..
arwah mak n ayah langsung xde penyakit ni..n adik beradik aku pun seme xde..awat lak aku tibe2 boleh ada?

aku teringat sejak hubby pasang ekon dlm bilik..barula penyakit baru ni muncul dlm hidup aku..dlu masa kecik2 mana pernah tido ekon..kipas paling laju
pun mak bukak 2,3..tuh pun dh ligat n sblm subuh arwah mak akan tutup sebelum aku meringkuk dbwh selimut tebal..

sekarang duk kl panas memanjang..hubby siap psg cool lagi ekon sampai ke subuh baru tutup..anak2 pun asyik berekon lgsg x selimut..bahayanya lahkan?
biasa kalu aku selimutkan diorg,mesti menangis mcm cacing kepanasan n lepas tarik selimut,means x selimut baru ok tido..hhuuhu..mungkin effect bukan sekarang akn dtgkan..ish,,bahaya betul ni..lepas ni siapla korg ummie selimutkan..

mm nk buat cmna ye..dh hubby slalu kepanasan..aku pun kdg2 sejuk tarikla selimut sampai kehidung..kalu dh semput lg x hilang batuk..aduhai..x kan nk tido luar ari2 kan..ntla slow talk ngan hubby..

ni kalu aku tarik nafas boleh dengar bunyi nafas mcm krohhh..semput ni plg teruk bile jalan lama2/jauh2 sikit akan jadi penat sgt..terasa mcm nk duduk terus..
belum lg senamrobik or exercise..

so,action must be taken from now..for me ,dear hubby n our children..

aku selalu doa DIA kurniakan daku kesihatan yg baik utkku,anak2 dan suami serta keluarga..smga jauhlah dari penyakit2 ni..insyaallah.

~~Coretan Hati~~ Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template