Kebanyakkan Muslimah tidak berapa perasan atau lebih malang lagi jika mereka tidak tahu menahu langsung akan perkara ini.Dalam ilmu Fiqh khususnya Bab haid yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam. Kenapa hal ini boleh terjadi?
Amat susah untuk mencari seorang guru atau ustazah yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa atau mesti dirujuk juga kepada ustaz- ustaz. Contohnya yang paling simple, bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam, "Adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan, "Alaa... Itu soalan mudah jee... Bila datang period maka solat tu tak perlu qadha'. Yang perlu qadha' hanya puasa jee..." Itulah yang mereka belajar sejak mula-mula bergelar wanita dahulu.
Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang Muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid sekalipun!
Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang masyhur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasawuf dan padanya juga perbahasan Fiqh yang luas, inilah bukti kehebatan ulamak terdahulu.
Dalam BAB TIGA : "Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah" perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID :
Penjelasan terhadap solat yang perlu diqadha' bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib kira-kira sempat dia solat Asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha' solat Zohor dan Asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha' solat Maghrib dan Isya'.
"Dan hal ini (qadha' solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :1. Kenapa perlu diqadha' solat Asar dan Zohor? Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat Asar (selepas mandi hadas).
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha' sama? Kerana didalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqasarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada' solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama. Perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya sudah kering semasa masih dalam waktu Isya'.
- Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha' solat Maghrib. Diatas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu Maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku).
-Maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha' juga solat Maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) Cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh wanita yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri.
(AMIRUL AMIN)
Kredit -http://myadha.blogspot.com
Tree Smart - Be Inspired
12 years ago
0 comments:
Post a Comment