Friday, March 11, 2011

jangan TAKABBUR banyakkan SYUKUR

get message from my friend at facebook..so sweet to share with u all...


Ujian dalam berkeluarga sememangnya ada

Setiap orang pasti merasa

Ada orang diuji sebelum mendirikan rumahtangga

Sukar mencari pasangan sehati sejiwa

Ada yang susah mencari teman istimewa

Ada yang minat tapi keluarga tak berkenan pula

Ada yang asyik putus cinta & bertukar pasangan

Ada yang sampai bertunang tidak lama.


Jangan rasa dirimu paling kecewa

Kerana ada yang kematian tunang tercinta

Sebelum tiba hari bahagia.

Itulah mereka yang diuji seawal niat ingin mendirikan rumahtangga.


Ada pula yang lepas ujian pertama

Mudah mencari cinta & halangan keluarga pun tiada.

Namun ujian ekonomi pula yang menjelma

Inilah dikatakan ujian dunia..


Bertuahlah si anak orang kaya

Mendapat apa sahaja yang dipinta

Majlis dirai penuh acara bagai diraja

Jangan lupa kaya itu ujian juga


Ada yang kaya tapi tiada rupa

Ada yang rupa jelita namun tidak berakhlak mulia.

Kita jangan mengeluh pada keturunan pula

Yang penting teruskan berusaha mencapai apa yang dicita.


Ada orang ujiannya tiba selepas berumahtangga

Sukar mendapat zuriat membuat kita sedih & kecewa

Melihat orang lain gembira mendengar anak kecil ketawa

Terdetik di hati bilakah masanya giliran aku pula.


Yang mudah mendapat zuriat jangan mudah bangga

Mungkin anda tidak diuji dengan masalah sebelum berumahtangga

Malah senang mendapat zuriat seperti yang dicita

Tapi banyak lagi ujian yang bisa terjadi juga.


Ada yang riak takabbur pada yang belum ada

Tidak henti bertanya dan bercerita berita gembira mereka

Hingga lupa sahabat jua wanita yang ada perasaan duka

Mudah terluka dan sedih mengenangkan sahabat yang tidak peka.


Bukan dengki atau iri hati

Tapi perlu beringat dengan nikmat yang diberi

Kerana ada yang diuji dengan keguguran

Mungkin itulah masa ujian yang telah ditakdirkan

Masa yang perlu dilalui masih panjang

Tidak semua yang terfikir untuk merancang

Hanya usaha dan sabar perlu menjadi bekalan

Doa & harapan menjadi iringan


Sedang mengandung harus berjaga-jaga

Banyak petua & pantang larang orang tua-tua

Baca Quran selalu jangan dilupa

Semoga anak dilahirkan sihat sempurna


Ada yang diuji semasa bersalin pula

Minta dijauhkan dari sebarang bahaya

Kesan komplikasi ambil masa yang lama

Ada yang terpaksa berkorban jiwa dan raga

Andai selamat dan lancar semuanya

Jangan dilupa pada yang Kuasa

Dia yang menentu dan perkenan segala doa

Tingkatkan Iman tanda bersyukur kita sebagai hamba


Ada orang ujiannya berbeza

Si ibu tiada apa-apa tetapi anak menderita

Ada yang tidak sempurna seperti yang diharap ibubapa

Jangan disisih, berilah tumpuan seperti yang lain juga

Mereka anak istimewa ciptaan Allah seperti kita

Jangan dibuang atau dikutuk sesedap rasa

Mungkin inilah ujian Allah kepada kita


Insan yang telah dipilih khas olehNya

Bagi yang bahagia belum diuji apa-apa

Bahagia dengan bertambahnya ahli keluarga

Keturunan dijaga sifat sempurna

Namun ujian datang juga bila membesarkannya.


Anak yang sentiasa sakit dan tidak cergas itulah ujian mereka

Oleh itu jangan leka pada kesihatan sekeluarga

Rezeki yang halal amatlah penting dan wajib dijaga

Agar hasilnya sihat dan diredhai jua.


Anak sudah besar jangan disangka kau sudah Berjaya

Ada yang ujiannya tidak disangka-sangka

Menerima ujian anak yang menderhaka


Menyakitkan hati dan membuang ibubapa

Pelbagai maksiat dan dosa dimerata-rata

Bukti kerosakan institusi keluarga

Tidak solat, zina , arak dan hedonisma

Itu semua tanda tiada Iman & Islam di dada.

Ujian itu Allah berikan pada kita semua

Cuma berlainan masa dan ketika

Cara nya juga berbeza tapi asbabnya sama

Untuk mendekatkan diri hamba & Pencipta.


Ujian itu dilihat berbeza

Ada yang menerima dengan sabar & usaha

Ada yang merasa ia permainan dunia

Ada masa kita suka dan ketikanya kita berduka.


Percayalah hakikatnya sama sahaja

Andai diberi mengamatan yang lama

Ujian itu datang dan pergi

Siapkan dirimu InsyAllah kau tak akan rugi..

InsyaAllah..

0 comments:

Post a Comment

~~Coretan Hati~~ Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template