Sunday, December 30, 2012

Mengapa Perlu makan sekeping roti je setiap hari?

Wallahu'alam..saya ambik dr FB..takut jugak baca ni memandangkan roti ni tiap2 hari anak2 telan..Saya bukan jenis terima bulat2 macam isu minyak yuyi haritu..cuma lepas ni memang perlu berpada-pada la memandangkan zaman sekarang ni macam2 orang boleh buat untuk mengaut keuntungan..


Ulasan CAP:

Oleh,S.M.MOHAMED IDRIS
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Kebanyakan roti dan ban yang dijual di sini melanggar undang-undang dengan sewenang-wenangnya, ia mengandungi terlalu banyak bahan pengawet yang dipanggil asid propionik, walaupun dibenarkan di bawah undang-undang makanan kita, mestilah tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh undang-undang.

Dalam ujian yang dijalankan oleh CAP baru-baru ini ke atas pelbagai jenis roti yang dibeli di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, termasuklah roti bantal dan beraneka jenis ban (termasuklah yang dihidangkan dan digunakan sebagai burger dalam rangkaian makanan segera), didapati sehingga 92% mengandungi asid propionik dalam jumlah sehingga 5 kali daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid propionik, dan sodium, potassium atau garam kalsium dalam jumlah yang mestilah tidak melebihi 2,000 mg/kg roti (Peraturan 65 (2) a).

Dalam ujian CAP ke atas 50 sampel roti (27 pada 2005 dan 23 pada 2006), hanya 4 dalam lingkungan had untuk asid propionik. Selebihnya 46 daripada 50 sampel iaitu 92% daripada roti yang diuji oleh kami semuanya mempunyai asid propionik melebihi 2,000 mg/kg (lihat jadual untuk keterangan lanjut).

Antara jenama terkenal yang turut terjejas adalah roti bantal dan ban daripada Gardenia, High 5, dan Roman Meal. Turut terjejas adalah roti dan ban dari rangkaian restoran makanan segera, pasar raya dan kedai roti tempatan.

Gardenia

Sebagai contoh Gardenia Original Classic (Enriched White Bread) mempunyai asid propionik 1.6 kali (ujian 2006) dan 1.8 (ujian 2005) melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Wholemeal Bread 2.6 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali (ujian 2005) melebihi had selamat. Begitu juga Gardenia Breakthru (Formula Multiwholegrain) adalah 2.4 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali lebih tinggi (ujian 2005), sementara Gardenia Breakthru (Formula White) adalah 3.3 kali lebih tinggi (ujian 2005).

Ban dari Gardenia juga terlalu buruk. Gardenia Roti Krim Coklat mempunyai 3.1 kali asid propionik melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Roti Krim Vanila juga 3.0 kali lebih tinggi dan Gardenia Roti Krim Jagung juga 2.4 kali lebih tinggi.

High 5

Jenama terkenal lain High 5 mempunyai hasil yang sama buruk. High 5 Nutri-White Sandwich Bread didapati mempunya asid propionik 1.9 kali lebih tinggi pada 2006. Ia bersamaan High 5 Sandwich Bread pada 2005 iaitu 3.2 kali lebih tinggi. Roti bantal bersaiz besar, High 5 Sure Value Sandwich Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi (ujian 2005). High 5 Wholemeal Bread mempunyai asid propionik 1.7 kali lebih tinggi pada 2006 dan 3.5 kali lebih tinggi pada 2005.

Ban High 5 juga mempunyai jumlah bahan pengawet yang melanggar undang-undang. High 5 Roti Krim Vanila adalah 2.2 kali lebih tinggi dan High 5 Roti Krim Coklat 1.6 kali lebih tinggi.

Roman Meal

Kami juga turut menguji roti Roman Meal yang mahal pada 2005 dan ia juga mempunyai paras asid propionik yang terlalu tinggi. Roman Meal Honey & Oat Bran Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi, Roman Meal Hi Calcium Bread 3.1 kali lebih tinggi dan Roman Meal 12 Grain Bread 3.0 kali lebih tinggi.

Roti Pasar Raya

Kami juga turut menguji roti daripada pelbagai pasar raya seperti Giant, Tesco dan Gama di Pulau Pinang, dan ia juga turut mempunyai paras asid propionik yang melanggar undang-undang yang ditetapkan. Giant Roti Sandwic ialah 2.9 kali lebih tinggi dan Giant Bread (Concess) 1.7 kali lebih tinggi.

Tesco Wheat Bran Bread mempunyai asid propionik 2.3 kali lebih tinggi. Tesco White Sandwich 1.4 kali lebih tinggi (ujian 2006) tetapi dalam ujian 2005, ia mengandungi hanya 2,062 mg/kg asid propionik, sedikit melebihi had 2,000 mg/kg yang dibenarkan oleh undang-undang.

The Four Leaves English Toast Bread yang dibeli di Pasar Raya Gama di Pulau Pinang adalah 1.9 kali lebih tinggi.

Rangkaian Makanan Segera

Kami juga menguji ban dan burger yang dihidangkan di KFC dan McDonalds. Semua 3 sampel yang diuji gagal dalam ujian. KFC Colonel Burger mempunyai 2.1 kali lebih tinggi bahan pengawet dan ban yang dihidangkan bersama dengan ayam goreng lebih buruk iaitu 3.6 kali lebih tinggi. McDonalds Beefburger mempunyai 1.7 kali lebih tinggi asid propionik dalam ban.

Kedai Roti Tempatan

Roti dari kedai roti tempatan dan dari penjual roti juga terjejas dengan teruk. Roti itu didapati mempunyai jumlah asid propionik yang paling tinggi datangnya dari Ismalia Bakery di Pulau Pinang yang juga turut membekalkan roti kepada penjual roti. Ismalia Bakery Coconut Bun mempunyai asid propionik 5.1 kali lebih tinggi berbanding had yang ditetapkan oleh undang-undang. Sampel yang diuji ini adalah yang paling buruk. Roti tempatan lain yang turut terjejas datang dari Rhena Bakery, Pathchee Bakery, Intisari Bakery, Continental Bakery dan lain-lain.

Asid propionik tidak berwarna, berminyak, cecair berbau hancing yang terjadi secara semula jadi dalam binatang dan produk tenusu. Ia biasanya digunakan sebagai racun kulat dan racun bakteria, ia mengawal kulat dan bakteria dalam bijirin yang disimpan, kawasan simpanan bijirin, sisa buangan ternakan dan air minuman untuk ternakan.

Dalam makanan, ia digunakan untuk mengawet makanan yang dibakar dan keju. Bentuk lain asid propionik (contohnya kalsium dan sodium propionates) juga ditambah ke dalam makanan untuk mencegah kulat dalam makanan dibakar kering.

Semua propionates dikatakan dikaitkan dengan sakit kepala migrain. Kajian dari Australia pada 2002 mendapati kalsium propionate boleh menyebabkan tingkah laku menyimpang (seperti keletihan dan tidak memberi tumpuan, jadi mereka tidak mahu membuat kerja rumah, tidak dapat membaca dengan sempurna dan juga mengalami gangguan tidur) pada kanak-kanak. Kesan sampingan ini berlaku dalam tempoh beberapa dan menjadi kumulatif, demikian menurut kepada kajian.

Tiada Penguatkuasaan

Hasil ujian oleh CAP amat mengejutkan dan kami pasti kebanyakan pengguna akan terkejut kerana kita memakan roti dengan paras bahan pengawet yang amat tinggi. Paling mengejutkan CAP ialah tiada pematuhan terhadap undang-undang sepenuhnya.

Kementerian Kesihatan yang menguatkuasakan Peraturan Makanan kita tidak menjalankan tugasnya dan dalam proses ini ia membahayakan kesihatan kita.

Pihak kementerian mestilah dengan segera bertindak untuk mendakwa syarikat yang telah melanggar undang-undang. Mereka mestilah mengawasi dengan berterusan kualiti roti yang dimakan setiap hari oleh berjuta rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak.

Nota: Jenama roti yang diuji oleh persatuan Pengguna (CAP) pada 2005 & 2006 boleh didapati di dalam akhbar Utusan Pengguna @ utusan Consumer keluaran September- Oktober 2006 di pasaran sekarang.

APA YANG TERSEMBUNYI MENGENAI ROTI INDUSTRI MODEN?

• Tepung Beracun
• Pelembut Doh
• Sisa Racun Makhluk Perosak
• Logam Berat
• Pemutih
• Pengemulsi
• Rambut Manusia (L-cysteine)
• Agen Pengurang
• Pengawet
• Terlalu Banyak Garam
• Lemak Trans
• Terlalu Banyak Yis
• Enzim Ubah Suai Genetik
• Yis Ubah Suai Genetik

Roti hari ini adalah produk yang dihasilkan secara besar-besaran yang bergantung kepada pelbagai proses industri, bukan kepada kemahiran pembuatnya yang berkembang dalam tempoh beberapa abad yang lalu.

Di kebanyakan negara, termasuk Malaysia, roti dibuat di kilang besar, sesetengahnya mampu untuk menghasilkan sehingga suku juta buku roti sehari. Dalam usaha untuk menghasilkan roti dengan cepat dan untuk tahan lebih lama, industri membuat roti menggunakan lebih banyak bahan kimia penambah dan enzim tiruan (termasuk enzim ubah suai genetik, yang tidak perlu dinyatakan pada bungkusan memandangkan ia dikelaskan sebagai “bantuan membakar”).
Roti hari ini juga menjadi semakin lembut – mengandungi lebih banyak air dan kurang bahan sumber daripada bijirin semula jadi.

Apa yang anda perolehi adalah makanan yang rendah mutunya. Anda akan terkejut apabila mengetahui apa sebenarnya yang digunakan dalam membuat roti moden hari ini dan apa kesannya kepada kesihatan anda.

“Kini, teknologi mempunyai cara yang lebih pintar untuk mencemari roti kita, jadi sains mendedahkan kesannya kepada kesihatan awam. Sepertimana kajian terbaru menyarankan, kita perlu memikirkan semula cara kita membuat roti.” (Akhbar British The Independent, dalam artikel, “The Shocking Truth About Bread,” 29 Ogos 2006).

Thursday, December 27, 2012

Kasih PadaMu


Rindunya pada makam Nabi..Rindunya nak pergi lagi masjid Nabi..Rindu nak solat kat Raudhah..ya Allah,jemputlah lagi kami menjadi tetamuMu..


Rasulullah dalam sirahMu
 Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah

Sahih hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Didalam sunnah yang utama
Menyambungkan kasih denganMu

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa
Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah
Ya Rasulullah Ya HabibAllah

Pabila terkenangMu mengalir air mataku..

Tuesday, December 18, 2012

Hadiah sebuah kejayaan

tahniah untuk anak2 buah yang mengambil result PMR hari ni..sorg dpt straight A,sorg lg 7A 1B..kalah cikla,dulu dapat 7A IC je kot..C sains..harem betul..ingat lagi sebab ape dpt C ni,sebab ke tandas la..dh tahan nak buang air dr start paper..sudahnya nak kene tunggu setengah jam pertama baru boleh keluar..pastu berlari dari tingkat 3 turun tingkat bwh sekali...hilang fokus,letih duk berlari2,,sudahnya x cukup masa..

masa keluar result tu,sedih sangat..ingatkan dpt at least B..dan paling sedih lagi kene trun kelas kedua..x pernah hayat masa sek time tu turun kelas..sebab kelas no 1 kene Math dan sains at least B..malu sangat kt kawan2 time tu..budak dpt 1A pun duk kelas no 1..

tp lepas 4 bulan,lepas ramai dah keluar ke mrsm dan teknik,dapat naik kelas balik..alhamdulillah dapat semangat balik untuk belajar..

Kejayaan yang sebenar adalah kita bangkit dari kegagalan..bukan selama2nya gagal..

Hari ni jugak saya dapat motivasi sharing dari officemate..he is software engineer...mula masuk ke opis awal tahun ni..tp nampak semangat kerja sangat bagus,di sayangi bos kerana usaha gigih dan sangat laju membuat kerja..

hari ni dia share dengan kami ketika TOT session...

setiap hari kita kene upgrade diri kita..hargai diri kita dengan increase value yang perlu ada pada diri kita..jangan selesa berada di takuk yang lama...

macam dia,setiap hari dia akan habiskan masa setengah jam or sejam sebelum habis office hour belajar teknologi baru..memandangkan dia perlu develop web,so teknologi web development tu kene tahu..walau x secara details at least tak ketinggalanla..so macam2 hari ni dia share..ada 4,5 teknologi baru kami dapat hari ni..best2..

Bangun setiap hari 5.30 pagi walau hari cuti..bangun bersenam,solat,mengaji,pergi office,balik office,quality time with family...semua perlu manage..dan otak kita perlu trained utk berkerja dengan laju..dia pernah set 90 minit untuk fokus..human being he said ,90 minit tu kira paling optimum..dalam tempoh fokus tu macam2 kerja boleh buat dan siap...challenge pada otak dan diri..lama2 otak akan faham dan akan sendiri boleh adapt untuk menerima perubahan..

yes,practice make perfect..mungkin kita boleh challenge pada diri sendiri..increase value setiap hari dari sudut kehidupan sebagai hamba,sebagai anak,sebagai isteri atau ibu..checklist everyday..

tasklist perlu ada,,dari situ kita tahu bila kita tulis tasklist tuh,nampak kerja siap ke tak or tulis bende sama je berhari2...i like this so much..

Insyaallah cuba akan praktiks dan cuba increase value pada diri..semoga kita menjadi muslim yang berjaya bukan untuk diri sendiri tetpai juga berharga pada orang lain..Insyaallah..



Wednesday, December 5, 2012

Program Untuk Anak Selangor 2012

Salam,

Just nak share dengan semua 

1 program anak selangor akan di adakan bermula pada 17 disember 2012 ini

Program yang akan di jalankan :

1) Fiber to the Home Technician- 10 hari + 3 bln OJT
2)Multi Skill IT Technician- 5 minggu + 3 bln OJT
   ( IT Administrator,Lan And Computer Repair)
3) Kursus Sijil Pengurusan dan Operasi Halal (KAPSUL)
4) creativity & Innovation

Syarat:

Mestilah Anak Kelahiran Selangor /Kuala Lumpur ( Mengikut IC)

Tempat:  Kolej Pendeta Za’aba, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Masa ; 9pagi - 5 ptg..

Elaun: Rm 500 sebulan

kepada sesiapa yang berminat,boleh contact: Ina - 019-2155998 & 03-89574954


Minta sebar2kan ye..Terima kasih..

Tuesday, November 27, 2012

happy sweet 8 months..


entry 2 hari lepas..genap anakanda umair 8 bulan..budak montel ni sangat bammm2 sekarang..sejak dah makan bubur nasi sekarang ni,ummie pun dah x larat nak dukung..10kg dh ka?haritu masa 6 bulan timbang dh 7.25kg..

perkembangan sekarang,umair suka buat bunyi gelembung..kitorg panggil buat bunyi puuuttt..dia cari sasaran perut ke,pipi ke..kalau dpt bunyi tu dia sengih2 suka..duk atas walker tu memang aktifla..semua bende nak masuk mulut..suka mengigit tau..dia ada 4 btg gigi..gigi 2 batang bwh kecik je..tp 2 btg atas beso mcm gigi rabbit je..kalau dia geget..oo mau nangis ase..sekuat hati tu mcm org geram gigit..

Semalam duk berkejar main kat computer..sekali nak berdiri kat situ jatuh tergolek..maula nanges kejap..hehe..herokan..kepala kebal dh..hari2 ade je bende dia tarik..

Semoga umair membesar dengan sihat ye sayang…cepat2 jalan..nanti tahun depan umair nak p cuti2 malaysia ngan atok n nenek..

Monday, November 19, 2012

salam maal hijrah 1424

Assalamualaikum..

posting ni sepatutnya last week..tapi dek kesibukan mengemas rumah pindah postpone la..

Selamat menyambut tahun baru hijrah buat semua..semoga tahun ni lebih mendekatkan diri kita kepadaNya,lebih berfikiran positif,semangat dan kuat berusaha..ameen..

alhamdulillah kami dah berpindah ke sungai ramal dalam kajang...hijrah rumah baru pada hari cuti maal hijrah..masuk kali ke 5 pindah sepanjang 6 tahun berkahwin..huhu...letih weh kejenye duk pindah randah..dari kajang->ampang->kepong->serdang->kajang...hopefully umah ni lama la sikit kami dapat duduki..

KAmi merancang Allah jua menentukan..semoga kita terus diberi kesihatan yang baik,akal dan badan sihat untuk terus kuat bekerja dan dimurahkan rezeki..RAbbi yaasir..


Tuesday, November 6, 2012

i dont want to be a programmer..


letih..starting again coding which i'm not very familiar..not study at u..all from 0 and i have to create a module..thinks easy but the implementation is not simple like read abc..

Rabbi yaaasir walla tua'sir..ya Allah,permudahkanlah..kurniakanlah kekuatan dan idea2 bernas untuk ku selesaikan pekerjaan ini dengan jaya..ameen...


Thursday, November 1, 2012

resepi utk umair

RESEPI 7 BULAN


BREAKFAST
1) Puri kentang
Rebus kentang (buang kulit dulu) hingga empuk.
Kemudian, lecek2kan dia hingga hancur.
Campurkan sedikiit perahan susu ibu untuk menghaluskan lagi teksturnya.
2) Puri carrot (sama mcm puri kentang)
3) puri brokoli
4) puri bayam (Boleh juga dicampur adukkan sayur-sayuran diatas untuk dijadikan puri sayur campur)
5) puri epal
6) puri pisang (pisang tak perlu dimasak)
7) puri betik

LUNCH

1) Bubur+sayur+bilis
Penyediaannya sama macam resepi 6 bulan, tapi tak perlu blend dah.
Just masak dan lecek2kan sampai halus.

2) bubur+ sayur + ikan
masak bubur bersama sayur, dan lecek.
Ikan direbus (potong kiub untuk memudahkan, bila masak, sejukkan sebentar dan blend (blend basah)
Campurkan bubur dan ikan.

3) bubur+sayur+ ayam/daging (sama macam resepi ikan)
Nak menyedapkan lagi, goreng bawang dengan sedikit minyak, taburkan atas bubur.
juga boleh ditaburkan dengan daun bawang & daun sup untuk menambahkan aroma.

credit : - FB Teddy Dream's Shop

Tuesday, October 23, 2012

Happy Birthday Along



Happy birthday to you..happy birthday to you..
Happy birthday to hanis nabilah..happy birthday to you..

Tersengih2 along tengok ummie nyanyi..
Husna : Adik2..kenape ummie tak nyanyi untuk adik..
Ummie : Esok birthday along..birthday una dah lepas la..
Husna : ala..nak jugak..

Geli hati betul husna ni..marah die ummie tak sebut nama dia nyanyi lagu tu..
2,3 hari ni anak2 gembira duk menyanyi lagu happy birthday ni..
Ade je nama diorang sebut..”happy birthday kawan husna” yang x de nama pun ada..nak gelak pun ada kalau dengar..


To anakanda Hanis,
Semoga membesar dengan sihat,menjadi anak solehah,rajin dan taat perintah Allah,hormat ummie papa dan orang tua serta sayang dan pemurah pada adik-adik..

Sekarung doa dan nasihat buat along semalam..saya tahu dia sudah mula boleh faham..di usia 5 tahun dan memahami erti : KAMI SAYANG ALONG ..

Semalam papa belikan along ole2 untuk kawan-kawan dan jamuan kat sekolah along untuk celebrate hari ni..ummie pun bagi along kek dan jam je..semoga along happy selalu..


Love u..muaaaaahhh..

Monday, October 22, 2012

Rindunya untuk menjadi tetamu Mu

Hari dah 6 zulhijah..pejam celik pejam celik dah nak raya haji pulak..baru je rasa lahirkan umair..tup2 dah nak masuk 7 bulan si comel ni..

Sebut bulan zulhijah ni bulan umat islam kerjakan ibadah haji.. hari2 tengok kat tv alhijrah ada lintas langsung dari masjidil haram..kadang2 hubby pasang kat youtube live dari makkah..subhanallah ramainya umat islam bersatu untuk mengerjakan ibadat haji ni..kalau tengok pada ramainya manusia tuh duk terbayang boleh ke buat semua ibadat dgn sempurna..x terjangkau dek akal..tapi jika niat yang baik..insyaallah DIA permudahkan..yg penting memang segunung kesabaran di perlukan..
Teringat saya ketika kerjakan ibdah umrah..oh rindunya..hari2 tatap kaabah tuh rasa nak pergi lagi..insyaallah..moga DIA perkenankan doa kami dan murahkan rezeki kami sekeluarga untuk ke sana lagi..

Kalau di fikirkan kembali,manisnya kenangan tahun lepas tika kerjakan ibadah umrah tu..bayangkan sujud di lantai masjidil haram di depan kaabah ketika matahri tegak di kepala..lingkungan 11.30am..tapi bila sujud dahi mencecah lantai,subhanallah sejuknya lantai masjidil haram ni..betul2 bawah pancuran emas..itulah saya rasa salah 1 tanda kesucian tempat ibadat ni..
Tika saya dan kakak ipar selesai sujud lama,kami saja2 sentuh dinding kaabah..merasa betapa kerdilnya diri..tiba2 ada 2 orang wanita’ warga Indonesia menawarkan bantuan kepada kami untuk bantu kami kucup hajarul aswad..pucuk di cita ulam mendatang…sape x nakkan?
Dengan kekuatan kaki dan semangat,kami mengikut 2 wanita berkenaan menghampiri hajarul aswad..bukan mudah ye..orang2 arab berebut2+tinggi2 sayup.

Allahuma yaasir wa’la tuassir ya kareem..saya ingat lagi ayat ni menjadi sebutan kami berulang2 kali saya baca..hingga akhirnya saya betul2 berdiri di depan penjaga pintu kaabah yang berpayung tika itu..melihat pergaduhan dan pergelutan yg berebut untuk mencium,last2 dapat peluang saya terus cium..subhanallah..tika itu memang x mampu lama..tapi sempat saya niatkan apa yang saya idamkan..

Menitis air mata saya tika itu..bertalu2 ucapan terima kasih saya kepada wanita’ Indonesia berkenaan..alhamdulillah kakak ipar pun tercapai impian dan seorang lagi makcik rombongan kami pun dapat juga cium..then,kami ke ruang lebih selesa dan bertalu2 ucapan terima kasih sambil menangis2 peluk wanita2 berkenaan..tapi masyaallah rupanya kami di kenakan bayaran seorang 100 riyal..

Terkedu sekejap kami..tak sangka di tempat paling suci dan mulia pun orang sanggup memperdagangkan agama..nak x nak kebetulan kakak ipar bawak purse kecil dalam poket..terbang juga notes rm300 kepada mereka..hohoo..sungguh dasyat dunia akhir zaman..

Memang takkan saya lupa kenangan tu sampai akhir hayat..antara kenangan paling manis dalam hidup saya..

Insyaallah moga Allah murahkan rezeki untuk saya sujud lagi di lantai sejuk itu dan mencium lagi batu dari syurga tu..Allahuakbar..Alhamdulillah ya Allah memilih saya merasai indahnya merasai nikmat iman dan islam..

Labbaik Allahumma Labbaik..



Monday, October 15, 2012

partime dengan jobdirumah2

Alhamdulillah,syukur atas rezeki kurniaanNya..lepas daftar jobdirumah,hari2 masuk email list iklan kosong untuk di cuba..Cuma buat masa ini belum mampu lagi nak bagi komitmen untuk siapkan kerja2 dirumah ni memandangkan balik je rumah,anak2 lebih penting..

kepada sape2 yang belum pernah dengar lagi pasal jobdirumah ni,boleh baca entry lepas-->


jobdirumah ni sesuai kepada sape2 yang benar2 serius je..kalau rasa x sempat masa nak join macam saya ni,anda boleh jadi agen affiliate dulu...insyaallah adala sikit2 income utk tambah pendapatan kan..

jobdirumah akan memberi latihan asas kepada anda untuk mulakan kerja.Banyak kerja yang boleh join antaranya memasukan maklumat ke dalam pengkalan data, mengumpulkan maklumat, laporan, artikel, proposal, pengiklanan, penterjemahan, mereka bentuk grafik, pembangunan laman web dan lain - lain.

Pembayaran upah untuk pekerja di rumah selalunya di buat mengunakan Paypal, cek atau deposit tunai. Anda boleh pilih sendiri cara bagaimana anda mahu di bayar.

Upah Tetap:
Harga upah di tetapkan pada satu harga sebagai contoh $100 untuk satu tugasan. Anda akan lakukan kerja dengan harga upah yang tetap hingga selesai tugasan.

Upah Jam:
Bayaran mengikut jam, perlu di lakukan dalam talian melalui sistem yang di sediakan oleh majikan untuk mengira jumlah jam bekerja dan juga merakam perkembangan tugasan. Sebagai contoh anda di bayar $10.00 untuk setiap jam dan anda selesaikan tugasan dalam masa 10 jam, jadi upah yang akan di terima adalah sebanyak $100.



Memang terasa mahal kalau bayar rm50 tetapi x dapat kerja?jobdirumah memang tak bagi kerja pada anda,tetapi menyediakan latihan,video,tips dan rangkaian kerja2 kosong yang boleh di minta mengikut kesesuaian dan kemampuan anda..

Jika anda rasakan jobdirumah ni menipu,abaikan jela entri kali ni..saya just share pada sape yang sanggup mengambil risiko,bersedia untuk mencuba..

Jika berminat,boleh pm or email saya ye..






Sunday, October 14, 2012

Anak dan Isteri Bertuah



FORUM: Anak dan Isteri Bertuah
Masjid Al-Munawwarah, Seksyen 27, Shah Alam. [12 Oct 2012]
Panel: Ustaz Azhar Idrus (UAI) & Ustaz Haslin Bollywood (UHB)
Moderator: Ustaz Syed Norhisyam

PUSINGAN 1

SOALAN: Situasi sesetengah pasangan yang berkahwin tapi tak ingin memiliki anak yg ramai. Sedangkan Nabi saw menggalakkan kita meramaikan umat. Ada yang bagi alasan, duit tak cukup, hidup ...susah, isteri tak sanggup nak mengandung dan beranak lagi.

UHB: Hadis~Sesungguhnya Allah berikan dunia kepada sesiapa yang Allah suka dan Allah tidak suka. Akan tetapi, Allah akan beri agama (Islam) kepada orang yang dicintaiNya sahaja.

Apa yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Kadang2 Allah beri pasangan itu anak perempuan sahaja. Kadang2 Allah beri pasangan itu anak lelaki sahaja.
Kadang2 Allah beri pasangan itu anak lelaki dan perempuan. Kadang2 Allah tidak memberikan anak kepada pasangan itu dengan sebab kemandulan salah seorang daripada mereka. 
Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.

Hadis~Anak2 itu merupakan penduduk-penduduk kecil syurga Ilahi - Riwayat Muslim
Hadis~Janganlah kamu menjadi seperti pendeta yahudi dan nasrani dengan tidak berkahwin

Siapa yang cakap, "cukuplah anak 3", atau "tak nak la anak ramai2", sudah dikira salah faham dengan akidah. Nabi saw suruh meramaikan anak. Allah juga kata jangan runsing, pasti Allah bagi rezeki. Jadi, sape yang kata macam tadi tu, kan dah bertentangan dengan suruhan Allah dan Nabi?

Jika umat kita minoriti, bagaimana Islam nak mendominasi dan menguasai dunia? Nabi dah suruh umatnya beranak ramai, nabi dah plan sebaik2nya untuk menguatkan umat Islam. Siapa yang menghentikan plan nabi dalam mengembangkan umat ni, dia berdosa.

Sebelum kahwin, selidik samada dia subur atau mandul. Memang tak boleh check kemaluan dia. Ulama suruh lihat keturunan dia atau kalau calon kita tu janda, lihat sejarah hidup dia.

Selingan Ustaz Syed Norhisyam: Penduduk eropah makin lama makin berkurang. Kaji selidik terhadap wanita di sana mendapati, ramai wanita tidak mahu melahirkan anak, kerana lelaki2 di sana tidak mahu bertanggungjawab. Kaji selidik kepada lelaki2 pula, mengapa mereka tidak mahu bertanggungjawab, ia kerana mereka sendiri tidak pasti siapa ayah bayi itu, kerana seks bebas berleluasa. Kadang2 sorang wanita berhubungan intim dengan ramai lelaki.

SOALAN: Apa maksud "Bertuah" dalam konteks anak dan ibu bertuah tu?

UAI: Hadis~Sesungguhnya yang bertuah itu ialah orang yang panjang umurnya dalam taat kepada Allah.

Dari pandangan masyarakat, bertuah tu ialah yang mendapat kesenangan dunia semata2. Kalau gitu, orang kapir pun bertuoh. Kita silap. Pangkat besar pun tak dikira bertuah. Firaun raja yang besar kerajaannya pun tak dikira bertuah, pagi petang malam diseksa dan diazab dalam neraka.

Orang yg bertuah ialah orang yg bertakwa dan taat ke hari akhirat. Dia ingat anak dia bertuah gaji besor, PhD. Padahal anak dia gi disko, tak solat. Siapa yang hidup sekejap tapi bertakwa dan taat, lebih bertuah dari orang yang hidup lama 90 tahun tapi tiada taat dan takwa.

Jadi, tuah takde kaitan dengan duit, harta, pangkat, dan sebagainya. Bertuah ialah yang baik dengan akhirat. Doalah minta panjang umur, agar diisi dengan ketaatan dan pelaburan akhirat. Boleh ke doa minta panjang umur? Boleh, nabi dan ulama tak larang. Yang dilarang, doa minta pendek umur.

Anak yg bertuah dan isteri yang bertuah ialah yang taat pada Allah. Anak yang taat pada Allah ialah yang taat pada ibu dan bapa selepas taat pada Rasul. Isteri yang taat pada Allah ialah yang taat pada suaminya selepas taat pada Rasul. Orang yang bertuah di akhirat ialah sesiapa yang Allah panggil "Wahai hambaku", maka dia bertuah dan masuk syurga.

Sedikit ulasan UHB: Hadis~4 golongan yang mendapat kecapan bahagia (bertuah)
1- Isteri yang solehah/suami yang soleh
2- Tempat tinggal yang luas
3- Mendapat jiran2 yang baik
4- Punyai kenderaan yang baik
Yang penting semua perkara dunia digunakan pada jalan dan cara berlandaskan agama untuk menuju akhirat yang baik

PUSINGAN 2

SOALAN: Bila berbincang tentang suami isteri, adakah suami isteri akan masih bersama di akhirat atau bersama dengan orang lain atau duduk lain2 tingkatan syurga?

UHB: Nabi suruh kita doa dapat isteri yang baik. Isteri yang baik ialah apabila kita lihat wajahnya, kita akan gembira. Umar Al-Khattab berkata, jangan marah isteri kuat berleter, sebab ia hiburan dari Allah.

Hadis~Ada seorang sahabat bertanya "Bilakah akan berlakunya kiamat?" Rasulullah saw bertanya semula "Adakah kau sudah bersedia untuk menghadapinya?". Sahabat menjawab "aku bukanlah orang yg banyak bersolat dan berpuasa, tidaklah aku banyak bersedekah dan berzakat, tapi aku cinta kepada mu Rasulullah saw". baginda menjawab "Jadi usah risau, kamu akan bersama dengan apa yang kamu cintai di akhirat kelak"

Jadi, jika suami dan isteri itu beriman dan bertakwa, dan saling cinta mencintai, mereka akan bersama lah di akhirat nanti. Sebab nabi kata kita akan bersama dengan orang yang kita cintai.

Isteri2 jangan control suami. Jangan marah sangat kepada suami kamu, mana tahu suami tu ahli syurga, bidadari2 akan marah kepada isteri yang marah pada suaminya. Jangan sombong, iri hati, bermasam muka dengan suami. Semua yang ada di dunia termasuk diri kita adalah hak milik Allah. Taat lah perintah Allah.

Pujangga dari Saidina Ali: Jadilah kamu orang yang baik. Bila ada, disukai. Bila tiada, dirindui. Bila mati, ditangisi. Janganlah kamu jadi orang yang jahat. Bila ada, dibenci. Bila tiada, disukai. Bila mati, disyukuri.

SOALAN: Bagaimana sesetengah anak isteri agak lalai dari persiapan amalan untuk akhirat. Adakah disebabkan sibuk bekerja atau pengaruh teknologi seperti gadjet2 dan internet? Mengapa keadaan ini berlaku?

UAI: Ayat Al-Quran~Hendaklah kamu para suami menjaga diri kamu dan anak isteri kamu dari api neraka. Maksudnya, jangan bagi famili masuk neraka. Caranya, taat pada Allah. Orang bujang pun kena jaga diri sendiri dan orang yang ditanggungi. Kat akhirat nanti Allah akan tanya tentang cara kita gunakan nikmat kita, bini, tangan, harta, negara yg dipimpin. 

Bila dah kahwin, jangan senyum je. Budak2 sekarang tak nampak yang dia kena pikul tanggungjawab yang berat. Ada orang masuk neraka dengan sebab anak dan isteri.Apabila ia cuai pada anak dan isteri, tak beri nafkah, tak beri didikan agama.

Lelaki kena main peranan dalam membentuk anak dan isteri. Wajiblah seorang ayah ajar anak2 nya segala ilmu yang fardhu ain, begitu juga kepada isteri. Apabila anak dan isteri dah dibentuk, barulah anak dan isteri tak lalai. Kalau tak mampu ajar, ulama kata wajib bawa anak isteri pergi kuliah agama.

Lelaki masuk neraka jika anak atau isteri buat dosa. Bukan tanggung dosa dia, tapi berdosa sebab tak didik, tak berkeras dalam memberi arahan kepada mereka tentang perkara wajib, dan tidak ambil berat atau sambil lewa tentang anak tak solat, isteri tak tutup aurat dan sebagainya. Jangan cakap kat anak bini "ikut pandai mung ah", sebab dia tanggungjawab kita.

Anak dan isteri juga wajib taat pada Allah dan jangan susahkan ayah atau suami. Kalau apa yang ayah atau suami suruh tu perkara yang wajib, maka haram jika tak buat.

Dalam kitab Muhimmah, dikisahkan seorang lelaki berjalan menuju ke syurga dengan amalan yang banyak, seperti solat, zakat, puasa, sedekah, tahajjud, dakwah, perjuangan jihad. Tapi kaki dipegang oleh anak dan isteri. Isteri dia cakap "wahai Allah, azablah lelaki ini kerana dia tak pernah ajar aku tentang akidah atau haid atau syarat sah solat atau seumpamanya"

Jadikan diri kita bertuah, anak bertuah, isteri bertuah, suami bertuah. Iaitu taat kepada Allah. Bayakkan berdoa pada Allah agar anak isteri jadi taat dan bertakwa. Bersyukur Allah beri macam2 kepada kita dalam negara yang aman ini. Jadi, gunakanlah semuanya ke jalan Islam, ikut syarak, demi Akhirat yang baik. 

Waallahu’alam

Kredit to : SAUDARA SYAPIK HASSAN (FB)

Wednesday, October 10, 2012

Renungan

Seorang doktar bergegas ke hospital setelah menerima panggilan untuk pembedahan emergency. Beliau menukar baju dan terus ke bilik pembedahan. Beliau nampak bapa budak sedang bermundar-mandir di bilik tersebut menunggu kehadiran doktor.

Selepas nampak doktor, bapa itu menjerit : “Mengapa lambat sangat? Doktor tak tahu
nyawa anak saya dalam bahaya?!! Doktor tak de rasa sebarang tanggungjawab?”

Doktor tersebut tersenyum dan menjelaskan: “Saya mohon maaf. Saya tiada di hospital dan saya telah datang secepat mungkin… sekarang saya perlu saudara bertenang supaya saya boleh melakukan kerja saya.”

“Bertenang!!! Mudah cakap. Bayangkan kalau anak doktor yang di dalam sana!!!! BOLEHKAN DOKTOR BERTENANG?!!! JIKA ANAK SAYA MATI, APA YANG DOKTOR NAK BUAT!!” jerit bapa budak itu lagi.

Doktor tersebut bersenyum dan berkata : “Saya akan berpegang pada ajaran Islam - dari tanah kita datang kepada tanah kita dikembalikan… Doktor tidak boleh memanjangkan umur, hanya Allah boleh. Pergi berdoa untuk anak saudara dan kami akan cuba lakukan yang terbaik. InshaAllah.”

Bapa itu masih tidak berpuas hati dan berbisik pada hati : “Mudah bercakap nasihat bila tak kena batang hidup sendiri.”

Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam… doktor keluar dengan senyuman lebar dan ceria.

“Alhamudillah. Anak saudara selamat!”

Tapi tanpa mendengar jawapan bapa tersebut, doktor terus berkata, “Ada apa-apa tanya jururawat saya.”

Bapa budak tadi tersinggung, “Mengapalah doktor tadi sombong sangat? Tak boleh ke tunggu dua tiga minit untuk berbincang mengenai keadaan anak saya?” kata bapa itu ke jururawat…

Jururawat itu tiba-tiba menangis dan berkata, “Anak doktor Hisham meninggal semalam… accident… beliau tadi di majlis perkebumian ketika kami menelefon beliau untuk membedah anak encik. Selepas habis bedah, doktor kena gegas untuk balik mengebumikan anaknya.”

Bapa budak tu tersengam.

Manusia biasa melihat atas, melihat bawah, melihat kiri dan kanan… ada pula yang pandai melihat dari atas dan melihat dari bawah terhadap sesuatu perkara….

Tapi mereka sering terlupa untuk melihat diri sendiri.

Adakah anda seorang daripadanya?

Senyum.


ps/:Al fatihah buat abang ipar saya baru kembali ke rahmatullah semalam..ayah tiri kepada Ustaz Azman Safawi..

Jom Bantu Adik Adam




Hati saya sebak..air mata mahu menitis ketika ini..melihat keadaan adik adam ni tak mampu saya tatap lama2..rutun pilu sedih..

YA ALLAH,Kurniakan kesembuhan buat ahli syurga ini dan semiga Engkau kurniakan kekuatan dan kesabaran buat diri,ibubapa dan ahli keluarganya..



"AHMAD ADAM SYUKRI lahir secara vacum pada 4/32012, sewaktu kelahirannya adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen dan telah mengalamai BRAIN DAMAGED (SERVE HIE) atau lebih dikenali sebagai KEROSAKAN PADA SARAF OTAK.

SCAN MRI pada 9/3/2012 menunjukkan otak Adam mengalami kerosakan yg amat teruk...Adam tidak pandai menelan airliur dan bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup.Adam juga perlu bergantung kepada mesin suction kerana tidak pandai menelan air liur utk sedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya.Mata kanan Adam mengalami injured , begitu juga telinga sebelah kana yg tidap dpt mendengar kerana kerosakan pd bahagian dalam telinganya.

Doktor pakar otak mengesahkan Adam akn terlantar SEUMUR HIDUP dan peluang utk berjalan dan hidup spt kanak2 normal memeng amat tipis.Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak adam sebagai kematian saraf otak"

Allahurabbi..berat mata memandang berat lagi bahu memikul..

Sama2 kita bantu insan comel ini untuk terus hidup..

Jom kita buat amal jariah hari ni.
sumbangan kepada :-


NORAISYAH MD MALENA
LOT 432 TMN SUSUR JAMBU
LN JAMBU SELATAN
96100 SARIKEI, SARAWAK
CIMB - Noraisah Bt Mohamed Malena (02040007292201)


Monday, October 8, 2012

Renungan




Bagi mereka yang suka marah-marah kat anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik....

1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?

2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?

3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia... mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita...

4. Masih ingat teori ini?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita... perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?

Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.


Sumber : FB Tuan Ibrahim Tuan Man

Wednesday, October 3, 2012

Part Time job dengan jobdirumah




Assalamualaikum..

Saya berminat nak share dengan anda semua tentang satu program kerja sendiri untuk tambah pendapatan tambahan iaitu JOBDIRUMAH..al maklum sekarang semua harga barang dah naik..ni harga gula dah naik 20 sen lepas ni confirmla harga makanan pun naik sama..dengar2 tarif elektrik pun nak naik jugak sebab sekarang semua tengah berkempen JIMAT CERMAT..bagus2..
Apa kata sambil kita duk berjimat cermat tu kita tambah sekali pendapatan tambahankan..Duk KL ni gaji 3K pun miskin tau..macam2 nak kena bayar..sewa rumah flat pun rm500..camno tuh?senang kata nak hidup senang perlu rajin dan berusaha..Mana ada orang kerja goyang kaki dapat duit melainkan peminta sedekah kat luar..semua kerja sekarang nak kena USAHA dan RAJIN untuk dapat hasil berlipat ganda..dah malas nak berleter panjang..jom baca kat bawah ni.

APAKAH ITU jobdirumah?

Jom klik di sini dulu http://www.jobdirumah.com

jobdirumah MEMBANTU dan Menyediakan JALAN untuk anda mendapatkan pekerjaan tambahan ni.. jobdirumah TIDAK memberi anda pekerjaan..mereka bantu anda dengan menyediakan pelbagai jenis pekerjaan yang bersesuaian dengan anda dengan menyenaraikan pekerjaan yang ada,latihan asas bertulis dan video,langkah2 perlu diambil .. KERJA anda—BACA,KHATAM panduan diberi dan AMBIL  LANGKAH sewajarnya untuk dapatkan pekerjaan yang anda minat.

SIAPA BOLEH JOIN jobdirumah?

Siapa yang berminat untuk tambahkan pendapatan,suri rumah,pesara,pelajar,pekerja swasta,pekerja awam di alu-alukan.Dengan syarat anda mesti ada CONNECTION INTERNET ye..

SYARAT-SYARAT NAK JOIN?

  • Asas komputer & internet
  • Microsoft Office (Words & Excel)
  • Boleh menulis, membaca & faham Bahasa Inggeris
  • Komputer/Laptop
  • Akses ke talian internet
  • 18 tahun keatas
  • Boleh bekerja tanpa pengawasan
KENAPA NAK SUSAH2 JOIN jobdirumah ni?

Saya mula2 pun berat hati nak join jobdirumah ni..tetapi memandangkan saya nak sangat2 bantu adik beradik saya yang susah kat kampong tuh..kakak saya ada 2 orang jadi ibu tunggal yang sara anak 8 orang,sorang lagi sara anak 2 orang,abang yang sakit..pilu hati saya tengok mereka..Saya tahu semuanya UJIAN dariNYA..Insyaallah kalau ada duit lebih dapatla saya bantu ringankan beban harian mereka..berat mata memandang berat lagi bahu memikul..mungkin anda seperti saya?mungkin anda lagi susah dari saya?Niat saya 1 je,saya nak jadi kaya supaya dapat tolong adik beradik susah,dapat infaq dan bersedekah,dan yang penting dapat jelaskan hutang piutang..

KENAPA PERLU BAYAR RM50 NI?

Ramai orang  cakap program ni scam..menipu..ambik duit orang..saya tak paksa anda kat luar sana untuk join program ini..terpulang kepada anda..mungkin business dan pendapatan sampingan anda yang lain lagi mudah dan masyuk,anda boleh teruskan..tapi bayaran RM50 ni sebagai  1 modal untuk anda dapat PANDUAN dan JALAN bagaimana untuk bermula dan mengambil langkah seterusnya..sama seperti anda membeli ebook,buku panduan perlu bayar dengan sejumlah HARGA bukan?

MAHAL la RM50 ni..BERBALOI KE?

Orang kata jika tak pecahkan ruyong mana dapat sagunya..jika anda belum mencuba anda tak tahu betul ke tidak kan..yang penting ANDA MAHU..

TESTIMONIAL yang dah join?

Anda boleh baca testimonial di sini--;http://www.jobdirumah.com


Saya doakan anda dan kita semua menjadi orang yang kaya raya supaya kita dapat jadi hamba Allah yang bersyukur,hati tenang dan dapat bantu golongan yang susah..
Saya tak nak menipu anda semua,kerana saya tahu dosa makan duit haram..terpulang kepada anda untuk menilainya..

Okla..dah panjang lebar duk bercerita..bagi yang berminat nak join program ni,anda boleh daftar di sini..



Sunday, September 30, 2012

Susu Ibu



Alhamdulillah anakanda umair sudah masuk 6 bulan 26 oct lepas..dan syukur saya Berjaya fully breastfeed die macam kakak2  dia sebelum ni..moga2 air susu saya ni mengalirla selama 2 tahun dalam badannya..insyaallah..
Ada kawan2 duk tanya saya makan ape yang banyak stok susu..sekarang kat peti ais ade stok dari bulan 7 hingga  sekarang..alhamdulillah xdela mewah sangat tetapi cukup untuk baby saya..
Sejak dalam pantang dalam hari ke 35 kot saya start pam 2/3 jam sekali..tundem nursing sblh menyusu sebelah mengepam..walau kadang hasil 10z or 2 oz saya simpan..coz sikit2 kumpul jadi banyakkan..
Time tuh Sebabkan saya sorang je kat umah..hubby p keje,anak2 lain p taska..so banyak masa boleh atur untuk mengepam..kalau duk ngan mak ayah or adik beradik ni mungkin payah sikit..tp xde masalah selagi kita inginkan yg terbaik untuk anak kita kan?
Saya ambik set Shaklee untuk turunkan berat badan..tp badan cengggini jgk..haha..x kuruih2 pom..saya x kisah janji anak saya dpt cukup zat dan cukup susu..set Shaklee saya ambik just 3 je-> esp,alfafa dengan letichin..sebab vitamin2 ni sgt mahal kan so saya beli alfafa utk pekatkan susu dan cepatkan pengeluaran di samping esp untk mengenyangkan dan letichin utk elak serapan lemak..
Dengan 3 bende alah ni saya Berjaya kumpul stok 100++ time start kerja lepas cuti 2 bulan..alhamdulillah kat opis mengepam 3x sehari..dapatla 15-18oz sehari..disebabkan kemalasan melanda+kerja umah x habis2 ,saya x sempat nak ngepam malam2 ni..malam2 anak saya direct feed je..
Sekarang ni bulan 10 umair pakai stok bulan 7..bagi peti ais 2 pintu tuh boleh tahan 3 bulan..utk deep freezer tahan 6 bulan..setiap hari saya bekalkan 18oz kat pengasuh..3 botol x 3oz yang stok + 3 botol yg fresh..so balance kan..

Untuk banyakkan susu,niatkan kita nk menyusu,banyakkan doa..banyakkan minum air kosong—3 liter sehari..ni saya tekankan kt kawan2 kat opis sampai time diorg mengadu kt saya susu sikit mesti diorg cakap balik kt saya,air kurang..hehe..sendiri mau ingatkan..jangan stress2 ok..walau kerja banyak sekalipun cuba cari masa pam 3 or 4 jam sekali..

* Antara makanan yang boleh menambah penghasilan susu ibu

1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan
sebelum dimasak.
6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
8. Barli – air atau bubur barli.
9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
13. Air horlicks
14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
15. Teh hijau jepun
16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
19. Ubat homeopati.

chaiyokk ibu2 semua..segala kesusahan dan kepayahan semuanya akan dapat ganjaran dariNya..cubalah yang terbaik untuk anak kesayangan kita..jangan malas2 or putus asa.


Monday, September 24, 2012

malas

fokus..fokus..fokus..

kenapa kemalasan melanda sejak2 akhir ni??

"Ya Allah, sesngguhnya aku berlindung dari kegelisahan dan kesedihan, aku berlindung kepada-Mu dari tidak berdaya dan kemalasan dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut dan bakhil serta dari dikelilingi hutang dan penindasan orang lain". (HR.Abu Dawud dari Abu Said Al-Khudri)  

Tuesday, September 18, 2012

wordless wednesday


my little boy umair...tadaaa..sudah tumbuh tunggul gigi..kecik je kt bhg bawah depan..
asyik meleleh je ayaq liuq sebab nak tumbuh gigi rupanya..cepat pulak rasa si tecit ni tumbuh gigi..mengalahkan kakak2 dia tuh..pastu dia suka kemam2 mulot kecik dia tuh..buat muka serius mcm ala2 papa..hehe..

umair dah 5 bulan ++ ..masa inject 5 bulan aritu berat die dah 7.2kg..berat woo..kalau p klinik mau rasa kebas lengan penat memangku..budak bolat ni jugak suka senyum..kadang2 ummie nyanyi2 depan umair..dia senyum2 je..senyum perli ke senyum gembira hati ni...

tapi kan..1 je habit ummie x bape kenan,budak bam2 ni suka hisap jari kaki.....erkkkkk....oh no...belum sampai masa lagi umair nak jadi abang ye...hehehe..dia juga suka angkat kaki tinggi2 dan main ngan kakinya yg berstokin tu..

owh umair..semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh ye sayang...


Tuesday, September 11, 2012

Kuliyah Syawal

Salam,

semoga semua pengunjung dalam rahmatNya selalu..saya kongsikan pengisian oleh ust.Johari minggu lepas di opis:

  • Puasa 6 bulan syawal ibarat puasa sepanjang tahun
  • Qadha dulu puasa baru puasa 6..atau kalau x sempat boleh puasa 6 dulu then qada kemudian..
  • Kalau ada gabung2 puasa ni (puasa 6 + puasa qadha)—mesti isteri2 nabi dah buat dulu
  • Puasa yang digalakkan – puasa pada pertengahan bulan islam (13,14,15hb)
  • Jika nak puasa hari jumaat,gabungkan pada khamis dan jumaat  @ jumaat dan sabtu..
  • Jika nak puasa hari sabtu,gabungkan jumaat & sabtu @ sabtu dan ahad..
  • Puasa tunggal hari jumaat boleh jika seseorang tersebut berpuasa seperti Nabi Allah Daud a.s
  • Solat malam terbaik dan puasa yg terbaik adalah dari Nabi Allah Daud a.s
  • Cara agama eratkan ikatan persaudaraan dalam islam melalui perkahwinan—ikatan kekeluargaan
  • Abu Bakar r.a nak eratkan hubungan dengan Rasulullah,kahwinkan Saidatina Aisyah dgn baginda
  • Habsyah anak Umar r.a  berkahwin dengan rasulullah untuk umar r.a eratkan hubungan dgn Rasulullah --bukan hanya sekadar kawan rapat malahan ada ikatan kekeluargaan
  • Jika seseorang memang x larat nak solat berdiri ,contoh wanita’ hamil,sakit tulang belakang ke—berdiri dulu angkat takbir baru duduk..
  • Buat dulu semampu mungkin bukan buat semudah yang mungkin
  • Larangan nabi kepada lelaki supaya tidak memakai pakaian yg ada 2 warna : 
            --Warna merah (betul2 merah ) seperti org kafir – jika merah pudar,bercmpur dgn warna  lain dibenarkan
         -- Warna kuning kejinggaan macam baju tok sami

Wallaua'alam..semoga ada manfaat buat semua..

Monday, September 10, 2012

Peringatan Buat Diri






Wednesday, August 8, 2012

kuliyah mingguan



19 ramadhan..makin menghampiri 10 malam terakhir di mana Allah janjikan fadhilat yg sangt besar kepada hamba yg beribadat kpdNya..di janjikan jua malam lailatul qadar..malam lebih baik dr 1000 bulan..masyaallah…

Saya nak share kuliyah mengenai ramadhan oleh ust johari tengahari td:
  • Solat sunat boleh di laksanakan dalam keadaan berdiri,duduk atau berbaring..so sape2 yg malas sangat tuh..berbaring pun boleh ustaz ckp..duduk boleh duduk bersila utk elak letih..betapa mudahnya nak dapat pahalakan?rajin or malas je..so ibu2 yg jaga anak kt umah jangan bagi alasan malas2 ye..
  • Terawikh tuh perlu dilakukan dalam keadaan santai..boleh solat 4 rakaat dulu,sambung minum air,dgr tazkirah..then sambung balik
  •  Kalau mengantuk sangat tidur dulu..jangan paksa diri solat dlm keadaan mengantuk
  • Ketika solat dgn imam,perlu dengar imam baca surah..jangan ikut sama baca walau nak elak mengantuk!mmg digalakkan sesangat kita diam dan hayati bacaan imam
  •   Perlu baca alfatihah..x kisahla kalau nak baca bersama2 ngn imam or baca lepas imam start baca surah..janji baca alfatihah
  •  Tapi jika imam bac surah pendek dan terus rukuk dan kita x sempat nak baca lagi al fatihah,kita boleh terus rukuk ikut imam..
  •  Zaman nabi dulu,rasulullah selalu solat duduk ketika baca bacaan yg panjang cth 3,4 juzuk..jika ada lebihan 30 ayat lagi ke..means tgl lagi sikit ayat,nabi berdiri bangun solat dan teruskan solat mcm biasa.
  •  Solat sunat boleh solat sambil pegang quran,ipad (set dulu surah ape nak baca siap2)..tp dalam solat fardhu tidak boleh pegang quran dan boleh baca surah2 pendek.
  •   Kalau kita dh solat witir ketika lepas tarawikh dan tiba2 bangun tgh malam nak qiam..xde pembuka solat..solat je sunat mcm biasa..xde bukak2 pembuka solat ni..
  •   Witir boleh dilakukan 1 rakaat..nabi dulu pernah buat.

Waallahu’alam..sedikit sebanyak info seharian..saya percaya ni semua kita pernah hadapi dan kita tertanya2 dalam kehidupan seharian..

Moga ada manfaat..selamat mneruskan ibadah puasa dan meningkatkan amalan di 10 malam terakhir..semoga kita terus istiqamah hingga ke akhir ramadhan..ameen

~~Coretan Hati~~ Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template