hari2 dengar alunan suara sheikh saad al ghamidi ni membuatkan jiwa ni sangat sensitif..subhanallah..moga2 si tecit dalam perut ummie ni jugak suka baca al quran bila lahir nanti..
saya suka baca tafsiran dari surah yusuf..sambil dgr sambil baca tafsiran boleh bergenang air mata..
kisah yusof selalu diceritakan oleh arwah mak saya ketika usia saya sekecil 8 tahun dulu..arwah mak bercerita pada saya tika tuh saya dah rasa kesian sangat pada nabi yusof ni..hari2 arwah mak bercerita sedikit2 ketika saya teman arwah mak jaga kedai runcit..
bila dah besar ni saya mula baca balik ketika saya zaman univerisit dulu..banyak pengajaran dari surah ni..ni yang saya petik dari 1 blog http://peribadirasulullah.wordpress.com
- Hubungan yang rapat dengan orang tua dan mendengar nasihat orang tua.
- Mampu melihat dan memahami tanda-tanda dari Allah SWT.
- Menjauhi perzinaan dan perbuatan yang dilarang.
- Sanggup dipenjarakan daripada melakukan kemungkaran dan kekejian.
- Sentiasa berdakwah dalam apa jua keadaan.
- Mampu mentafsir mimpi dengan tepat.
- Memilih jawatan sesuai dengan kelayakan.
- Berusaha bertemu dan berkumpul dengan keluarga.
- Memaafkan orang lain.
- Sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya meninggal dalam Islam dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.
Semalam tengok semanis kurma..untuk dipermudahkan segala urusan amalkan baca :
-surah yasin ayat 58
-surah al fatihah ayat 5
mudahan2 hidup kita sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan dari Nya..
Mood :rindu pada arwah mak pada pagi jumaat ni..baca kisah ni lagi teringat memori bersama arwah dulu..alfatihah buat mak..semoga mak tenang kat sana dan insyaallah kita jumpa lagi di suatu hari nanti..
0 comments:
Post a Comment