Thursday, November 7, 2013

Pengalaman checkup di KPMC Kajang

Assalamualaikum...rasanya memang dah terlalu lama x mencoret santai kat sini..

Terlalu banyak kalau nak di ceritakan..Just beberapa kebelakangan ni sibuk menguruskan rumah 'kedua'--business Impianz Shoppe saya-->http://vithebat.blogspot.com/



Alhamdulillah usia kandungan saya dah masuk 34 minggu which is almost lagi sebulan lebih si comel ni nak berjumpa kakak dan abang dia:-) Sebelum ni saya just checkup di klinik mesra serdang @ klinik dr rohaya..Majoriti ibu2 area serdang @ UPM akan kenal siapa Dr Rohaya yang sangat lembut dan baik ni..

Untuk kelahiran ke 4 ni,Insyaallah saya dan suami memilih KPMC kajang untuk bersalin anak ke 4 ni..Sebelum ni pengalaman bersalin di hospital pantai batu pahat..So,dahade maid ni pepandaila pantang sendiri + anak yg ke 4 dah pun..buat2 pandaila kan...hehe..dah jadi ibu 6 tahun insyaallah..

Pagi ni kami ke KPMC kajang..lepas dah wat appointment siap2 minggu lepas..make sure buat appointment dulu yer..kadang dr bz ade emergency or full..Saya pilih Dr mimi..Pergi pkl 8.30 pagi masuk2 dapat giliran no 4..okla..nurse ckp doc lambat sikit sebab round patient dulu kat wad..xpela saya paham checkup kat hospital camnila kan..sama je mana2 az zahrah or an nur bangi pun..dalam pukul 10.45 baru no giliran saya di panggil..

Masuk 1st time jumpe dr Mimi..Sangat baik dan layan pun dengan baik..haha..ade ke doc layan kasar2?nama dh swasta kan?Tapi saya selesa la dgn cara dia..Dia tanya sikit sebanyak dan terus scan..Sebenarnya dekat sebulan jgk saya x g checkup lepas last 30 minggu kt klinik mesra tu..so sedikit teruja nak tgk si comel ni n takut jugak dah terlalu besar or air ketuban sikit ke..

Alhamdulillah,all goes fine..Uri elok terletak,kepala dah kat bawah..cuma tang nak tgk jantina tu,dia tutup si anu tu..so doc xle confirm 99% la..xpela,yang penting semua selamat dan sihat..Alhamdulillah..

Keluar2 hubby baya pakai KK RM 69..okla..x la terlalu mahal compare to hospital2 swasta berdekatan saya dgr ada sampai checkup rm100 lbh..

Doc pun tanya saya makan ubat ape?obimin,kalsium?saya cakap saya makan set hamil shaklee..doc puas hati dan minta saya sambung je..

Saya nak share sikitla pengalaman makan shaklee ni..Saya mula start makan shaklee lepas bersalin umair anak ketiga..masa tu ambil set penyusuan..tp lepas jadi ahli saya sambung je makan set hamil..

alhamdulillah sepanjang preggy kali ke 4 ni,saya sangat bertenaga..jarang sanagat2 kena kejang kaki or cramp tu..dulu masa mengandung sebelum ni tengah2 malam asyik kene dan banyak kali pulak tu..padahal dah makan pil kalsium dan minum susu lagi..then gigi saya cepat sangat sakit..Kali ni saya kdg terasa juga berdenyut kat gigi,tapi lepas ambil 2 biji ostematrix terus je hilang berdenyut tu..alhamdulillah..tapi cek gigi memang saya akan buat lepas bersalin ni..

Kawan2 pun tegur saya lain dari pregnancy sblm ni..n diorg pun tahu saya dealer shaklee..of course berat saya naik pun xdela tinggi sangat n yg best xde darah tinggi,kencing manis or hb rendah..alhamdulillah..semua dgn izinNya..

Saya just kongsi apa yg saya rasa..Kalau ibu-ibu kat luar nak tahu lebih lanjut pasal set kehamilan ni..boleh PM saya or ke blog vitamin saya--http://vithebat.blogspot.com/ atau boleh like page saya di Impianz Shoppe..

Insyaallah saya akan share setiap kebaikan,konsultasi cara makan dan sudah pasti harga lebih murah dan diskaun hebat untuk anda..juga tak lupa sape nak buat side income or fulltime pun boleh PM saya..sangat2la murah hanya modal RM 75 sahaja..insyaallah anda pasti puas hati dan ramai telah mencuba...

Okla,saya mohon doa dari kawan2 dan semua semoga dapatla saya lahirkan si comel ni dengan selamat dan semuanya dipermudahkan..

Rakan Pengedar Shaklee,

With Love,
Mommy sue
SID 889 806





Wednesday, April 10, 2013

Wanita boleh sedekah kepada suami, anak

Sebuah halaqah yang dihadiri sahabat wanita, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai kaum wanita, bersedekahlah kamu semua meskipun dengan sebahagian daripada perhiasan kamu!”

Mendengar pesanan Nabi di atas, Zainab isteri ‘Abdullah bin Mas’ud, segera pulang ke rumah dan menemui suaminya. 
Dia berkata, “Suamiku, engkau adalah orang yang miskin. Nabi memerintahkan kepada kami supaya bersedekah. Disebabkan itu, pergilah berjumpa dengan baginda dan tanyakanlah, adakah aku boleh bersedekah kepadamu. Sekiranya boleh, aku akan bersedekah kepadamu! Sekiranya tidak dibenarkan, aku akan bersedekah kepada orang lain.” 


Mendengar permintaan isterinya, ‘Abdullah bin Mas’ud berkata: “Engkau sahajalah yang menemui baginda.” 

Zainab akhirnya pergi ke rumah Nabi. Tiba-tiba, dia mendapati seorang wanita daripada kalangan Ansar berada di depan pintu rumah Nabi dan mempunyai masalah yang sama dengannya. Sementara itu, Rasulullah adalah seorang yang telah dianugerahkan kemuliaan. Mereka pun akhirnya menunggu di depan pintu rumah baginda.

Tidak lama kemudian, Bilal keluar dari rumah Nabi. Dengan pantas Zainab dan wanita Ansar itu berkata: “Wahai Bilal, jumpalah Nabi dan beritahu kepada baginda bahawa ada dua orang wanita di depan rumah baginda yang ingin bertanya tentang sesuatu: adakah kami boleh bersedekah kepada suami ataupun anak-anak yatim yang kami asuh? Tetapi, jangan beritahu siapa kami!”

Bilal segera menemui Rasulullah dan menyampaikan pertanyaan kedua-dua wanita itu. Rasulullah bertanya, “Siapakah mereka? Bilal menjawab: Mereka adalah Zainab dan seorang wanita dari kalangan Ansar. Rasulullah bertanya: “Zainab yang mana? Bilal menjawab: Isteri ‘Abdullah bin Mas’ud. Rasulullah bersabda: Mereka dapat dua pahala, iaitu pahala kaum kerabat dan pahala bersedekah.” (Hadis ini direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim) 
Penulis kitab ‘Umdah al-Qari fi Syarh al-Bukhari membincangkan hadis ini dan mengatakan terdapat beberapa perkara yang dapat disimpulkan daripadanya.

Anjuran supaya memberi nasihat dan peringatan kepada wanita mengenai akhirat dan hukum berkenaan dengan mereka, serta dorongan supaya selalu bersedekah. Semua itu dilakukan selagi tidak mendatangkan fitnah, sama ada untuk orang yang dinasihati mahupun pemberi nasihat.

Isteri boleh bersedekah dengan harta miliknya tanpa keizinan suami. Bersedekah sunat tidak diperlukan ijab dan qabul, tetapi cukup dengan adanya sesuatu yang disedekahkan.

Selain itu, hadis ini juga menunjukkan beberapa perkara iaitu keutamaan bersedekah kepada suami dan anak-anak yang termasuk dalam kelompok yang berhak menerima zakat. Ini kerana memenuhi keperluan mereka adalah kewajipan ibu bapa.

Segera mengamalkan pengetahuan agama yang telah diketahui. Kewajipan mencari ilmu bagi wanita seperti lelaki. Dalam aspek mencari ilmu, seperti dinyatakan dalam hadis ini, wanita boleh keluar rumah untuk bertanya pelbagai masalah agama seperti mana kaum lelaki.

Sumber: Buku 100 Wasiat Nabi Untuk Wanita

Monday, April 8, 2013

Kulit cantik


Semua orang nak kulit cantik dan menarik kan? Jika berminat untuk set vitamin,boleh klik kat sini

Tuesday, April 2, 2013

SEMANGAT..


Semoga Allah limpahkan kebaikan dan seluas-luas rezeki buat kita semua hari ini dan seterusnya..Keep Positive dan Sentiasa kuat berusaha..

Tuesday, March 19, 2013

Hindari Stress


Trained of the Trainer..Stress..Haha..because everyone very powerful and big boss from management level..Me? fuh...Saya budak baru belajar..

Semoga Allah bukakan pintu hati dan saya tenang,tenteram dan berani berhadapan dengan sifu2 semua ni..everyday got presentation..Fuhh..stress..stress..

Tuesday, March 12, 2013

50 Nasihat Syed Mokhtar Al-bukhary



1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.

4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat, saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA .

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS, ADA MASA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN. REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI.SUDAHLAH TAK MAHU BERUSAHA,APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa!

16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA, BANGSA DAN UMMAH. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. APA YANG SAYA TIDAK TAHU, SAYA BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN. SAYA TIDAK MALU . Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI. KITA KENA BERANI KERANA BENAR. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19.KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI .Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. DI KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK, DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG .
.
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN. Mereka lebih takutkan diri-sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya tiada duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA SEMULA. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. BANYAK ORANG MAHU SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNGJAWAB .

26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki) Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT KESILAPAN.TETAPI SAYA INSAF, BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN LAGI. Sejak awal, saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN PULA. SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI. HARI INI KITA TOLONG ORANG, ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok-belok perniagaan, InsyaAllah boleh maju.

34. KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA. PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK. JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. KEJAYAAN DAN KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA, TETAPI IA BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR. GIGIH, TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA. SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR .

39. TUHAN MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41.ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI-SENDIRI,KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS .

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL JARIAH. SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA INI. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU. SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN

Thursday, February 28, 2013

SALAM JUMAAT

Assalamualaikum..salam pagi jumaat semua..Sama-sama kita perbanyakkan selawat buat Junjungan Nabi Muhammad S.a.w dan banyakkan zikir pada jumaat yang mulia ini..




Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)

Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)





( صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد )

Monday, February 18, 2013

Ragam Husna


semalam mengajar anakanda husna mengaji..suruh dia baca alfatihah..mula-mula start dah tak betul..saya suka tegur terus sebab budak2 ni otak dia cepat tangkap..

Dia sebut Alahamdulillah..saya tegur Alhamduillah..2,3x saya tegur last2 dia naik suara marah..dia ingat dia yang betul..biasala budakkan..last2 saya tegurla,eh ni sape tok guru ni..papa dah start gelak2 dah..

Saya pun tegur balik nak mengaji kene duk elok2..bersila..Nanti Allah marah..
Dia jawab balik..ummie pun duduk terkankang..di kenakan ummie balik..padahal ummie duduk bersimpuh..aduhai...sampai saya tergelak2...last2 saya cakapla cepatla baca..

Anakanda husna cakap..dah ummie gelak......aduhai..lagi terbarai gelak saya..

x tahan betul kerenah budak sorang ni..tapi..mek comel husna ni sangatla RAJIN..alhamdulillah..
suruhla apa sahaja dia ambik barang /baju/telengkung kat tingkat atas..berlari la dia p amik..kdg2 3,4 kali kejap ummie,kejap papa suruh..sejak ummie kene semput ni lagila..naik tangga sikit dah mengah..

Alhamdulillah..ayat dia lepas ummie cakap thank you.

Ummie sayang husna kan? :-)

Sunday, February 17, 2013

Makin Lincah



Kisah si tecit yang sangat lincah sekarang ni…26hb ni genap 11 bulan..makin besar makin aktif..dia suka merangkak laju..suka berdiri kat meja tv,kat sliding door dan kerusi makan..

Pot feveret kat tangga la..aiyaa..suatu malam tu,ummie tgh solat isyak..dh pesan kat papa suruh tengokkan anak teruna ni time ummie solat..ummie solat kt bawah so boleh dengarla 2,3x kakak husna ambik dia kat tangga..sudahnya tibe2 senyap..ummie pun solat dh x khusyuk sebab x tau dah kemana si umair ni pergi..sekali dh siap solat terus ummie terpa tangga..masyaallah..elok je dia landing kat 3 tangga teratas..ya Allah terpaku jap ummie..kalaula terjatuh..nauzubillah..menjerit ummie 1 rumah..
Lani sangat manja..nak ummie bertepek je kt dia..masuk toilet dia nangis menunggu depan toilet..padahal bapaknya ade je sama..kalau malam lagila..umie masuk toilet pun dia boleh terjaga..tau je ummie bangun malam2..haiyaa..banyak manja wooo…

Paling tak tahan kalau menyusu..dia suka tarik sekuat hati..adoiila..kadang ummie tarik hidung dia..marah2 esoknya buat lagi..sekarang dah panjang akal..kadang tengok azan,orang ceramah terpaku jap..ambik barang dia nak atas meja then duduk explore2 barang tu…hp ummie x sah ckpla..habis di gegetnya…
Teringat kes amah campak bayi tu..ya Allah,mintala berlindung…kat umah pun anak2 duk ngan maid..tp setakat ni Alhamdulillah..nangis2 pun elok dia dukung lagi..
Ya Allah,lindungilah kami dari orang2 yang zalim dan semoga kami sentiasa di bawah perlindungan kasih rahmatMu..ameen

Friday, February 15, 2013

murah rezekI Dengan SEDEKAH

    

Siapa nak percaya, percaya! Tak nak percaya dan tak nak buat, terpulang! Perkara ini benar-benar terbukti merubah banyak perkara dalam hidup saya...... syukur dan semakin bersyukur lagi! - AzizanOsman -
Formula Untuk Memewahkan REZEKI - SDS

S - Syukur
D - Dhuha
S - Sedekah

Kalau hari2 biasa buat sikit2, hari jumaat buat lebih. Sedekah harian RM1, sedekah ari jumaat RM10. Insha allah ada bantuan yang akan datang secara tak disangka mahupun tak terduga bukan sekadar wang ringgit mungkin kesihatan, pertolongan drp org, pegi bank tak payah queue, pegi kedai makan terjumpa kawan lama dia belanja, dsb



_________________________________________________________________________

THE POWER OF Seringgit jer...

Dulu...saya mula belajar bersedeqah di tempat kerja saya kerana peminta-peminta derma ni suka sangat beramai-ramai ke ruang legar ofis saya setiap hujung bulan atau hari gaji..Macam tau-tau saja.. (dalam hati saya).Mula-mula saya buat donno je, buat-buat tak faham...maklumlah kerja hebat lah sangat..tapi 'tak berapa cukup'..

Dalam hati berkata, Allah tak marah kot kalau tak bagi, sebab untuk keperluan keluarga pun tak cukup..Lagipun itukan derma..bukan paksaan, kena bagi dengan ikhlas hati kan...

Tapi makin lama baru terperasan, seorang ofis mate ni, Suzette namanya..setiap hujung bulan dia pasti menderma, yang nampak setiap hujung bulan la, yang tak nampak sure byk lagi tu . (Thank u Suzette for the lesson!)..dan dia ni mmg dah kaya raya dari dulu-dulu lagi..

Patutlah kami dulu sentiasa BOCOR..Masuk sikit bocor sikit..masuk banyak bocor banyak..macam tu lah silih berganti..Tapi sejak dah faham tentang bersedeqah alhamdulillah..seronoknya..rupanya inilah punca kekayaan..kena banyak memberi..memberi..memberi...

Dulu beri sebulan sekali..masuk pun sebulan sekali..Alhamdulillah Bila start beri seminggu sekali..masuk pun seminggu sekali..Syukur..Sekarang, dah tak senang hati kalau tak cuci kolam hari-hari..kerana barulah masyuk pun hari-hari ..

A soft reminder untuk adik-adik yang baru nak berbisnes..Walaupun bisnes belum bersinar-sinar sgt lagi..Kolam tu kenalah cuci hari-hari..kata nak masyuk hari-hari...

Cucilah kolam tu macamana pun ATLEAST kena keluarkan seringgit saja sehari consistently setiap hari..Senang je seringgit tu, setiap hari masukkan di tabung mesjid ke..ataupun sedeqah kat budak2..anak kawan-kawan ke..anak2 jiran ke..ataupun setiap kali kita bershopping hari tu..lebihkanlah seringgit utk makcik nasi lemak ke, abg keropok lekor ke, atau abg jual ikan kat pasar tu ke..ishhh..mesti mereka ni terharu..kerana selama ni customer asyik mintak kurang je, ni makhluk planet mana pulak ni, lain dari yang lain...

Yang penting mmg kena beri..beri..beri..cobsistently..Dah tak nak dengar ada yg kata, bisnes tak ok lagi..gaji saya kecik...nak hidup pun tak cukup...Siapa yg masih kata macam tu bermakna dia masih tak faham-faham lagi..masih tak dapat ler tu .Bermakna dia masih belum menjadi insan terpilih...kata kat orang sebelah,"KESIAANNNN...."


Sumber:FB Alumni atau Bakal Alumni Dr Azizan

Tahap mendidik Anak mengikut Sunnah Rasulullah

Wednesday, January 30, 2013

Letih

Fuh..kerja ooh kerja..

sekejap saya mengadap coding PHP Codeigniter..sekejap belajar bootstrap,sekejap saya kene mengajar java,sekejap kene buat notes untuk mengajar Joomla..sekejap mengadap Eclipse untuk belaja android..

Fuh..sangat penat..which one should i focus first? memang nak terbarai semua rasanya..
Insyaallah next week teaching Joomla for a week at UKM..Allahumma..Permudahkan urusanku Ya Allah..Bukan mudah nak mengajar budak2 lepasan degree yang pelbagai bidang ni..macam2 ada..
Apapun satu cabaran..semoga semuanya berjalan dengan lancar..

Suka part yang no 2 ni

#2 Tidak Dia jadikan sesuatu dengan sia-sia, pasti ada HIKMAH/ Sebab/ Manfaat.



Nice Sharing dari Dr Azizan 

10 Formula Hidup Asas & Mudah Azizan Style

#1 Tidak bergerak satu zarah pun melainkan dengan izin Allah swt.

#2 Tidak Dia jadikan sesuatu dengan sia-sia, pasti ada HIKMAH/ Sebab/ Manfaat.

#3 Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada ramai orang lain/ makhluk lain. 

#4 Orang yang bersyukur akan mendapat lebih banyak nikmatNya

#5 Orang yang bersedekah paling beruntung dunia akhirat.

#6 Senyuman itu satu sedekah

#7 Buat sesuatu dengan sabar kerana mahukan redhaNya & kasih sayangNya bukan kerana nakkan kiraan pahalaNya

#8 Ikhlas adalah biasakan buat lebih dari yang sepatutnya samada secara percuma atau tanpa extra charge/ request

#9 Apa yang kita fikir, rasa, cakap dan buat adalah Doa.

#10 Tuhan menilik hati-hati kita dan niat kita, Dia juga mengikut sangkaan kita. Perbaiki niat dan sangkaan kita nescaya Dia akan perbaiki hidup kita.

- Azizan Osman -


Moga bermanfaat juga untuk amalan yang baik kita bersama..Sentiasa bersangka baik dengan Allah dan sesama manusia..Insyaallah hati lebih tenang dan berlapang dada.

Saturday, January 19, 2013

Vitamin SHAKLEE

Sape pernah makan vitamin Shaklee?Angkat 2 tangan?hehe..

Mengenai Shaklee ni saya dah kenali lama dah..saya rasa memang dah lama vitamin ni kat pasaran..sejak saya zaman sekolah lagi tak silap saya selalu lihat kakak makan vitamin2 ni..berbotol2..memang macam jenisla..alhamdulillah sihat kakak saya walau dah usia 40 lebih sekarang ni terhindar dari sebarang penyakit..

Saya pasti macam2 vitamin jugak kat pasaran..Tapi kita sebagai pengguna pilihla vitamin yang asli,berkualiti dan jaminan untuk tubuh badan kita..Bukan tengok mentang2 harga murah,sedap,then vitamin tu terus kita beli..


Pelbagai isu jua saya dengar mengenai shaklee..Tentang isu halal toyyiban,isu bahan dari sumber ba..sumber yang syubhah dan macam2..

Jom kita tengok jawapan dari Shaklee USA ni supaya kita semua tak was-was lagi..

status halal bovine sofgel shaklee for lechitin, vit e and omega



Saya harap pengguna kat luar bijakla menilai..Insyaallah vitamin ni selamat di makan,mendapat sijil halal dan kelulusan dari KKM..

Anatara produk feveret saya :

-ESP ,Vitamin C dan Alfafa..

Insyaallah bagi ibu menyusu,bekerjaya..jika anda ingin menyusu bayi selama 2 tahun,pilihla vitamin ni..Badan bertenaga dan susu pun banyak..

Kalau sesiapa berminat boleh PM saya untuk dapatkan harga menarik..Saya pengedar sah shaklee..memang berbaloi duit yang anda laburkan..Insyaallah..


APA WARNA KEGEMARAN RASULLULAH S.A.W?

Assalamualaikum W.B.T

Photo: SUBHANALLAH! Pemandangan waktu malam kota suci Mekah... 

Ya Allah, sampaikanlah kami ke sana...Amin :)








Sila LIKE --> Suami Isteri Bahagia

selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Kita..Moga kita peroleh syaafat baginda di akhirat kelak..Jom kenali Baginda:



APA WARNA KEGEMARAN RASULLULAH S.A.W?


Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah hijau.” Namun selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih. Ada juga keterangan bahwa Nabi Muhammad saw pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati, abu-abu dan warna campuran.

Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin berkata : ” Yang amat disukai oleh Nabi saw ialah warna putih.”

Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: “Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau karena warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih.”......

Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang berkata: “Aku pernah melihat Nabi saw memakai serban hitam yang dipakainya pada hari raya…”

Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a katanya : “Pernah Rasulullah saw berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumat.”

Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata : “Pernah Nabi saw keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna abu-abu.”

Imam Bukhari meriwayatkan hadis dari Anas r.a, beliau pernah melihat : “Nabi saw menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya.” 

Tuesday, January 8, 2013

Fokus

Ini rahsia tersembunyi para jutawan.
Untuk menjadi jutawan, satu daripada alternatif
yang terbukti berkesan adalah mempunyai
sebuah perniagaan.
Untuk mempunyai perniagaan yang luar biasa,
penting untuk memiliki gaya fikir (mindset) 
Ia boleh mengubah perspektif  360 darjah terhadap dunia perniagaan.
Rahsianya adalah...
===================
Obses Terhadap Masalah
===================
Prinsip perniagaan sehingga kiamat adalah
sama dan tidak akan berubah.
Perniagaan adalah:
"Menyelesaikan masalah yang dihadapi
oleh pasaran tertentu, dengan mengenakan
caj-caj yang tertentu."
kita sebagai peniaga sebenarnya
melakukan satu tugas murni.
Apabila kita berniaga, kita sebenarnya
sedang menyelesaikan masalah orang ramai.
Oleh yang demikian, tanya diri sendiri
hari ini.
"Masalah apa yang diri mahu
selesaikan?"
Semakin besar masalah, semakin besar potensi
untuk diri menjadi seorang jutawan
perniagaan.
Kita ambil satu kajian kes iaitu Air Asia.
Syarikat ini menyelesaikan masalah orang
ramai, untuk mendapatkan tiket penerbangan
dengan harga yang jauh lebih rendah
daripada biasa.
Lihat bagaimana perkembangan Air Asia 
hari ini?
Mereka berada pada tahap yang jarang dinikmati
oleh peniaga lain. Bahkan mampu menaja
kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Queen Park Rangers.
untuk berjaya dalam perniagaan, ini
formulanya:
"Sentiasa fokus untuk menyelesaikan masalah
orang ramai."
Semakin banyak masalah yang selesai, semakin
banyak duit masuk.

Insyallah akan join Seminar DAO sabtu ni..Semoga Allah mudahkan urusan..yang penting mindsetting kene berubah dulu,FOKUS.

belajar perlu ada Mentor dan yang penting kuasai ILMU..Terima kasih Dr Azizan Osman..

~~Coretan Hati~~ Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template