Thursday, February 28, 2013

SALAM JUMAAT

Assalamualaikum..salam pagi jumaat semua..Sama-sama kita perbanyakkan selawat buat Junjungan Nabi Muhammad S.a.w dan banyakkan zikir pada jumaat yang mulia ini..




Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)

Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)





( صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد )

Monday, February 18, 2013

Ragam Husna


semalam mengajar anakanda husna mengaji..suruh dia baca alfatihah..mula-mula start dah tak betul..saya suka tegur terus sebab budak2 ni otak dia cepat tangkap..

Dia sebut Alahamdulillah..saya tegur Alhamduillah..2,3x saya tegur last2 dia naik suara marah..dia ingat dia yang betul..biasala budakkan..last2 saya tegurla,eh ni sape tok guru ni..papa dah start gelak2 dah..

Saya pun tegur balik nak mengaji kene duk elok2..bersila..Nanti Allah marah..
Dia jawab balik..ummie pun duduk terkankang..di kenakan ummie balik..padahal ummie duduk bersimpuh..aduhai...sampai saya tergelak2...last2 saya cakapla cepatla baca..

Anakanda husna cakap..dah ummie gelak......aduhai..lagi terbarai gelak saya..

x tahan betul kerenah budak sorang ni..tapi..mek comel husna ni sangatla RAJIN..alhamdulillah..
suruhla apa sahaja dia ambik barang /baju/telengkung kat tingkat atas..berlari la dia p amik..kdg2 3,4 kali kejap ummie,kejap papa suruh..sejak ummie kene semput ni lagila..naik tangga sikit dah mengah..

Alhamdulillah..ayat dia lepas ummie cakap thank you.

Ummie sayang husna kan? :-)

Sunday, February 17, 2013

Makin Lincah



Kisah si tecit yang sangat lincah sekarang ni…26hb ni genap 11 bulan..makin besar makin aktif..dia suka merangkak laju..suka berdiri kat meja tv,kat sliding door dan kerusi makan..

Pot feveret kat tangga la..aiyaa..suatu malam tu,ummie tgh solat isyak..dh pesan kat papa suruh tengokkan anak teruna ni time ummie solat..ummie solat kt bawah so boleh dengarla 2,3x kakak husna ambik dia kat tangga..sudahnya tibe2 senyap..ummie pun solat dh x khusyuk sebab x tau dah kemana si umair ni pergi..sekali dh siap solat terus ummie terpa tangga..masyaallah..elok je dia landing kat 3 tangga teratas..ya Allah terpaku jap ummie..kalaula terjatuh..nauzubillah..menjerit ummie 1 rumah..
Lani sangat manja..nak ummie bertepek je kt dia..masuk toilet dia nangis menunggu depan toilet..padahal bapaknya ade je sama..kalau malam lagila..umie masuk toilet pun dia boleh terjaga..tau je ummie bangun malam2..haiyaa..banyak manja wooo…

Paling tak tahan kalau menyusu..dia suka tarik sekuat hati..adoiila..kadang ummie tarik hidung dia..marah2 esoknya buat lagi..sekarang dah panjang akal..kadang tengok azan,orang ceramah terpaku jap..ambik barang dia nak atas meja then duduk explore2 barang tu…hp ummie x sah ckpla..habis di gegetnya…
Teringat kes amah campak bayi tu..ya Allah,mintala berlindung…kat umah pun anak2 duk ngan maid..tp setakat ni Alhamdulillah..nangis2 pun elok dia dukung lagi..
Ya Allah,lindungilah kami dari orang2 yang zalim dan semoga kami sentiasa di bawah perlindungan kasih rahmatMu..ameen

Friday, February 15, 2013

murah rezekI Dengan SEDEKAH

    

Siapa nak percaya, percaya! Tak nak percaya dan tak nak buat, terpulang! Perkara ini benar-benar terbukti merubah banyak perkara dalam hidup saya...... syukur dan semakin bersyukur lagi! - AzizanOsman -
Formula Untuk Memewahkan REZEKI - SDS

S - Syukur
D - Dhuha
S - Sedekah

Kalau hari2 biasa buat sikit2, hari jumaat buat lebih. Sedekah harian RM1, sedekah ari jumaat RM10. Insha allah ada bantuan yang akan datang secara tak disangka mahupun tak terduga bukan sekadar wang ringgit mungkin kesihatan, pertolongan drp org, pegi bank tak payah queue, pegi kedai makan terjumpa kawan lama dia belanja, dsb



_________________________________________________________________________

THE POWER OF Seringgit jer...

Dulu...saya mula belajar bersedeqah di tempat kerja saya kerana peminta-peminta derma ni suka sangat beramai-ramai ke ruang legar ofis saya setiap hujung bulan atau hari gaji..Macam tau-tau saja.. (dalam hati saya).Mula-mula saya buat donno je, buat-buat tak faham...maklumlah kerja hebat lah sangat..tapi 'tak berapa cukup'..

Dalam hati berkata, Allah tak marah kot kalau tak bagi, sebab untuk keperluan keluarga pun tak cukup..Lagipun itukan derma..bukan paksaan, kena bagi dengan ikhlas hati kan...

Tapi makin lama baru terperasan, seorang ofis mate ni, Suzette namanya..setiap hujung bulan dia pasti menderma, yang nampak setiap hujung bulan la, yang tak nampak sure byk lagi tu . (Thank u Suzette for the lesson!)..dan dia ni mmg dah kaya raya dari dulu-dulu lagi..

Patutlah kami dulu sentiasa BOCOR..Masuk sikit bocor sikit..masuk banyak bocor banyak..macam tu lah silih berganti..Tapi sejak dah faham tentang bersedeqah alhamdulillah..seronoknya..rupanya inilah punca kekayaan..kena banyak memberi..memberi..memberi...

Dulu beri sebulan sekali..masuk pun sebulan sekali..Alhamdulillah Bila start beri seminggu sekali..masuk pun seminggu sekali..Syukur..Sekarang, dah tak senang hati kalau tak cuci kolam hari-hari..kerana barulah masyuk pun hari-hari ..

A soft reminder untuk adik-adik yang baru nak berbisnes..Walaupun bisnes belum bersinar-sinar sgt lagi..Kolam tu kenalah cuci hari-hari..kata nak masyuk hari-hari...

Cucilah kolam tu macamana pun ATLEAST kena keluarkan seringgit saja sehari consistently setiap hari..Senang je seringgit tu, setiap hari masukkan di tabung mesjid ke..ataupun sedeqah kat budak2..anak kawan-kawan ke..anak2 jiran ke..ataupun setiap kali kita bershopping hari tu..lebihkanlah seringgit utk makcik nasi lemak ke, abg keropok lekor ke, atau abg jual ikan kat pasar tu ke..ishhh..mesti mereka ni terharu..kerana selama ni customer asyik mintak kurang je, ni makhluk planet mana pulak ni, lain dari yang lain...

Yang penting mmg kena beri..beri..beri..cobsistently..Dah tak nak dengar ada yg kata, bisnes tak ok lagi..gaji saya kecik...nak hidup pun tak cukup...Siapa yg masih kata macam tu bermakna dia masih tak faham-faham lagi..masih tak dapat ler tu .Bermakna dia masih belum menjadi insan terpilih...kata kat orang sebelah,"KESIAANNNN...."


Sumber:FB Alumni atau Bakal Alumni Dr Azizan

Tahap mendidik Anak mengikut Sunnah Rasulullah

~~Coretan Hati~~ Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template