Wednesday, January 30, 2013

Letih

Fuh..kerja ooh kerja..

sekejap saya mengadap coding PHP Codeigniter..sekejap belajar bootstrap,sekejap saya kene mengajar java,sekejap kene buat notes untuk mengajar Joomla..sekejap mengadap Eclipse untuk belaja android..

Fuh..sangat penat..which one should i focus first? memang nak terbarai semua rasanya..
Insyaallah next week teaching Joomla for a week at UKM..Allahumma..Permudahkan urusanku Ya Allah..Bukan mudah nak mengajar budak2 lepasan degree yang pelbagai bidang ni..macam2 ada..
Apapun satu cabaran..semoga semuanya berjalan dengan lancar..

Suka part yang no 2 ni

#2 Tidak Dia jadikan sesuatu dengan sia-sia, pasti ada HIKMAH/ Sebab/ Manfaat.



Nice Sharing dari Dr Azizan 

10 Formula Hidup Asas & Mudah Azizan Style

#1 Tidak bergerak satu zarah pun melainkan dengan izin Allah swt.

#2 Tidak Dia jadikan sesuatu dengan sia-sia, pasti ada HIKMAH/ Sebab/ Manfaat.

#3 Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada ramai orang lain/ makhluk lain. 

#4 Orang yang bersyukur akan mendapat lebih banyak nikmatNya

#5 Orang yang bersedekah paling beruntung dunia akhirat.

#6 Senyuman itu satu sedekah

#7 Buat sesuatu dengan sabar kerana mahukan redhaNya & kasih sayangNya bukan kerana nakkan kiraan pahalaNya

#8 Ikhlas adalah biasakan buat lebih dari yang sepatutnya samada secara percuma atau tanpa extra charge/ request

#9 Apa yang kita fikir, rasa, cakap dan buat adalah Doa.

#10 Tuhan menilik hati-hati kita dan niat kita, Dia juga mengikut sangkaan kita. Perbaiki niat dan sangkaan kita nescaya Dia akan perbaiki hidup kita.

- Azizan Osman -


Moga bermanfaat juga untuk amalan yang baik kita bersama..Sentiasa bersangka baik dengan Allah dan sesama manusia..Insyaallah hati lebih tenang dan berlapang dada.

0 comments:

Post a Comment

~~Coretan Hati~~ Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template