Sunday, December 30, 2012

Mengapa Perlu makan sekeping roti je setiap hari?

Wallahu'alam..saya ambik dr FB..takut jugak baca ni memandangkan roti ni tiap2 hari anak2 telan..Saya bukan jenis terima bulat2 macam isu minyak yuyi haritu..cuma lepas ni memang perlu berpada-pada la memandangkan zaman sekarang ni macam2 orang boleh buat untuk mengaut keuntungan..


Ulasan CAP:

Oleh,S.M.MOHAMED IDRIS
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Kebanyakan roti dan ban yang dijual di sini melanggar undang-undang dengan sewenang-wenangnya, ia mengandungi terlalu banyak bahan pengawet yang dipanggil asid propionik, walaupun dibenarkan di bawah undang-undang makanan kita, mestilah tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh undang-undang.

Dalam ujian yang dijalankan oleh CAP baru-baru ini ke atas pelbagai jenis roti yang dibeli di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, termasuklah roti bantal dan beraneka jenis ban (termasuklah yang dihidangkan dan digunakan sebagai burger dalam rangkaian makanan segera), didapati sehingga 92% mengandungi asid propionik dalam jumlah sehingga 5 kali daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid propionik, dan sodium, potassium atau garam kalsium dalam jumlah yang mestilah tidak melebihi 2,000 mg/kg roti (Peraturan 65 (2) a).

Dalam ujian CAP ke atas 50 sampel roti (27 pada 2005 dan 23 pada 2006), hanya 4 dalam lingkungan had untuk asid propionik. Selebihnya 46 daripada 50 sampel iaitu 92% daripada roti yang diuji oleh kami semuanya mempunyai asid propionik melebihi 2,000 mg/kg (lihat jadual untuk keterangan lanjut).

Antara jenama terkenal yang turut terjejas adalah roti bantal dan ban daripada Gardenia, High 5, dan Roman Meal. Turut terjejas adalah roti dan ban dari rangkaian restoran makanan segera, pasar raya dan kedai roti tempatan.

Gardenia

Sebagai contoh Gardenia Original Classic (Enriched White Bread) mempunyai asid propionik 1.6 kali (ujian 2006) dan 1.8 (ujian 2005) melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Wholemeal Bread 2.6 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali (ujian 2005) melebihi had selamat. Begitu juga Gardenia Breakthru (Formula Multiwholegrain) adalah 2.4 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali lebih tinggi (ujian 2005), sementara Gardenia Breakthru (Formula White) adalah 3.3 kali lebih tinggi (ujian 2005).

Ban dari Gardenia juga terlalu buruk. Gardenia Roti Krim Coklat mempunyai 3.1 kali asid propionik melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Roti Krim Vanila juga 3.0 kali lebih tinggi dan Gardenia Roti Krim Jagung juga 2.4 kali lebih tinggi.

High 5

Jenama terkenal lain High 5 mempunyai hasil yang sama buruk. High 5 Nutri-White Sandwich Bread didapati mempunya asid propionik 1.9 kali lebih tinggi pada 2006. Ia bersamaan High 5 Sandwich Bread pada 2005 iaitu 3.2 kali lebih tinggi. Roti bantal bersaiz besar, High 5 Sure Value Sandwich Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi (ujian 2005). High 5 Wholemeal Bread mempunyai asid propionik 1.7 kali lebih tinggi pada 2006 dan 3.5 kali lebih tinggi pada 2005.

Ban High 5 juga mempunyai jumlah bahan pengawet yang melanggar undang-undang. High 5 Roti Krim Vanila adalah 2.2 kali lebih tinggi dan High 5 Roti Krim Coklat 1.6 kali lebih tinggi.

Roman Meal

Kami juga turut menguji roti Roman Meal yang mahal pada 2005 dan ia juga mempunyai paras asid propionik yang terlalu tinggi. Roman Meal Honey & Oat Bran Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi, Roman Meal Hi Calcium Bread 3.1 kali lebih tinggi dan Roman Meal 12 Grain Bread 3.0 kali lebih tinggi.

Roti Pasar Raya

Kami juga turut menguji roti daripada pelbagai pasar raya seperti Giant, Tesco dan Gama di Pulau Pinang, dan ia juga turut mempunyai paras asid propionik yang melanggar undang-undang yang ditetapkan. Giant Roti Sandwic ialah 2.9 kali lebih tinggi dan Giant Bread (Concess) 1.7 kali lebih tinggi.

Tesco Wheat Bran Bread mempunyai asid propionik 2.3 kali lebih tinggi. Tesco White Sandwich 1.4 kali lebih tinggi (ujian 2006) tetapi dalam ujian 2005, ia mengandungi hanya 2,062 mg/kg asid propionik, sedikit melebihi had 2,000 mg/kg yang dibenarkan oleh undang-undang.

The Four Leaves English Toast Bread yang dibeli di Pasar Raya Gama di Pulau Pinang adalah 1.9 kali lebih tinggi.

Rangkaian Makanan Segera

Kami juga menguji ban dan burger yang dihidangkan di KFC dan McDonalds. Semua 3 sampel yang diuji gagal dalam ujian. KFC Colonel Burger mempunyai 2.1 kali lebih tinggi bahan pengawet dan ban yang dihidangkan bersama dengan ayam goreng lebih buruk iaitu 3.6 kali lebih tinggi. McDonalds Beefburger mempunyai 1.7 kali lebih tinggi asid propionik dalam ban.

Kedai Roti Tempatan

Roti dari kedai roti tempatan dan dari penjual roti juga terjejas dengan teruk. Roti itu didapati mempunyai jumlah asid propionik yang paling tinggi datangnya dari Ismalia Bakery di Pulau Pinang yang juga turut membekalkan roti kepada penjual roti. Ismalia Bakery Coconut Bun mempunyai asid propionik 5.1 kali lebih tinggi berbanding had yang ditetapkan oleh undang-undang. Sampel yang diuji ini adalah yang paling buruk. Roti tempatan lain yang turut terjejas datang dari Rhena Bakery, Pathchee Bakery, Intisari Bakery, Continental Bakery dan lain-lain.

Asid propionik tidak berwarna, berminyak, cecair berbau hancing yang terjadi secara semula jadi dalam binatang dan produk tenusu. Ia biasanya digunakan sebagai racun kulat dan racun bakteria, ia mengawal kulat dan bakteria dalam bijirin yang disimpan, kawasan simpanan bijirin, sisa buangan ternakan dan air minuman untuk ternakan.

Dalam makanan, ia digunakan untuk mengawet makanan yang dibakar dan keju. Bentuk lain asid propionik (contohnya kalsium dan sodium propionates) juga ditambah ke dalam makanan untuk mencegah kulat dalam makanan dibakar kering.

Semua propionates dikatakan dikaitkan dengan sakit kepala migrain. Kajian dari Australia pada 2002 mendapati kalsium propionate boleh menyebabkan tingkah laku menyimpang (seperti keletihan dan tidak memberi tumpuan, jadi mereka tidak mahu membuat kerja rumah, tidak dapat membaca dengan sempurna dan juga mengalami gangguan tidur) pada kanak-kanak. Kesan sampingan ini berlaku dalam tempoh beberapa dan menjadi kumulatif, demikian menurut kepada kajian.

Tiada Penguatkuasaan

Hasil ujian oleh CAP amat mengejutkan dan kami pasti kebanyakan pengguna akan terkejut kerana kita memakan roti dengan paras bahan pengawet yang amat tinggi. Paling mengejutkan CAP ialah tiada pematuhan terhadap undang-undang sepenuhnya.

Kementerian Kesihatan yang menguatkuasakan Peraturan Makanan kita tidak menjalankan tugasnya dan dalam proses ini ia membahayakan kesihatan kita.

Pihak kementerian mestilah dengan segera bertindak untuk mendakwa syarikat yang telah melanggar undang-undang. Mereka mestilah mengawasi dengan berterusan kualiti roti yang dimakan setiap hari oleh berjuta rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak.

Nota: Jenama roti yang diuji oleh persatuan Pengguna (CAP) pada 2005 & 2006 boleh didapati di dalam akhbar Utusan Pengguna @ utusan Consumer keluaran September- Oktober 2006 di pasaran sekarang.

APA YANG TERSEMBUNYI MENGENAI ROTI INDUSTRI MODEN?

• Tepung Beracun
• Pelembut Doh
• Sisa Racun Makhluk Perosak
• Logam Berat
• Pemutih
• Pengemulsi
• Rambut Manusia (L-cysteine)
• Agen Pengurang
• Pengawet
• Terlalu Banyak Garam
• Lemak Trans
• Terlalu Banyak Yis
• Enzim Ubah Suai Genetik
• Yis Ubah Suai Genetik

Roti hari ini adalah produk yang dihasilkan secara besar-besaran yang bergantung kepada pelbagai proses industri, bukan kepada kemahiran pembuatnya yang berkembang dalam tempoh beberapa abad yang lalu.

Di kebanyakan negara, termasuk Malaysia, roti dibuat di kilang besar, sesetengahnya mampu untuk menghasilkan sehingga suku juta buku roti sehari. Dalam usaha untuk menghasilkan roti dengan cepat dan untuk tahan lebih lama, industri membuat roti menggunakan lebih banyak bahan kimia penambah dan enzim tiruan (termasuk enzim ubah suai genetik, yang tidak perlu dinyatakan pada bungkusan memandangkan ia dikelaskan sebagai “bantuan membakar”).
Roti hari ini juga menjadi semakin lembut – mengandungi lebih banyak air dan kurang bahan sumber daripada bijirin semula jadi.

Apa yang anda perolehi adalah makanan yang rendah mutunya. Anda akan terkejut apabila mengetahui apa sebenarnya yang digunakan dalam membuat roti moden hari ini dan apa kesannya kepada kesihatan anda.

“Kini, teknologi mempunyai cara yang lebih pintar untuk mencemari roti kita, jadi sains mendedahkan kesannya kepada kesihatan awam. Sepertimana kajian terbaru menyarankan, kita perlu memikirkan semula cara kita membuat roti.” (Akhbar British The Independent, dalam artikel, “The Shocking Truth About Bread,” 29 Ogos 2006).

Thursday, December 27, 2012

Kasih PadaMu


Rindunya pada makam Nabi..Rindunya nak pergi lagi masjid Nabi..Rindu nak solat kat Raudhah..ya Allah,jemputlah lagi kami menjadi tetamuMu..


Rasulullah dalam sirahMu
 Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah

Sahih hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Didalam sunnah yang utama
Menyambungkan kasih denganMu

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa
Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah
Ya Rasulullah Ya HabibAllah

Pabila terkenangMu mengalir air mataku..

Tuesday, December 18, 2012

Hadiah sebuah kejayaan

tahniah untuk anak2 buah yang mengambil result PMR hari ni..sorg dpt straight A,sorg lg 7A 1B..kalah cikla,dulu dapat 7A IC je kot..C sains..harem betul..ingat lagi sebab ape dpt C ni,sebab ke tandas la..dh tahan nak buang air dr start paper..sudahnya nak kene tunggu setengah jam pertama baru boleh keluar..pastu berlari dari tingkat 3 turun tingkat bwh sekali...hilang fokus,letih duk berlari2,,sudahnya x cukup masa..

masa keluar result tu,sedih sangat..ingatkan dpt at least B..dan paling sedih lagi kene trun kelas kedua..x pernah hayat masa sek time tu turun kelas..sebab kelas no 1 kene Math dan sains at least B..malu sangat kt kawan2 time tu..budak dpt 1A pun duk kelas no 1..

tp lepas 4 bulan,lepas ramai dah keluar ke mrsm dan teknik,dapat naik kelas balik..alhamdulillah dapat semangat balik untuk belajar..

Kejayaan yang sebenar adalah kita bangkit dari kegagalan..bukan selama2nya gagal..

Hari ni jugak saya dapat motivasi sharing dari officemate..he is software engineer...mula masuk ke opis awal tahun ni..tp nampak semangat kerja sangat bagus,di sayangi bos kerana usaha gigih dan sangat laju membuat kerja..

hari ni dia share dengan kami ketika TOT session...

setiap hari kita kene upgrade diri kita..hargai diri kita dengan increase value yang perlu ada pada diri kita..jangan selesa berada di takuk yang lama...

macam dia,setiap hari dia akan habiskan masa setengah jam or sejam sebelum habis office hour belajar teknologi baru..memandangkan dia perlu develop web,so teknologi web development tu kene tahu..walau x secara details at least tak ketinggalanla..so macam2 hari ni dia share..ada 4,5 teknologi baru kami dapat hari ni..best2..

Bangun setiap hari 5.30 pagi walau hari cuti..bangun bersenam,solat,mengaji,pergi office,balik office,quality time with family...semua perlu manage..dan otak kita perlu trained utk berkerja dengan laju..dia pernah set 90 minit untuk fokus..human being he said ,90 minit tu kira paling optimum..dalam tempoh fokus tu macam2 kerja boleh buat dan siap...challenge pada otak dan diri..lama2 otak akan faham dan akan sendiri boleh adapt untuk menerima perubahan..

yes,practice make perfect..mungkin kita boleh challenge pada diri sendiri..increase value setiap hari dari sudut kehidupan sebagai hamba,sebagai anak,sebagai isteri atau ibu..checklist everyday..

tasklist perlu ada,,dari situ kita tahu bila kita tulis tasklist tuh,nampak kerja siap ke tak or tulis bende sama je berhari2...i like this so much..

Insyaallah cuba akan praktiks dan cuba increase value pada diri..semoga kita menjadi muslim yang berjaya bukan untuk diri sendiri tetpai juga berharga pada orang lain..Insyaallah..



Wednesday, December 5, 2012

Program Untuk Anak Selangor 2012

Salam,

Just nak share dengan semua 

1 program anak selangor akan di adakan bermula pada 17 disember 2012 ini

Program yang akan di jalankan :

1) Fiber to the Home Technician- 10 hari + 3 bln OJT
2)Multi Skill IT Technician- 5 minggu + 3 bln OJT
   ( IT Administrator,Lan And Computer Repair)
3) Kursus Sijil Pengurusan dan Operasi Halal (KAPSUL)
4) creativity & Innovation

Syarat:

Mestilah Anak Kelahiran Selangor /Kuala Lumpur ( Mengikut IC)

Tempat:  Kolej Pendeta Za’aba, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Masa ; 9pagi - 5 ptg..

Elaun: Rm 500 sebulan

kepada sesiapa yang berminat,boleh contact: Ina - 019-2155998 & 03-89574954


Minta sebar2kan ye..Terima kasih..

~~Coretan Hati~~ Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template