Saturday, July 23, 2011

malam yg sepi

yehaa..hujung minggu time nak rehat2 lepas penat kerja kan..tp hujung minggu jugak padat ngan xtvt kt umah yg tidak pernah habis..memang penat..

semalam saya angkut cpu blk umah sebab nak siapkan modul nak tunjuk pada user minggu dpn..huish komited betul saya..haha..saya tgk org lain relaks je walau tarikh semput dah..lantakla yg penting keje saya siap..tp mcm x pernah2 siap sebab saya kene settle modul2 live yg ada prob..memang pening nak cek error coding org lain..kdg2 mcm x logik jgk dia buat..siap ke tidak benonya die buat ni..

kdg2 memang kesian sgt pada client..diorg kene marah2 dengan applicant luar..saya faham perasaan diorg.,.tuh kdg2 kami kene tempias sekali..kene perli2,kene push2..kdg2 rasa sangat pressure..tp saya faham diorg lg pressurekan..zebab tuh saya boleh bersabar..tp x tahula sampai bila nak bersabar ni..

ok stop thinking about work..ptg td saya dh fokus 2jam..ingat nk smbg malam ni malas la plak..sekali malam ni ada bola malaysia vs singapore..saya bab2 bola ni mmg x pernah miss la..hehe..pengulas no 1 depan tv jela..hehe..

malam ni hubby ada usrah+qiam..so dh angkut bantal+selimut sekali tido kt masjid..mlm ni dia kesiankan saya yg boring agaknye..tuh die tglkan BB handphonenya..so bolehla saya melepak kt sini..hehe..

anak2 dh lena..letih jgk nak tidokan diorg..sekarang sangat aktif..kdg2 sangat penat melayan ragam diorg..



saya dh daftar digi internet..aritu x amikla broadband sebab yg lama msh ada..tgk2 ala putus plak wayarnya..so kene vari yg lainla nampaknye..haish rugi jeh dh 3 mngu saya daftar tp x online2 pun..okla stop dulu..nk smbg keje sat..

renung2kan:

Setiap orang menyumbang kepada yang lain..
Seorang penyapu sampah mungkin masuk syurga kerana orang melalui jalan yg disapunya..orang lain pula mungkin masuk neraka kerana memandang rendah kepadanya..
Rasulullah SAW bersabda,
“Tidak masuk surga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat atom rasa sombong.”
Kemudian beliau bersabda,
“Sombong yaitu menolak kebenaran dan meremehkan manusia.” (HR. Muslim)



Wednesday, July 20, 2011

6 Tips Berubat Yang Mudah

Kebanyakan daripada kita sering berjumpa doktor walaupun untuk kes-kes ringan seperti demam dan selsema. Kes-kes ringan seperti ini boleh dirawati secara mudah. Ini dapat menjimatkan kos dan seterusnya mengelakkan kebergantungan terhadap antibiotik yang akan menyebabkan bakteria menjadi semakin imun. Di sini adaenam cara yang kita boleh gunakan sendiri di rumah:

01.Demam

  • Ambil makanan yang lembut seperti bubur dan banyakkan meminum air untuk menggantikan cecair badan yang hilang.
  • Rehat sebanyak yang mungkin.
  • Sejukkan dahi dan badan dengan tuala basah sehingga demam berkurangan.
  • Basuh segenggam kacang pea dan biarkan ianya kering. Panaskan tanpa minyak, kemudian letakkan kacang pea dalam cawan, tambahkan air sejuk dan biarkan untuk seketika sebelum minum.

02.Selsema

  • Tingkatkan pengambilan air dan rehat yang mencukupi.
  • Ambil banyak buah-buahan(atau jus) seperti oren atau jambu batu.
  • Untuk melegakan hidung yang tersumbat, hidu bau bawang putih yang ditumbuk atau dipotong beberapa kali sehari.
  • Sup ayam juga bagus untuk melegakan selsema. Cara yang lain untuk melegakan selsema ialah dengan menumbuk halia dan mengambil 1 sudu teh jus halia. Maniskan dengan madu dan ambil 3 kali sehari untuk 4 hari.

(Ramai benanggapan bahawa paracetamol merupakan ubat mujarab untuk demam dan selsema namun ianya cuma melegakan sahaja, paracetamol juga telah dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang untuk jangka masa yang panjang)

03.Sakit Kepala dan Migrain

  • Rebus beberapa kangkung dalam beberapa minit. Tuangkan air rebusan kangkung dalam gelas dan kemudian tambahkan secubit garam, kacau dan minum.
  • Genggam beberapa ulas bawang putih dan gosokkan pada dahi.
  • Ambil sekeping kentang yang nipis dipotong dan letakkan ia pada dahi. Ganti dengan kepingan kentang yang lain selepas kepingan yang tadi kering.

04.Sakit tekak

  • Letakkan satu sudu teh garam dalam secawan air suam. Kemudian kumuh dengan air itu.

05.Cirit-birit

  • Banyakkan meminum air bagi menggantikan cecair badan yang hilang. Garam ORT juga dapat membantu
  • Minum teh O tanpa gula juga boleh melegakan cirit birit
  • Elakkan pengambilan susu ketika cirit birit

(Ketika cirit birit, dinasihatkan supaya kita minum secara sedikit-sedikit daripada meminum air dengan banyak dalam satu masa, ini kerana perut kita yang kejang tidak menerima air yang banyak dalam satu masa dan akan menyebabkan kita muntah)

06.Sembelit

  • Banyakkan meminum air bagi melegakan sembelit
  • Banyakkan pengambilan serat dalam makanan, seperti pisang dan juga roti gandum penuh

Jadi, kenapa kita harus bergantung kepada ubat-ubatan lagi sedangkan cara yang senang dan menjimatkan sudah ada?

Selamat Mencuba !

- Artikel iluvislam.com

Tuesday, July 19, 2011

ragam anak-anak

sangat mencabar drive bersama anak2 setiap hari..kekadang terasa mcm nak jeh pejam mata n terus sampai ke umah/taska..

everyday except sabtu ahad..saya akan hantar anak2 dahulu ke taska alam floral berdekatan ofis..pepagi memang kelam kabut la..dgn nak buat sarapan,nak packing bekalan,nak bangunkan anak dara 2 org tuh..liat jgk..kekadang bgn meragam..yerla sedap2 tido kejutkan..dgn adik husna yg kdg2 pampers penuh,kene tkr dulu..

seminggu 2 ni hubby sangat sibuk dengan delegasi menteri datang dri iran..so banyak masanya spend di luar..seawal 7 pagi dh kua umah n kdg2 blk umah kol 12 malam+ campur meeting pemuda lagi..sabar2..memang terasa sgt penat dan x terdaya bila fikirkan nak urus rumah tangga ni..

sekarang pkul 10 mlm dh masuk tido..itupun selepas selesai masak,basuh baju,sidai baju dan lipat baju,sapu umah,packing baju anak2..mmg bnyk keje kan..x cmpur lg adik husna ni meragam tgh2 mlm..kekadang angin jgkla..

sejak dh sek ni,balik sekolah je mesti nyanyi..duk memekak dlm kete..adik nyanyi salah,along marah2..last2 menangis plak si tecit tuh..pening nak boleh sampai stgh jam ke umah..

along sangat suka mewarna..tp yg pelik dia suka mewarna pakai pensil sahaja..dh kenal huruf,dah kenal color..alhamdulillah ada perkembangan selepas 2 minggu belaja kt taska..

cuma bile balik jeh mesti mcm org kebuluran..tah makan ke tidak kat taska tuh..blk je mesti minta nasi..or minta nugget ke..saya assume die x nak makan time cikgu suap2 or cikgu kurang bagi makan?

time dlm kete along suka tanya saya skrg..ummie pakai baju warna ape?ni color ape?dan last2 die jawab memang betul..pujian diberi sebagai tanda semangat..

time laluan kat batu caves,patung besar memang jd tumpuan..kekadang sampai ngamuk2 adik kalau dah terlepas jalan dia x nampak patung tuh..aduhai...terpaksala pujuk..'bye2 patung..esok lalu lg'..itula ungkapan hari2 kalau nampak patung tuh..

Thursday, July 14, 2011

sweet memories:Umrah 03/06-16/03 part II

huhu..sangat susah lor nk update skrg..keje org tinggal sangat banyak..letih2..

nak sambung cite p umrah..kang lama2 dh x ingat..

rombongan kami di madinah selama 4 hari..alhamdulillah sangat seronok berada disini..dpt ke masjid quba dimana diriwayatkan jika solat sunat 2 rakaat di masjid ini seolah2 mendapat 1 pahala mengerjakan ibadat umrah..sebab tuh ramai sangat penduduk yg jauh2 dtg ke masjid ni untuk mengerjakan solat untuk mendapat manfaat tersebut..

kami juga dibawa ke tempat bukit magnet..subhanallah..tanpa perlu tekan minyak,van kami naik bergerak laju hampir 100 km/j..mula2 mmg x caya..ingatkan mungkin sebab turun bukit sebab tuh laju..tp bile naik bukit pun sama..mmg tarikan magnet bukit2 sekitar tersebut mmg kuatla..dn pada bukit di kwsn tersebut terdapat kalimah Allah..sgt jelas kelihatan..subhanallah..

kami juga di bawa ke ladang kurma..x masuk ladang pun...tgk dr luar je n kami borong sakanla kt kedai luar ladang tuh..coklat+kurma..time ni mmg x beringat shoppingla..

4 hari di sini mmg terasa sgt pantas..tup2 hari terakhir kami ke raudhah sekali lagi di mana ditempatkan makam nabi..mmg terasa syahdu sgt time kt sini..walau bersesak2 dpt jugak sujud syukur n solat sunat dicelah2 kaki org2 arab besar tuh..fuhh mmg padat..moga2 dapat kami ke sini lg.insyaallah...mulanya mutawif bgtau akan bertolak pkl 2 pm ke mekah entah mcm mana x jadi plak tunda ke pukul 6ptg..

so ptg tuh kami terus bergerak ke bumi mekah..sangat excited untuk mengerjakan ibadat umrah buat pertama kalinya..niat di bir Ali..sangatla ramai org time maghrib tersebut..sampai kene tunggu turn nk solat sebab masjid die kecik sgt..sepanjang perjalanan duk baca labaikallahu malabaik...duk ulang2 sampai tertido..

perjalanan amik masa 4 jam lbh nak sampai..oh bumi makkah..tempat kelahiran nabi tercinta...van menyusur perlahan menuju ke hotel penginapan kami..terasa bumi mekah lebih sibuk dan jalan pun jem..

kami sampai di hotel alsaraya kira2 200km dr masjidil haram..sampai sudah jam 12.30pm..memang terasa sangat mengantuk..disebabkan sudah berada dalam keadaan berihram,so kene jaga2..kene pastikan larangan2 dlm ihram tidak dilakukan..
akhirnya jam menghampiri 1 pg,kami baru dapat melangkah ke masjidil haram..

1st time tengok kaabah..terkedu sgt..subhanallah..Allahuakbar..sangat tersegam indah..sambil mengikut mutawif..rombongan kami sudah berpecah..hubby pun dh x kelihatan..so terpaksalah ikut je mutawif tersebut dengan abg ipar dan ibunya..time ni terasa dekatnya diri pd Maha Esa..terasa kerdilnya diri...kami terus menuju melakukan ibadat saie..boleh tahan jugak perlu tenaga ni..tp saya sangat kagum tgk ibu abg ipar yg berusia 75 tahun ni..tanpa bantuan kerusi roda,kakinya bertenaga melangkah menghabiskan 7 pusingan saie..sedangkan saya sudah hampir semput nak habiskan 7 pusingan..owh tenaga
manakah diperolehi oleh ibu ini..

malam tuh jugak lepas hbs saie saya dn ibu abg ipar berdua sahaja menunggu kelibat yg lain..abg ipar n mutawif dh balik dlu..mereka minta saya tunggu yg lain..entah kenapa tiba2 saya ajak ibu abg ipar balik jugak setengah jam kmdian lepas mereka pulang..saya mmg lupa jalan pulang..tp entah kenapa saya boleh plak pimpin ibu tersebut ke bangunan2 sekitar mencari hotel kami..masyaallah..x jumpa..puas kami mencari..penat usah dikata..hampir stgh jam berpusing akhirnya saya nekad kembali semula ke masjidil haram..saya doa berkali2 ,Ya allah,jumpalah suamiku..subhanallah di perkarangan masjidil haram,saya jumpa suami dn lain2..mmg kene marah kaw2 ler dengan husband time tuh sebab x tunggu mereka diam2 kt masjid..erkkk..silap saya..kami terus ke hotel dan tido nyenyak mlm tersebut..

sambung lg yer...

Thursday, July 7, 2011

S.A.B.A.R



senyap sunyi sungguh opis time lunch hari ni...seme member2 kua g JJ Au2..malas nak ikut sebab xde duit dah..huhu kesian kan..
bulan ni teruk kene roadtax kete+moto+insurans kete moto..huhu habis terus duit saya dan hubby..
memang ujian betul balik dr umrah ni..redha2..

1st ujian kerja..memang x tertanggung dah saya rasa keje kt sini..hari2 saya pasrah..saya teruskan juga kerja2 saya even boss saya mcm dah down..owh boss..kalau boss pun dh ckp x boleh macam mana org bwh mcm saya ni nak kata boleh teruskan..kawan2 pun ramai dh benti tp saya masih belum ada rezeki kerja di tempat lain..tp sebab org atas nak jgk teruskan so org bawah kuli2 cm saya ni kene la jgk usahakan..everyday saya g opis saya cube solve mana mampu..sambil2 ajar budak baru..mcm jadi cikgu pulak..hehe..sekali sekala sampai PM ckp buatla mana mampu..yes..saya takut nak main2 time keje sebab saya yg bagi makan duit gaji ni kt anak2 tiap2 bulan..even x bersemangat pun saya kene ikhlaskan sedaya mungkin supaya rezeki saya dapat tidak menjadi haram..nauzubillah..

2nd..maid saya dah lari ikut husband die ke kajang..saya boleh sabar jika die bawak berbincang..ni isnin lepas main cabut cmtuh je..tp kain baju x pulak bawak..tahla memang susah ade maid yg dh kawen ni..kawen pun senyap2..indon2..memang pening.malas nak pk pasal maid ni...so skrg hari2 saya travel ke tempat kerja bawak anak2 sama as anak2 saya masukkan kat taska dekat ngan opis ni..memang terasa sangat penat..dh seharian tepu mengadap coding..balik nak settle pinggan-mangkuk,kain baju lg..hubby saya sgt suka makan dirumah..so nak x nak saya perlu siapkan bekalan makanan setiap hari..sekarang setiap mlm saya masak dulu untuk mkn malam dan untuk bekal esok hari..kdg2 2 jam saya duk kt dapur..uish lamanya..duk keletong kelentang mcm masak special..hehe..tp alhamdulillah hubby sgt rajin dan membantu..tolong saya kutip baju2 masuk mesin dan jemur..tlg urus anak2..pakaikan pampers sblm masuk tido dan tlg sapu umah sblm tido..thanks dear...kalau dia x tolong saya agaknye pukul berapa boleh tido malam2..syukran..

payah jugak travel bawak anak2 ni..perjalanan ke opis dr umah setengah jam..nak boleh sampai umah tuh mcm2 hal dlm kete..nak2 si tecit husna ni jenis cepat bosan..mulala nak meraung..dlm kete mcm2 saya buat..saya nyanyi,selawat..tanya pasal alam..tgk matahari tanya matahari warna ape..tnye psl pokok ,kereta..siap ade bunyi moto vrooom lagi untuk bagi husna x bosan..tp entahla..dh perangai manja agaknye nak meraung..1st day saya bwk blk dia menangis dan menjerit sekuat hati dlm kete..memang menguji kesabaran saya sungguh+jem..tp sabar sebab saya bawak nyawa yg sungguh berharga ni..alih2 sampai tmpt parking terus die senyap..haiya..x tahula dia nak ape..esoknye saya umpan beli gula2 yang bulat2 kecik tuh..tp 1 hal pulak suruh saya kopek je gula2 tuh sepanjang perjalanan..along ok dah besar..so die cool sepanjang jalan sambil ikut saya nyanyi n jwb soalan2 saya..hehe,she like very happy at school..

hari ini tengokla..saya malas nk beli gula2 dah..tgkla cmne..pg td saya diketuk dgn botol air atas kepala..adik husna marahkan saya x bagi die air..haia..ummie tgk drivela sayang..cmne ye nak bg anak2 bersabar?saya selalu ckp sabarla sayang..tp anak2 makin meragam..

okla stop dulu..nak p beli lunch..saya hanya masak nasi goreng je pg td dan dh habis untuk lunch..hehe..


Tuesday, July 5, 2011

ujian

DOA KETIKA DALAM KESUSAHAN

لاَ إِلَهَ إِلاَ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنْ الظَّالِمِينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.

handphoneku hilang..huwaaaaa..sedihnye..hp tuh hubby yg hadiahkan selepas saya selamat bersalin adik husna dulu..saya belum pernah lagi beli handphone sendiri..handphone pertama cikgu hadiahkan..nokia 3310 yg harga time tuh dkt 500 jgk msa saya 3rd sem kt uni..

alkisah smlm saya n family ke tesco kepong..hari ni 1st time anak2 masuk ke taska as maid saya dh lari..grrrrrrr...nt cerita lain kali psl maid ni..kami dh sampai tesko hampir kol 6pm..terus masuk ke toilet saya ajak along sekali as die dah x pakai pampers..tah camna saya gantungkan beg kecik yg saya letakkan hp tuh belakang pintu toilet...pamdainye saya kan..dh siap2 buang air semua senonong saya pimpin along terus masuk ke surau plak..memang langsung x hengat..adoilla..

lepas dh siap solat semua nak gerak ke dlm tesko bru teringat hp saya..terus cri2 tp xde..hp saya pun dh dimatikan..sampai hati org curi tuh..cuainya saya..saya syg2 sgt kt hp tuh sebab dlm tuh jgk banyak gambar kenangan saya semasa g umrah dlu..

oowhh sungguh sedih...mana nk cri hp saya ni..hubby belikan saya BB satu gantikan k..huhu..nak ke die belikan saya lg sebab sekarang saya dah ade gaji sendiri...huk2..dh 2x hubby berikan saya handphone..

xpela saya anggap xde rezeki..redha jela..next time jgn cuai lg..walau hanya sony erricson tp sungguh berharga..lambatnye nak tunggu next gaji..sementara saya pakaikan tel nokia hubby..alhamdulillah die nak pinjamkan..so kawan2,no kalian saya dh xde..kalau boleh emailkan la pd saya no2 korang ye..





~~Coretan Hati~~ Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template