Tuesday, January 3, 2012

indahnya kenangan zaman persekolahan..

mengantuknya pagi ni...+ mood bercuti lama sangat 4 hari..huhu

selamat tahun baru masihi buat semua..times move so fast..sekolah pun dah buka kan..sibuk mak bapak,cikgu2 dan anak2 yang start sekolah hari ni..

hari ni 1st day along masuk sekolah taski saidatina hajar kat serdang ni..dah 2,3 tempat kami survey utk masukkan tempat along belajar ni..as dia pun baru masuk 5 tahun dan sangat suka bermain,kami pilih taski ni bila tengok dia sangat excited tengok permainan dan buku2 yang banyak..

semalam semasa pendaftaran,dia sangat teruja duk try pakai uniform..pastu duk buka cabut pakai lagi tudung dgn anak scarf..semalam saya el,so bolehla kemas umah,jahit lencana kat tudung dia,basuh uniform dia..

so today,masuk je sekolah terus cikgu pakaikan name tag,dan dia pun terus duduk main2..langsung dah x pandang ummie,papa dan adik husna yang masih busuk tak mandi..haha,adik husna pun excited duk main gelongsor kat luar tuh..papa pun dah malas tunggu,kami pun balikla & terus hantar husna ke taska..

sebelum tutup pintu kereta,husna tanya mana along?aish dah lupa dia along kan sekolah besar..dia x bagi tutup pintu sebab along belum masuk..sudahnya dalam kereta mengamuk2 menangis sebab tinggalkan along..aduhai..

sampai je kat taska ok plak terus turun kereta masuk dalam taska..haha,harap cepat cool si comel debab ni..sabar jela..


seronok tengok ragam anak2 yang sangat suka belajar..bermain..

bagi saya dan hubby,anak2 perlukan suasana yang kondusif yang ceria,ada permainan yang boleh mengalakkan minat mereka ke sekolah..bukan kami tak nak hantar ke pasti or tadika lain,tapi bila tengok tempat yang langsung tiada permainan,anak2 pun x berminat..xpela,belajar sambil bermain..dah nama budak2 kan..

semoga along seronok di tempat baru,dapat belajar dengan baik..insyaallah moga menjadi anak berguna pada keluarga,agama,bangsa dan negara..ameen..

memori saya masa zaman kecik2 dulu:

-teringat saya ketika di sekolah tadika perpaduan dahulu..setiap pagi semua berdiri atas kerusi dan saya mengetuai baca alfatihah sebelum start pembelajaran..so sweet..
- saya pernah hayunkan buai laju2 kat kwn saya,dan terus dia terjatuh menangis.esoknya dia dah x nak kawan saya dan bermain dengan saya..hehe..zaman kanak2 sangat indah..i miss that moment so much!!
-balik sekolah pergi mengaji,time mengaji main batu selambut,main gelap cerah,getoh ngan semua kwn2 laki dan pompuan..dkt 2 jam baru blk umah..
-kalau hujung minggu,pagi main sampai tengahari..then balik umah amik nasi makan nasi saing dalam pondok kami buat guna daun kelapa..sangat seronok..bawak pinggan ke hulu hilir..dalam pinggan tuh nasi putih+kicap+ikan selayang 1 ekor..:-)
-petang main lagi gelap cerah,bola katok,bola selipar,tah nusuk n mcm2 lagi..owh seronoknya dunia kanak2 kan..
-malam barula buka buku,baca buku or buat kerja2 rumah..dulu kerja rumah x banyak macam zaman sekarang..so baca sekejap dah tertido sebab dh penat sangat bermain seharian..
-kalau musim2 angin kencang dan monsun cam sekarang ni,berkurung jela dalam rumah..sambil tunggu bunyi batang pokok kelapa jatuh..then lepas tuh sure jiran2 sekampung datang g cari umbut nyiur,amik daun kelapa..dan saya pun sama sibuk amik daun kelapa buat gelang,rantai,cincin,mahkota..main lagi ngan member2..main titi:-)

zaman kanak2 saya penuh dengan permainan,suka,gembira..owh,mana nak dapat lagi permainan2 camni kat tgh2 bandar ni..sebab tuh kalau anak2 balik kampung,saya biarkan je mereka bermain pasir,main titi,main pokok,main bunga,main masak2..dan muka mereka pun comot mcm anak kucing..baju x usah ckpla..sama macam saya kecik2 dahulu...:-)

hargailah dan biarlah anak2 bermain dengan alam kerana dunia mereka memang memerlukan permainan dan dari situ juga tercetus pelbagai pengalaman,kegembiraan,keseronokan dan kedukaan yang boleh mematangkan mereka..








0 comments:

Post a Comment

~~Coretan Hati~~ Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template