Tuesday, December 21, 2010

Percayalah pada diri sendiri

Dulu aku mempunyai ketua yang boleh aku minta pendapat.Bagaimana,apa yg perlu dibuat apabila merangka sesuatu or plan nak buat kerja..Sangat mudah kerana hanya perlu mengikut apa yang di plan..

Kini,semua kene pk sendiri bab kata nabil 'lu pkla sendiri'..tiada lg ketua yg boleh diharapkan untuk membantu..semua kene usaha dan keluarkan idea2 genius sendiri..kawan?semua sibuk dengan modul masing2..so,planning,merangka,mengcoding dan tunjuk pada client..tang tunjuk pada client tuhla yg akan mencabar diri..sama ada hasil idea yg 'genius' tuh diterima bulat2 or ditolak mentah2 or ada +- yg kene dibuat..disitu penilaian yg dapat dibuat adakah otak yg menghasilkan 'output' sebegitu cemerlang.sederhana or lemah sebenarnye..

itulah penilaian kerja ku pk yg boleh membantu diri untuk naik setingkat ke atas..berani menghasilkan idea2 bernas walaupun akhirnya di'kondem' teruk oleh pengguna akhirnya..berani membuat keputusan,berani untuk meluahkan pendapat ketika sesi soal jawab bersama client dan juga berani untuk mempertahankan idea yg ditunaskan..

Terasa jua apabila anak2 buah di bawah meminta pendapat seperti aku dulu.Kini,perlu merancang,memberi idea,dan mengharapkan agar hasilnya baik tanpa perlu dibaiki lagi..

Tapi mana mungkin hasil kerja manusia perfect jika kali pertama..jika sistem secanggih dan berjuta manapun..mesti ada kelemahannya..
kekadang terasa kasihan pada diri yg berpenat lelah menghasilkan output tetapi terasa tiada ganjaran apa2..kekadang terasa bangga pada kebolehan diri yang tidak pernah di diduga boleh menghasilkan output yang cemerlang..apapun,Syukur hanya padaNYA...semuanya daripada DIA yg MAHA ESA..jika ada yg buruk pun..semuanya jua drNya untuk menguji iman hambaNya..

semoga ada sinar yg lebih baik di masa akan datang..dan ada rezeki lebih baik untuk hari2 mndatang..insyaallah


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat
pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286) .

Tuesday, December 14, 2010

masak-masak

Hari2 perlu masak.Jauh dekat or cepat lambat bangun wajib masak.sebab hubby nak bawak bekal ke opis.Kadang2 muncung jugak mulut dibuatnye kalu hubby tegur dah lambat nk ke keje..

even pergi ke PJ pun bawak bekal..duduk kat tempat client dahla nak angkut cpu yg amat berat tuh..bawak lagi bekal+buku+ file..adoii nk terburai semua tengah jalan..
pergi kerja masak..balik masak..even ade bibik kat umah yg die ckp pandai masak..aku x pernah mengharapkan die masak untuk kami even sup untuk anak2..

perlu jaga jangan bg air tangan bibik menjadi rutin untuk masak..itu amanat arwah bonda sentiasa terpahat dlm kenangan..Rindu sangat kt arwah bonda..x sempat arwah nk tengok kejayaan anak comel die ni..x sempat nk tengok wajah cucu2nya yg sangat keletah dan comel2 ni..alangkah..selalu berangan itu ini tentang arwah bonda!tp x kan muncul dalam realiti.itu sudah pasti!

my little husna sangat sukakan air..umie cadang nk beli baju renang kt comel bulat ni..asyik turun je nk lari masuk dlm kolam..dh masuk kolam ajak naik x nak naik2..adoii..last2 ummie kuyup jgk..lepas msk kolam naik main papan gelongsor plak..trn naik trn naik gerun ummie dibuatnye..dhla tinggi..tp sibulat ni suka keriangan berlari berlumba2 dgn kaklong..puas main gelongsor masuk kolam lg!adoiila memang seronokla die main..& syoknye malamnye die akan tidur dgn lena amat.

Berlainan dengan kaklong..Kaklong x suka main air..semua takut..masuk sikit dh takut..masanya banyak bermain papan gelongsor..turun naik 20x pun xpe papan gelongsor tuh..kalu boleh nak angkut papan gelongsor tuh masuk umah..

tp anak2 kalu ummie ajak balik..diorg bagus terus ikut balik..

Husna comel yg bulat ni amat agresif sedikit berbanding kaklong..suka sangat menyakat kaklong..last2 kaklong yg bertempik menangis kalah dgn adik..haha..kdg2 sangat lawak tgk telatah comel husna ni..dh besar ank dara ummie ni..tp still bergayut sebelum nk tido even dh habiskan 1 botol susu..haiyaa cmna nak lepaskan susu B ni..

Jika anak dibesarkan dengan celaan
Ia belajar memaki

Jika anak dibesarkan dengan permusuhan
Ia belajar menentang

Jika anak dibesarkan dengan cemoohan
Ia belajar rendah diri

Jika anak dibesarkan dengan toleransi
Ia belajar jadi penyabar

Jika anak dibesarkan dengan dorongan
Ia belajar percaya diri

Jika anak dibesarkan dengan pujian
Ia belajar menghargai

Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan
Ia akan terbiasa berpendirian

==>Lingkungan Hidupnya Anak-anak Belajar ~ Dorothy Law Nolte

Monday, December 13, 2010

Rumput Dan Kasih Sayang

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.

Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

credit to:www.iluvislam.com

Wednesday, December 8, 2010

berhijrah

alhamdulillah kami sekelurga telah berpindah ke rumah sendiri di kondominium kepong sentral..betul2 bersebelahan komuter kepong sentral..

Ramai yg tanya kenapa beli rumah kat sana?dah rezeki agaknye kene jadi org kepong plak..hehe..

6bln lepas aku x taula hubby mimpi ape..tetibe die ckp nk neli rumah..kebetulan pickup sepupu yana kat kl central adala booth kondo kepong sentral ni..so kitorg pun pergila usha tgk..skali dh tgk trs hubby tanya padaku ok x?
aku yg memang x nk pindah sebab jauh sikit dr tmpt keje ckp ikutla as boleh buat sewakan..

TAPI hubby nk jgk pindah sebab dekat dgn komuter..jalan kaki ke komuter dlm 5mnt..dia akan travel naik komuter hari2 ke tempat keje yg memakan masa 45 minit..lama tuh bgku..tp hubby ckp die ok je..aku?kalu nk naik komuter kene trn kl sentral pastu naik plak putra ke setiawangsa..tp amik msa dlm 50 minit..so pilihan kedua drive melalui duke selama stgh jam..okla..arini 1st time bawak kete ke opis dr kepong..ingatkan jem teruk..tp ok je even hujan turun lebat..

alhamdulillah apapun diusia sekarang kami mampu miliki rumah sendiri..hubby ckp yg penting ada RUMAH SENDIRI..okla kan dr duk menyewa umah org pun kene baya 550 bulan2..

kondo as usual di lengkapi kolam renang,surau,gym,taman permainan.

balkoni umah kami mengadap ke kolam renang dan klcc view..so nice at night..
sepupu sepapat dan adik beradik belah hubby seme dh datang 2 hari lepas.Semua excited mandi kolamla..

sekarang rumah tgh under renovate lg..kabinet dapur dan kabinet dalam bilik utama blm siap..meja makan,sofa blm sampai..so nampakla luas..kalu dh isi semua..jd sempitla balik..

apapun...penghijrahan kali ini bukan bermakna berhijrah tmpt sahaja.yg penting berhjrah dr perangai buruk,sifat malas dlm diri kene kikis semua..

selamat tahun baru hijrah buat semua..semoga tahun ini bertambah barakah dan bertambah baik..insyaallah.

Thursday, November 18, 2010

salam aidiladha




Allahuakbar..Allahuakbar…Allahuakbar..

Pagi Aidiladha telah muncul tiba..alhamdulillah DIA masih panjangkan usia kami untuk menghirup udara segar dipagi raya aidiladha..
Cuti raya haji hanya 3 hari..seawal 6.30 pgi hari selasa lepas kami bertolak menuju ke bumi kelahiranku..paka..anak2 bangun awal pagi sangat seronok walaupun masih berbaju tidur..sepanjang perjalanan..awal pagi masih gelap..kabus jua menjadi tatapan sepanjang perjalanan hingga sampai ke temerloh..di pehentian temerloh,aku mandikan anak2 di surau sebelum kami sampai ke rumah kakakku dipaka..

10 zulhijah;

Kali ini cuti amat bermakna..kerana Alhamdulillah pertama kali dapat menyempurnakan ibadah korban..kami adik beradik berpakat korban sekor lembu tahun ni..seusai sarapan,perjalanan diteruskan kerumah kaksu..awal pagi kami berhimpun sebelum ke tempat penyembelihan lembu.ada 11 ekor lembu akan dikorbankan..lembu korban kami di ikat di batang nyiur no 11..
Nampaknya lembu bengkeng2 belaka..ade lembu wat stunt pun ada..siap nk lari..siap nk panjat pagar..haha..memang gempak..anak2 sedaraku kesukaan semua..suka tengok lembu naik angin..:-)

Seusai korban,proses melapah daging lembu.di ikuti dengan memotong membahagi..meriah sungguh meriah..hubby duk melapah kepala lembu sampai sakit tulang belakang
Petangnye kami menjamu sup tulang dan sibuk memasak di dpaur untuk majlis tahlil malamnya..masak gulai daging+sayur kacang+ikan masin+sambal belacan..alhamdulillah semua berjalan lancar..semoga roh arwah ayah ibu ditempatkan dikalangan org2 briman..
Rabu balik ke kl..terima kasih x terhingga buat kakakku,kak nor..sudi tumpangkan kami anak beranak..susah payah masakkan utk kami..semoga murah rezeki kita semua..

Hari ni mcm biasa..masuk opis..hubby nk pakai kereta so hantar dlu diriku ke opis..rupa2nya org plaing awal..pembuka pintu opis pagi ni..hehe..

Time’s up..2.30 pm..continue to coding..this week will packed with usrah..cari brg lg for new welcome house n this Sunday..walimah che ling comel with en asrul..jadik jugak korg akhirnya..alhamdulillah..

Wednesday, November 10, 2010

Cara Didikan Warnai Dunia Anak

source:http://wanitatv3.com.my


Menjadi ibu bapa bukan semudah ABC. Mendidik mereka pula bukan seringkas 123. Didikan yang baik mampu mewarnai kehidupan mereka malah memudahkan anda untuk memerhatikan mereka. 10 tip ini mungkin boleh memandu anda untuk merancang cara didikan kepada anak anda.

1. Kanak-kanak insan naif. Apa sahaja yang anda katakan kepada mereka akan dipercayai bulat-bulat. Berhati-hati dengan setiap tutur kata dan maklumat yang anda berikan kepada mereka. Jangan biarkan mereka percaya kepada sesuatu yang tidak benar kerana keupayaan mereka mengingat lebih jauh dari sangkaan anda.

2. Kanak-kanak gemar cabaran. Jika anda melarang mereka membuat sesuatu maka mereka menganggap itu sebagai cabaran untuk melakukannya dan meloloskan diri dari hukuman. Jangan anggap itu sebagai satu tekanan, tanganinya dengan tenang dan rasional.

3. Jangan gunakan rasuah sebagai ganjaran! Bimbang nanti mereka menganggap rasuah adalah salah satu cara untuk mendapatkan apa yang diingini.

4. Jangan paksa mereka berjanji. Kanak-kanak tidak pandai berjanji, jadi jangan memberi tekanan kepada mereka dengan janji yang dibuat dan kemudian menghukum mereka jika tidak menunaikan janji. Beri mereka peluang untuk melakukan yang terbaik.

5. Permudahkan sesuatu yang sukar. Jangan kelirukan kanak-kanak dengan menyuruh mereka sesuatu yang banyak dalam satu masa.

6. Jangan terlalu memanjakan anak dengan memberi apa yang dimahukan. Mereka akan mula mengharapnya setiap masa.

7. Jika anda mengadakan satu pertandingan bersama anak, jangan menukar aturan pertandingan sesuka hati. Mereka akan fakir aturan boleh ditukar pada bila-bila masa.

8. Jangan biarkan mereka berasa bersalah. Mereka akan membesar dengan memaksa diri membuat keputusan sukar dan menyalahkan diri sendiri di atas kegagalan dialami.

9. Berhati-hati dengan apa yang anda pinta anak anda lakukan. Beri arahan jika benar-benar penting. Jangan memberi arahan sebagai satu jenaka kerana mereka akan mengambil jalan endah tak endah walaupun pada perkara serius.

10. Jangan memberi arahan seperti anda di dalam pasukan tentera, memberi arahan dan mengharapkan tindak balas on the spot. Lebih baik jelaskan apa yang anda mahu dan biarkan mereka belajar membuat mencari sendiri cara untuk menyelesaikannya. Mungkin anda boleh memerhatikan mereka dari jauh.

Monday, November 8, 2010

nebulizer lagi

aku kerap semput sejak 2 menjak ni.biasa kalu batuk sikit akan melarat terus jadi semput n akhirnya kesudahan terpaksa ulang alik ke klinik
mengambil ubat batuk ,biasa 2,3 kali + nebulizer.
Kebiasaan lepas nebulizer dr mesti bgtau..haa..dh magic..ok sikitkan?even aku x rasa ape2 perubahan pun..teruk x..

aku terbaca kisah penyakit PBSP ni dlm http://emjayjb.multiply.com/journal/item/143/Penyakit_moden_-_penyakit_berkaitan_sistem_pernafasan_PBSP.
Bila pk2 blk ada benarnye jugak.

Kebiasaan dr akn tnye ada keturunan lelah x?ada lelah sejak kecik ke?seme aku jwb x..sebab kebiasaan lelah adalah penyakit keturunan..
arwah mak n ayah langsung xde penyakit ni..n adik beradik aku pun seme xde..awat lak aku tibe2 boleh ada?

aku teringat sejak hubby pasang ekon dlm bilik..barula penyakit baru ni muncul dlm hidup aku..dlu masa kecik2 mana pernah tido ekon..kipas paling laju
pun mak bukak 2,3..tuh pun dh ligat n sblm subuh arwah mak akan tutup sebelum aku meringkuk dbwh selimut tebal..

sekarang duk kl panas memanjang..hubby siap psg cool lagi ekon sampai ke subuh baru tutup..anak2 pun asyik berekon lgsg x selimut..bahayanya lahkan?
biasa kalu aku selimutkan diorg,mesti menangis mcm cacing kepanasan n lepas tarik selimut,means x selimut baru ok tido..hhuuhu..mungkin effect bukan sekarang akn dtgkan..ish,,bahaya betul ni..lepas ni siapla korg ummie selimutkan..

mm nk buat cmna ye..dh hubby slalu kepanasan..aku pun kdg2 sejuk tarikla selimut sampai kehidung..kalu dh semput lg x hilang batuk..aduhai..x kan nk tido luar ari2 kan..ntla slow talk ngan hubby..

ni kalu aku tarik nafas boleh dengar bunyi nafas mcm krohhh..semput ni plg teruk bile jalan lama2/jauh2 sikit akan jadi penat sgt..terasa mcm nk duduk terus..
belum lg senamrobik or exercise..

so,action must be taken from now..for me ,dear hubby n our children..

aku selalu doa DIA kurniakan daku kesihatan yg baik utkku,anak2 dan suami serta keluarga..smga jauhlah dari penyakit2 ni..insyaallah.

Sunday, October 31, 2010

slmt ulang tahun ke3 sayang

uish berhabuk sungguh..fuss..fuss..buang habuk sikit..bukan aku x syg blog kesayanganku ni..tp sungguh xde msa nk story2 kt sini..

sungguh kerja kt opis ni melambak2..kalu duk pk2 psl keje ni kemain tension rasanya..sorg2 keluar dr opis ni..kemuncak bos ku pun kuar jgk so nak x nak terpaksala carry jgk keje2 yg mmg berlambak2 x launch lagi ni..bosan sungguh..

dah 2x aku terpaksa angkut anak2 p opis hujung minggu..even ade diorg aku bukanla boleh fokus sgt..tp memandangkan dateline sgtla dekat..hope semuanya berjalan d gn baikla..even aku tahu kesudahan jd programmer inilah pahit maung yg perlu ku telan..nak x nak..suka x suka buatla..anggap jela 1 challenge utk diri sendiri..kalu dlu boleh je challenge nk jadi programmer,why now u felt x confidence plak kan?

malas nk pk error2 lg..

kaklong dh 3 tahun 24/10 lepas..selamat ulang tahun ke3 kaklong..moga membesar dgn sihat dan berjaya sentiasa..doa ummie smga kaklong mnjadi anak solehah dn sentiasa di dlm perlindunganNya..besar dh anak ummie..kaklong anak yg mudah sgt dijaga..even kemana2 pun org akan jatuh suka pdnya..she already know when ummie nk cubit cepat2 die akan lari..suka mengusik adik..adik pok die ,die bls pok blk..memang tgh membesar katakan..barang dia suka seme along punye..

adik pun dh makin besar..dh paham bila ummie marah dia kan nangis duk sebut x nak x nak ulang kali..kdg2 merajuk akn menjerit suka hati..still bergayut sblm nk tido..mmg sgt manja..pantang bergaduh mmg suara diala dgr smpai ke bwh..

sabtu lepas kaklong dh ikut papa blk kg.kbtln papa outstation 5 hri kt negeri kelahirannya tuh..nenek dh rindu sama along..nk tgk cucu kesayangan atok nenek ni..almaklum hubby ank bongsu kesayangan..along pun dh sama jd cucu kesygn jgk..sian adik husna kene tinggal..bangun2 tido tgk sunyi sepi umah..along xde.papa xde..bila ckp along xde melilau die masuk blk cari..pastu ckp xde smbl goyang2 tgnnye ckp xde.
xpe this week kite amik along ye dik..korg ni kalu jumpe bergaduh..kalu xde alahai sunyi plak umah dibuatnye..

need to stop..tah bile nk update lg..miss along smpai ummie dh teresak2 selepas ditinggalkan..n she just say good bye ummie smbl turun tangga suka nk berjalan...
n now i have to finish all my work..suka x suka..need to finish all..pray for the best..insyaallah..

Monday, October 18, 2010

reminder for me




A message every adult should read, because children are watching you and doing as you do, not as you say.

When you thought I wasn't looking, I saw you hang my first painting on the refrigerator and I immediately wanted to paint another one.

When you thought I wasn't looking I saw you feed a stray cat, and I learned that it was good to be kind to animals.

When you thought I wasn't looking, I saw you make my favorite cake for me and I learned that the little things can be the special things in life.

When you thought I wasn't looking I heard you say a prayer, and I knew there is a God I could always talk to and I learned to trust in God.

When you thought I wasn't looking, I saw you make a meal and take it to a friend who was sick, and I learned that we all have to help take care of each other.

When you thought I wasn't looking, I saw you give of your time and money to help people who had nothing and I learned that those who have something should give to those who don't.

When you thought I wasn't looking, I saw you take care of our house and everyone in it and I learned we have to take care of what we are given.

When you thought I wasn't looking, I saw how you handled your responsibilitie s, even when you didn't feel good and I learned that I would have to be responsible when I grow up.

When you thought I wasn't looking, I saw tears come from your eyes and I learned that sometimes things hurt, but it's alright to cry.

When you thought I wasn't looking, I saw that you cared and I wanted to be everything that I could be.

When you thought I wasn't looking, I learned most of life's lessons that I need to know to be a good and productive person when I grow up.

When you thought I wasn't looking, I looked at you and wanted to say, 'Thanks for all the things I saw when you thought I wasn't looking.'

Each of us(parent, grandparent, aunt, uncle, teacher or friend) influences the life of a child.
How will you touch the life of someone today?

Thursday, August 26, 2010

kepingin sekeping murtabak..10 keping dia hadiahkan...

Suatu petang semasa aku p baya parking..terhidu bau sungguh sedap..owh dengan irama perut yang kosong,ku tahu itu bau murtabak daging..sejak itu,aku tibe2 jadi mengidam plak nk makan murtabak..

Sepanjang ramadhan,belum pernah lagi aku menjejak kaki ke pasar ramadhan…bukan terlalu berjimat cermat tetapi aku lebih suka memasak sendiri di rumah…manisan mulut selepas kurma biasanya kuih muih simple yg sendiri jua ku masak..biasanya popia basah,jemput2 or paling komang pun nugget ayamas..seusai makan kuih muih kami solat jemaah maghrib sebelum menjamu nasi..

Berbalik kepada murtabak tadi..hari demi hari aku bagitau hubby mintak belikan..tp hubby pun x sempat nk singgah ke pasar ramadhan..akhirnya seminggu berlalu dengan kepingin tah ape..mcm org mengandung bunyinya…haha…tp xde plak..so suatu petang hubby ckp ofis die ade seminar di de palma sebelahan marriot hotel putrajaya..hubby ckp rm68 sekepala..boleh mkn utk seminggu tuh lauk…tapi last2 bawak juga kami anak beranak ke sana..so mlm tuh aku makan free dengan sungguh2…mmg mknan die best..n lepas blk tuh tibe2 abg terkena balik gatal2 satu badan..x tahula alahan udang galah or ape..penuh 1 badan bintat mcm kene gigit semut api..so mlm tuh kami ke klinik n hubby dptla mc..

So bila hubby dpt mc die dukla kt umah..balik2 dr keje..memanjat tangga utama..dh bau kuah dal yg sangat wangi…n sampai ke dapur..aku sangat terharu…dr sekeping murtabak aku mintak…hubby buat sendiri..10 biji murtabak nak pun ada…owh..nikmat mana lagikah yg aku nk dustakan..alhamdulillah,hubby juga tolong sidai kain,basuh semua kain baju,basuh bilik air dan mop lantai…syukur..hilang penat semua lihat semua dah kemas bersih..

Sesungguhnya bulan ramdhan ni banyak ujiannya dan banyak sangat yang perlu disyukuri nikmatnya…x terhitung…jika DIA x gerakkan hati hubby nak masak dan tolong wifenye ni..mungkin semua x kan terjadi..syukur alhamdulillah ya ALLAH..sesungguhnya nikmat ENgkau kurniakan terlalu besar..semoga kami sentiasa dalam golongan insane yang sentiasa bersyukur…

Hari ini 17ramadhan = nuzul alquran…mudahan2 dapatla kami khatam alquran bulan mulia ni…semangat ,cita2 kene usaha kea rah itu.,

Ya ALLAH,semoga kami dapat menggamit malam lailatul qadarmu yg bakal kunjung tiba..owh masa..alangkah cepatnye berlalu…

Tuesday, August 17, 2010

salam ramadhan

Pejam celik pejam celik dh seminggu kita berpuasa…sesungguhnya masa berlalu begitu pantas..selamat berpuasa pada semua..mm..yang penting keberkatan bulan ramdhan ni kite kene amik peluang secukupnya…ganjarannya..masyaALLAH..jika kita tahu kelebihan bulan ramadhan ni nescaya kita nak bulan ni selamanya2..

Puasa kali ni tanpa bibik..hanya aku,hubby n anak2..balik seawall 4.30pm tp biasa aku balik pas solat asar sampai umah dh 5.30pm..sepanjang puasa ni time balik ke rumah..jem kat mrr2 tuh hari2..patut bulan puasa makin bersabar..ni makin berlumba2 semua nk cepat..ade kes yg dh cium bontot kete depan..ada moto turun dari DUKE ke mrr2 tuh mcm mat rempit..pastu brek mengejut…ngan lori,backhoe pun laju semacam..haiya,,,mana x berdegup jantung ni hari2..bawak2 bersabarla semua..x lari umah dikejar…sebulan mcm ni mau pengsan rasa..mga selamat la semua hendaknya..

Rutin setiap hari balik jeh keje terus masuk ke dapur...hari2 masak untuk berbuka..hubby kata lauk masak ni lg best dr kat pasar ramadhan tuh..tuh hubby puji masakan ku ke or nak suruh aku jimat cermat…ahaks!! Perasan kejap…

Semalam..aku sangat letih..last week balik kampong..ngan kain baju x basuh,x berlipat..x iron..penatnye hanya DIA yg tahu…x menang tangan rasa kalu duk kt umah..jarang lg aku duk berteleku depan astro tnpa buat keje..tgk tv pun sambil lipat kain..kdg2 terasa penat sgt..megeluh jua kt hubby..tp kenala sabar..harap hubby memahami..tolong jugak isteri tercinta ni…tq dear..

Anak2…oh anak2ku..sejak 2 menjak ni..asyik nangis je kejenye..sehari x nangis x boleh ke…manja teramat..kalong lagila..asyik pok2 adik..adik plak manja jgk..kaklong tegur jgn usik brg die dh nangis…gaduh pastu dua2 meraung..wohaa..umahku mengalahkan umah ada 10 org anak…penat kdg2 dgr nangis ni…mmg menguji iman betul…ya ALLAH,tolonglah aku dalam mendidik anak..sesungguhnya mereka anugerah buat kami..
Bukan mudah mendidik anak apatah lg anak perempuan..dan yg pasti ibu menjadi harapan utama dan contoh teladan yg baik untuk anak2 perempuan…smga baik2 ye kaklong n adik..

Lately kes pembuangan bayi menjadi2..alangkah hibanya hati..wahai insan2 durjana sekalian…tahukah engkau dosa membunuh tuh dosa amat besar..jika sudah buat dosa pertama kenapa mahu tambah dosa kedua..nauzubillah..bertaubatla..smga pintu pengampunan terbuka untukmu sebelum masanya ditarik..masyaALLAH..takut sgt..banyak sgt kes maksiat skrg..bertaubatla..kerana jika DIA turunkan bala bukan sorg sahaja yg kena..kita semua pun akan kene juga…

Ya ALLAH,di bulan mulia ni..semoga Engkau kurniakan kepada kamu keampunanmu..rahmati kami..terimalah amal ibadat kami..semoga kami sentiasa mengikut jalanMu dan sentiasa dlm rahmat kasih sayangMu..ameen..

Marilah sama2 kita makmurkan sekolah ramadhan—mengaji,solat sunat,bersedekah,berselawat..moga2 hati yg telah lama kering akan subur kembali..

Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang ertinya :"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."
Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

Wednesday, August 4, 2010

rumahku syurgaku

feel free to read this entry--> so touching..

http://keretamayat.blogspot.com/2009/12/rumahku-shurgaku.html

Sunday, August 1, 2010

thumbs up to my dear

hari ni terlewat bangun..jam hp dh bunyi banyak kali..aisey..sejak bendera merah berkibaran 3 hari lepas..x beringat nk p keje e..bangun2 abg dh kejut kol 7.15am..bangun2 pas cuci muka gosok gigi terus p bukak peti ais..sempat lagi masak tauge masak lemak,goreng ayam kunyit n buat sambal belacan..dh siap semput2 lg 5 minit kol 8..masukkan dlm tupperware utk abg skali n terus siap2 mandi n pg hntr anak2 kt umah pengasuh sblm p keje..howaa...terlewat masuk 5 minit je..selamat..n tengahari ni aku mkn bekalan sorg2 depan pc as ramai yg amik kesempatan puasa sunat+ganti pose...

weekend...sungguh enjoy makan2..holaa..mana x bestnye minggu lepas che abgku beli buah dorian 3 longgok..jenuh nk perabih..pagi2 buta dh buat bubur kacang+ durian n bagi semua jiran tetangga kt umah..1 periuk besar tuh..selebihnye hubby buat jem durian asli..rasanya sgt enak..n selebihnye ratahla durian2 tuh..tuh teruk kene batuk tuh..hehe

weekend baru ni hubby rajin plak masak spagetti n lasagna..sungguhla sedap sampai licin..thumbs up to your cooking dear..rajin hubbyku ni kalu bab try menerai resepi baru...hehe..tq ye abgku..

lepas beli durian baru ku tahu anak dara sulongku x gemor durian rupenye..oh..alangkah hilangnya nikmat merasa raja durian ni..hehe...tp kalu bg die buah mangga..mau 4,5 biji habis sekali ngadap..woohaa..time ngandung dlu buah tuh asyik masuk dlm perut..tuh dh jangkit kt die agaknye..

lg 2 minggu nk pose..ahlan wasahlan ya ramdhan..sejak aku kawen dah 3 tahun aku pose penuh..thn 2007 ngandung kaklong..2008 ngandung adik husna n 2009 aku menyusu bdn adik husna..n tahun ni sob2...sejak dh on off menyusu adik husna..peot ku dtg dengan on off jgk..sedih rasa..mcm tahun ni bnyk tgl jeh...

apapun..semua dh ketentuan Die..yg penting dpt masuki bulan ramadhan,dan merasai nikmatnya beramal di bulan ramdhan..ya ALLAH,semoga Engkau panjangkan usia kami dan kuatkan kesabaran kami dalam menhgadapi ujian dan dugaan..

dh terlebih 5minit..time to continue work...

Thursday, July 29, 2010

PELACUR, ANJING DAN KEHIDUPAN...

DALAM SATU hadis, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Saya merenung panjang setiap kali mengingati hadis ini. Betapa luasnya rahmat Allah kepada hamba-hambaNya. Betapa luas peluang yang diberikan untuk setiap insan mendapat keampunanNya, yang lantas akan memasuki syurga yang tidak tergambar keindahan dan segala kurnia yang ada dalamnya.

Betapa Allah itu Pengasih, kadang-kala dengan amal yang sedikit dijadikan sebab untuk diberikan keampunan yang besar. Namun rahmat Tuhan itu selalu kelihatan hambar disebabkan lidah-lidah sesetengah mereka yang mengaku diri mewakili Tuhan untuk berbicara tentang agamanya. Mereka ini kadang kala yang memakai bahasa, baju dan gelaran agama, seakan mewakili Tuhan dan Nabi.

Malangnya, mereka tidak membawa misi rahmat seperti yang diajar oleh Alah kepada NabiNya s.a.w Mereka itu selalu mengambarkan Allah penuh dengan sifat keras, tanpa ihsan dan kasihan, hanya tahu menghukum dan melaknat. Di manakah keindahan rahmat Allah seperti yang digambarkan dalam hadis di atas?

Di manakah imbangan yang terkandung dalam firman Allah: “Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, Dan bahawa azabKu, adalah azab yang tidak terperi sakitnya” (Surah al-Hijr 49-50)

HINA DAN MULIA

Perkataan yang digunakan dalam hadis tentang perempuan tersebut ialah mumisah iaitu perempuan yang terkenal dengan perbuatan zina, seperti perempuan lacur. Perempuan seperti itu sentiasa buruk pada nilaian mana-mana masyarakat pun. Ada pun anjing, merupakan binatang yang dianggap hina dalam kebanyakan masyarakat.

Perumpamaan ‘engkau bagaikan anjing’ adalah ungkapan buruk dalam berbagai bangsa dan budaya. Namun, seorang wanita penzina mendapat keampunan Allah S.W.T disebabkan seekor anjing. Siapalah pelacur atau penzina di mata manusia, dan apalah yang ada pada seekor anjing pada penilaian manusia?

Namun, air yang diberikan oleh pelacur atau penzina kepada anjing menyebabkan dia mendapat rahmat dan keampunan. Apatah lagi jika seorang yang baik memberikan bantuan kemanusiaan kepada sesama insan.

APAKAH SYURGA ITU MURAH?

Kita mungkin tertanya-tanya: alangkah murahnya syurga, dosa yang besar seperti kegemaran berzina dapat dipadamkan dengan beberapa teguk air yang diberikan kepada anjing. Apakah ini bererti jika seseorang itu perasuah atau penzalim besar maka dia akan diampunkan dengan membuat jamuan rakyat atau dengan memberikan beberapa hidangan yang dihantar ke masjid?

Sudah pasti tidak demikian! Jika itulah tafsirannya, hadis ini akan menjadi lesen manusia berbuat berbagai kesalahan, lalu dia diampunkan dengan sedikit bantuan dan sedekah yang dihulurkan. Tidak begitu!Perkara yang utama yang menentukan nilai dan harga setiap amalan adalah apa yang terkandung dalam jiwa atau jantung hati pengamalnya.

Inilah perkara paling sukar hendaklah dicapai dan dijaga. Keikhlasan dan kejujuran. Ia tersimpan dalam jantung hati insan. Allah mengetahuinya. Tiada ruang berpura-pura dalam jiwa. Ia melahirkan diri yang insaf dan tawaduk kepada Allah.

Amalan yang sama mempunyai nilai berbeza di sisi Allah disebabkan berbezanya keikhlasan dan kekusyukan jiwa pengamal-pengamalnya. Nilai solat dua rakaat setiap kita, mungkin tidak sama di sisi Allah berdasarkan kekusyukan pengamalnya. Bahkan solat dua rakaat yang seseorang itu lakukan dari semasa ke semasa juga tidak sama di sisi Allah disebabkan perbezaan keikhlasan dan kekusyukan ketika mengamalkannya.

Maka dua orang yang berada dalam saf solat yang sama, belum tentu mendapat ganjaran yang sama. Boleh jadi beza antara mereka bagaikan langit dan bumi. Demikianlah amalan baik sesama manusia atau terhadap haiwan dan alam, Allah mengetahui hakikat yang tersimpan dalam jantung hati setiap yang melakukan amalan itu.

Perbuatan mungkin kelihatan sama, namun nilai kejujuran dan penyerahan jiwa kepada Allah, tidak semestinya sama. Menderma, berbudi bahasa, tolong menolong dan seumpamanya adalah amalan yang baik pada zahirnya. Nilaian di sisi Allah pada keikhlasan dan keinsafan diri pengamalnya.

Sebab setiap pembuat kebaikan itu tidaklah semestinya sama dengan kadar kejujuran yang ada dalam jiwa mereka.

BANYAK DAN SEDIKIT

Bahkan kadang-kala mungkin ada amalan yang sedikit tapi nilaiannya lebih besar dari amalan yang banyak. Ini disebabkan apa yang terkandung dalam jiwa pengamalnya. Seorang miskin yang menderma RM10, mungkin akan mendapat ganjaran yang lebih daripada seorang kaya yang menderma RM1,000.

Sekalipun nilainya cuma RM10, tetapi itulah kadar yang dia termampu. Kadar itu pula besar bagi dirinya yang hanya bergaji RM10 atau RM15 sehari. Dia mengeluarkan RM10 dengan penuh erti sekalipun mungkin lekeh bagi orang lain. Dia keluarkannya dengan penuh ikhlas dan insaf terhadap kurniaan Allah.

Sudah pasti derma seperti itu berbeza di sisi Allah dibandingkan derma RM1,000 yang dikeluarkan oleh seorang berharta dengan kesombongan, atau kurang keikhlasan, atau ada tujuan tertentu; tanpa rasa insaf dan mengharapkan keredhaan dan ganjaran Allah. Sekalipun RM10 lebih kecil, tetapi ia lebih bernilai di sisi Allah.

Namun, jika kadar yang besar dikeluarkan dengan jiwa yang luhur, pastilah ganjarannya pun lebih.

TIDAK SAMPAI AJARAN

Demikian juga pelacur tadi, perbuatannya mungkin nampak ringkas iaitu memberi minum kepada seekor anjing, namun mungkin jiwanya penuh dengan keinsafan dan mengharapkan kurniaan Tuhan kepadanya atas perbuatan baiknya itu, maka dia pun diampun, dan dibuka jalan kebaikan.

Mungkin juga perbuatan lacur yang dilakukan selama ini kerana keadaan yang memaksanya atau kehidupan yang mendesaknya atau suasana yang mengheretnya begitu. Allah tahu tentang dirinya, Allah tahu tentang nilai-nilai luhur yang ada dalam jiwanya.

Memberi minum kepada anjing yang kehausan itu satu bukti dari nilai baik dalam dirinya itu. Allah ampuninya. Demikian Allah akan ampuni hamba-hambaNya yang baik yang berada dalam suasana yang sama. Berapa ramai orang bukan muslim yang sangat baik kepada masyarakat manusia, haiwan dan tumbuhan-tumbuhan.

Malangnya, umat Islam atas kelemahan dan kegagalan menjadi contoh yang baik menyebabkan Islam tidak sampai kepada mereka dengan cara yang sebenar lagi meyakinkan. Saya percaya Allah akan mengampuni mereka, sekalipun ada kelemahan pada diri mereka.

Namun, kebaikan yang mereka tunjukkan, yang dilakukan dengan jiwa yang luhur, ada nilai di sisi Allah. Apatah lagi menyebut: “Kami tidak akan mengazab, sehinggalah Kami mengutuskan rasul” (Surah al-Isra; ayat 15). Maksudnya, sehingga ajaran rasul atau utusan Allah itu sampai kepada seseorang, barulah dia dikira bersalah jika enggan mengikutnya.

Ajaran Islam yang sebenar gagal disampaikan kepada kebanyakan masyarakat manusia di dunia ini. Selain media Barat yang memburukkan wajah Islam, umat Islam sendiri pun tidak berdakwah dan gagal menjadi contoh yang baik. Ramai manusia hidup atas nilai-nilai kebaikan yang ada dalam jiwa mereka tanpa berpeluang menikmati tauhid yang benar.

Semoga Allah mengampuni mereka. Bahkan mungkin mereka lebih mendapati keampunan Allah, dibandingkan kita yang mengetahui ajaran para rasul, tetapi gagal menanamkan nilai-nilai luhur dan jujur dalam jiwa kita.

INSAFI DIRI

Hadis ini juga mengingatkan kita agar jangan memandang hina kepada orang lain. Ya, perbuatan yang salah memang dihukum salah, dosa tetap dosa. Namun, kedudukan pelakunya di sisi Allah, hanya Allah Yang Maha Tahu. Mungkin satu hari nanti mereka mendapat keampunan melebihi orang lain. Ini semua kerana keikhlasan dan keinsafan jiwa setiap insan tidaklah sama.

Mungkin seseorang kelihatan baik kerana lahir dalam suasana yang baik. Seseorang lain mungkin menjadi jahat kerana keadaan hidup yang melingkunginya. Namun, jika dalam jantung hatinya wujud keikhlasan, kejujuran dan keinsafan diri, dia akan menemui jalan keampunan Tuhan Yang Maha Adil Lagi Penyayang.

Semoga kita semua tawaduk serta insaf terhadap kelemahan diri sendiri dan kelebihan yang mungkin dimiliki oleh orang lain, sehingga dia mungkin disayangi Allah lebih daripada kita! Dengan keinsafan dan perasaan tawaduk itu, diharapkan kita juga mendapat keampunan Allah!

credit :mstar.com -hasil tulisan dr mohd asri

Thursday, July 22, 2010

welcome new home..

akhirnya berpindah jua kerumah baru secara tidak rasmi..walaupun masa sentiasa cemburu utk mengupdate blog2 ni..tp nk jugak ada blogkan...haha..dh x rajin nk menulis skrg ni..

sekarang bibik sudah blk ke surabaya..katanya 2 bulan..n nanti kepingin dtg malaysia blk n jumpa balik ngan ku n anak2..serius masa aku hntr blk bibik ni hmpir 3 mgu lepas,ada jugak air mata menitis..sedih sungguh...bibikku yg pertama ni sgt baik orgnya..walaupun kekadang ada jeh kerja2 rumah yg x berkenan dimataku tp dia sgt baik dgn anak2ku terutama adik husna..sgt2 baik..aku mengharapkan dia akan dtg kembali ke sini...sekarang anak2 terpaksa ku hantar dirumah pengasuh..setiap pagi terpaksa bangunkan kaklong n adik2 walau diorg tengah2 mamai lg..n petangnya pulak terpaksa jgk aku berkejar amik slwt2nye sblm jam 8pm..no more after that!!

sangat penat sejak tiada bibik..mana tidaknya seharian di opis menggunakan minda n balik kerumah mengerjakan kerja2 rumah plak..kebiasaan blk akan basuh,jemur n lipat kain...n masak sudah menjadi kewajipan setiap hari...walau penat tp terasa sgt puas sebab semua guna air tangan sendiri!!
alhamdulillah ada hubby yg sangat baik hati menolong kerja2 rumah..10q dear..

kerja kat opis x pernah hbs..dh launch 1 modul pun mcm2 hal berlaku..hope after this going on well..many..many..morw module to launch...

kaklong already 2 years 9 months..sudah besar anak dara ummie..sgt2 manja..hari2 mau menangis ka..letih ummie tau dear..bangun tido nangis..nk tido pun nangis..adik usik barang pun nangis..doa ummie moga kaklong akn jadi ank yg cekal..berani..sesuai dgn nama HANIS..sudah boleh baca abc tp pelat2..bilang one to ten..1-10 n baca alif ba taa smpai yaa..alhamdulillah..yg penting kaklong mmg rajin membaca..kalo ummie mngaji die pun sama mengaji tp tah ape die baca..mcm baca mentera plak..hehe

adik husna..she so clever right now..sgt2 cepat belajar dr kaklong..asyik pgl ummie jeh n dah ampai kalu ummie amik die dr umah pengasuh..tp lani ummie hak milik die sorg..kalo kaklong buat2 peluk or hubby saje peluk2 ..dia kan mengamuk..bab kata hubby ummie hak milik die total sorg..haha..sgt kuat bergayut time nk tido..x tahan kdg2 skt pinggang terasa nk mrah jgk..tp sian adik kan..

hari ni hari jumaat..terasa sgt cepat msa berlalu..apapun smga dipermudahkan sgala urusan..

“Didiklah anak kamu dengan tiga perkara; cintakan Nabi kamu, cintakan ahli keluarga Nabi kamu dan membaca al-Quran.” (Hadis riwayat Dailami)

Friday, February 19, 2010

test

so hot today..need to drink extra water n prevent from outside

~~Coretan Hati~~ Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template