Tuesday, December 21, 2010

Percayalah pada diri sendiri

Dulu aku mempunyai ketua yang boleh aku minta pendapat.Bagaimana,apa yg perlu dibuat apabila merangka sesuatu or plan nak buat kerja..Sangat mudah kerana hanya perlu mengikut apa yang di plan..

Kini,semua kene pk sendiri bab kata nabil 'lu pkla sendiri'..tiada lg ketua yg boleh diharapkan untuk membantu..semua kene usaha dan keluarkan idea2 genius sendiri..kawan?semua sibuk dengan modul masing2..so,planning,merangka,mengcoding dan tunjuk pada client..tang tunjuk pada client tuhla yg akan mencabar diri..sama ada hasil idea yg 'genius' tuh diterima bulat2 or ditolak mentah2 or ada +- yg kene dibuat..disitu penilaian yg dapat dibuat adakah otak yg menghasilkan 'output' sebegitu cemerlang.sederhana or lemah sebenarnye..

itulah penilaian kerja ku pk yg boleh membantu diri untuk naik setingkat ke atas..berani menghasilkan idea2 bernas walaupun akhirnya di'kondem' teruk oleh pengguna akhirnya..berani membuat keputusan,berani untuk meluahkan pendapat ketika sesi soal jawab bersama client dan juga berani untuk mempertahankan idea yg ditunaskan..

Terasa jua apabila anak2 buah di bawah meminta pendapat seperti aku dulu.Kini,perlu merancang,memberi idea,dan mengharapkan agar hasilnya baik tanpa perlu dibaiki lagi..

Tapi mana mungkin hasil kerja manusia perfect jika kali pertama..jika sistem secanggih dan berjuta manapun..mesti ada kelemahannya..
kekadang terasa kasihan pada diri yg berpenat lelah menghasilkan output tetapi terasa tiada ganjaran apa2..kekadang terasa bangga pada kebolehan diri yang tidak pernah di diduga boleh menghasilkan output yang cemerlang..apapun,Syukur hanya padaNYA...semuanya daripada DIA yg MAHA ESA..jika ada yg buruk pun..semuanya jua drNya untuk menguji iman hambaNya..

semoga ada sinar yg lebih baik di masa akan datang..dan ada rezeki lebih baik untuk hari2 mndatang..insyaallah


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat
pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286) .

0 comments:

Post a Comment

~~Coretan Hati~~ Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template