Thursday, May 5, 2011

selamat hari ibu











Kau sinaran bulan
Menyerikan bintang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku


oh..air mata saya bergenang mendengar lagu nyanyian sharifah aini ni..sungguh sayu..semalam saya menonton semanis kurma..hebatnya kasih ibu..hati saya sungguh sedih..

saya sangat rindu..rindu pada insan yang telah melahirkan saya yang telah selamat bersemadi hampir 3 tahun lamanya..
Jika anda masih ada seorang ibu,hargailah,kasihilah..dengarlah rintihan hatinya..sayangi dirinya sepenuh hati semasa hayatnya masih ada..

jangan jadi seperti si tanggang dan malin kundang ..ambillah pengajaran dari kisah mereka even kisah dongeng..

Buat ibu mertua saya..sutini bt Ahmad..selamat hari ibu mak..terima kasih menerima saya menjadi menantu mak..doa saya semoga mak sentiasa sihat,panjang umur dan bahagia selalu..saya faham perasaan mak bila ada anak2 mak yang pinggirkan mak..mak memang seorang yang kuat semangat..u are the best!!

Buat arwah ibu,Allahmarhumah Aisah Awg Itam,semoga roh ibu ditempatkan dikalangan orang soleh dan beriman..al-fatihah..




0 comments:

Post a Comment

~~Coretan Hati~~ Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template