Wednesday, February 23, 2011

selamat ganti puasa



alhamdulillah..semalam berjaya jugak ganti puasa yg masih berbaki 8 hari ni..adoii terasa bnyknye lagi..almaklum tahun lepasla puasa yg paling bnyk tinggal sejak aku akhir baligh..x taula penangan pil ke ape..tp xpela,adala hikmahnye kan..

so semalam drive ke opis..balik jeh dgr kat berita jem teruk ada accident kat batu caves dan sri damansara..adoiila..mmg gerak mcm kura2la..nasibla sampai kol 7 mlm..balik2 terus masuk dapur..sempat masak kuah lemak kobis n sayur campur..maid dh goreng ikan siap2..alhamdulillah berjaya jgk habiskan pose..last pose msa bulan syawal aritu baru ganti 6 hari..

hari ini insyaallah masih teruskan berpuasa..tah nak masak ape..blm pk lg..hubby pun tarak p brunei..so msk simple2 jela kot..harap2 dptla cepat2 habiskan puasa ganti ni..

kalo hubby ada nk kene masak pagi2 utk bawak bekal..waah alasan semata2..hehe..padahal kalu nak pose tuh pose jela..bukan x pernah msk pun time berbuka kan..hehe..x kuat iman sungguhla..haiseey..malu2..malu kt Allah..

so kawan2..sape2 belum ganti lagi..moh same2 kite ganti awal2..jangan duk tunggu red zone esok2 baru sibuk nk pulun hari2 sampai nk ke ramadhan..kan x baik tuh..patut segerakan mana yg wajib..at least kalau ade ape2 berlaku,xdela kite meninggalkan 'hutang' kt dunia ni..

Tuesday, February 22, 2011

Terapi pernafasan utk sakit kepala dan keletihan

Good info for try..maybe boleh hilangkan sakit kepala dan semput yg sering melanda..



Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?.

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).

Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh.

Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .

Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.

credit:http://blog.uhs4all.ws/terapi-pernafasan-untuk-sakit-kepala-keletihan/

Monday, February 21, 2011

Nose infection

alkisah..cik hanis comel ni duk selsema dah hampir 2 bulan..ubat selsema silih berganti+antibiotik..dan ummie rasa ada something x kena lepas ada bau busuk bila die duk dekat..pelik jugak even sblm ni die paling pyh nk sakit/demam/selsema..adik yg asyik demam selsema pun dh baik..dah hampir 2 bulanla asyik berhingus je..

arini ummie nekad terus bwk ke klinik azizah dan mntk dr buat surat refer ke pakar ENT..so kami ke hosp pakar ampang putri..ramai jgk patient..tunggu punya tunggu dapatla msuk jumpe dr..sekali tnye je dr ckp mesti ade bende dlm hidungnye..terus dr amik torch dan tgk memang ada bende..hubby pegang along kemas2 sambil dr pakai alatnye utk tarik bende tersebut..sekali tarik,kluar bendenya..masyaallah busuknye..aku pun x tau ape bendenye..mcm kertas/plastik..dr pun duk tanye ape ke bendenye...tp memang meraungla along time tuh..mmgla sakitkan..siap darah ketul2 kua..sian kat along..

dr bagi antibiotik,ubat titis dan ongkosnya hanya rm 130 shja...memang berbaloi..dr duk menunggu kt gomen tah bile appointmentnye..

alhamdulillah..x sbr sejam..along dh ketawa2 dan mlmnye melompat2 ngan adik atas tilam ummie..haiyaa..

tp ummie musykil jgkla cmne bende tuh boleh masuk dlm hidungye..x taula kot2 masa die main ke...hish..bahaya betul..mmg kene perati selalu bdk2 ni...



Thursday, February 10, 2011

stori mori pagi jumaat

mode:sakit kepala..

kawan2 dh outing dan menjamu selera ke JJ Au2..malas nk ikut..sakit kepala malas nk jalan..+bekal ku masak pagi tadi dah ada..sempat masak ikan senangin masak steam..bunyi mcm sedap..haha..feveret che abg katakan..+ sayur buncis goreng bertelur..

kisah suami:
smlm daku masakkan gulai kuning ikan kembung..2 hari berturut2 masak sebab bibik kt umah ckp sedap mintak msk lg..aku yg mls nk pk msk ape msk jeh bende sama as hubby sblm tuh x bwk bekal as da meeting +aku pun dah lama x msk gulai2 ni..

so tanyala hubby:abg,sedap x mi masak? tah biasa je katanya..erm..kalu sedap mesti habis..kalu x sedap pun habiskan..haha..sebab dh lapar..kataku.
x kisahla hubby ckp ape..sebab hubby mmg akan makan yg bini die masak ni,..tp last2 hubby cakap memang sodap pun..sejuk hati dengar..haha..

kisah anak-anak:
story 1
pepagi tengah aku sibuk duk berstim ikan senangin kat dapur,dengar si adik menangis sambil menjerit ummie2..makin lama makin dekat..rupenye dh sampai kt dapur..haha..pastu bibik buatkan susu x nak..nak ummie la tuh..bibik pujuk sambil baringkan adik kt sebelah kaklong dpn tv..last2 dgr kaklong pulak nangis..

haiya..tengok2 dua2 dh masuk dapur duk melepek atas lantai..along marahkan adik duduk dekat2 die..si adik suke mengusik lg dekat die tuju ke along..lg kuat along marah n die hengsot sampai ke luar kwsn mesin basuh..haiya korg berdua ni..itula kwn bermain,kwn bergaduh..kalu baik asyik ketawa jeh..kalu angin x elok dekat pun x boleh..

lepas tuh tengok along duk merangkak2 dr depan msk ke dapur..ape punye xtvt da pg2..adik pun ikut sama..

story 2

along sibuk belek majalah mingguan wanita ummie beli semalam..x habis lg baca die dah sibuk belek2..ummie dh siap warning jangan buat koyak...adik pun sama menempek tepi kaklong tengok jugak..adik,tengok baby ni..comeiiiiii!!jerit kaklong kt adik..adik pulak jerit kat ummie...ummie,baby ooommmei!!

ummie+papa pandang 1 sama lain..pagi2 ape punye kecoh daa..

salam2 n bye2 terus ke opis pagi ni..






Monday, February 7, 2011

sanah helwa my little cute


hari ni genap umur anakanda husna 2 tahun..pejam celik pejam celik dah besar anak ummie..

ummie doakan anakanda husna menjadi anak solehah,membesar dengan sempurna,sentiasa di bawah pemeliharaanNya..

She's so cute masa ni..dengan mata yg sepet..mulut kecik..right now kalu suruh die buat mata sepet,dia akan tarik matanya ke tepi ..maka jadila mata sepet cina...haha...she so clever..banyak ragam y gmembuat ummie sentiasa ketawa...love u sayang...muaaaaaaaaahhhhh..

Entry kecewa


hati ini x tenang..kenapa hati ini keluh resah..kenapa hati ini tidak gembira lagi..ya ALLAH,kurniakan padaku kekuatan dan ketenangan hati..


Dari dulu sampai lani duk kene sambung kerja orang bile orang berhenti..bosan..tah bile giliran org plak kene sambung kerjaku bile aku berhenti...dulu selalu pkkan hati org..hati kawan2..tp pernahkah diorg pk perasaan yg sama?

“…Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. “

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dalam apa jua situasi melibatkan diri dan orang lain...Permudahkanlah yg Susah kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan segala yang susah..Permudahkanlah jangan disulitkan..

sudah sampai masanya perlu pikirkan hati sendiri pula..




Sunday, February 6, 2011

Lirik Insya Allah versi Melayu

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Ulang Chorus

Sunday, January 30, 2011

Di mana tahap kewangan anda?

Terdapat 4 tahap kewangan bagi sesiapa sahaja. Untuk mencapai kejayaan dari segi kewangan, kita perlu ketahui di manakah keadaan kewangan kita kini. Sama seperti dalam mencapai apa sahaja matlamat, kita perlu ketahui di manakah kedudukan kita kini untuk mencapai matlamat tersebut. Dalam kata lain, untuk sampai ke poin B, kuta perlu ketahui poin A.

Di manakah tahap kewangan anda, adakah ianya pada tahap selamat ataupun tidak selamat? Pastinya semua orang mengimpikan untuk mencapai keadaan bebas kewangan ataupun, lebih daripada itu!

Artikel saya kali ini, adalah untuk anda cerminkan kedudukan anda sendiri dari segi kewangan.

Berikut adalah 4 tahap kewangan tersebut. Di manakah tahap kewangan anda?

#1: Kewangan tidak selamat (Finacially not secure)
Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun. Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan, anda hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup tanpa mengubah gaya hidup dengan wang simpanan yang ada.

Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun. Boleh diumpamakan sebagai kais pagi-makan pagi… kais petang makan petang. Zaman modern ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ni… kais bulan depan, makan bulan depan

Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak selamat ini. Bayangkan sekiranya tempat anda kerja terpaksa melepaskan anda esok. Cukupkah simpanan yang anda ada untuk menyara hidup anda dan keluarga selama satu bulan? Sekiranya tidak, maka, perlu bunyikan siren amaran bahawa tahap kewangan anda tidak selamat!

#2: Kewangan Selamat (Financially secure)
Ini adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, umpamanya sekiranya anda berhenti kerja (atau diberhentikan ) anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan. Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! kerana tidak ramai yang berada di sini.

Enam bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung pendapatan sara hidup. Matlamat utama anda sekiranya anda berada di tahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini… cukupkan simpanan anda untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga- tanpa perlu kerja!

Bagaimana hendak mencapai keadaan ini? Dengan mengamalkan tabiat menyimpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan anda. Sekiranya anda merasakan ianya sukar untuk anda menyimpan 10% daripada simpanan anda, tidak mengapa. Mulakan dengan 2%. Pastinya anda boleh simpan 2% daripada pendapatan anda bukan?

Dengan bermula pada hanya 2%, anda akan menanam tabiat menyimpan, dan merasakan ianya mudah untuk menyimpan 2%. Apabila selesa dengan 2%, tambahkan simpanan kepada 4% sehingga rasa selesa, dan seterusnya 6%, 8% sehingga 10%.

#3: Bebas kewangan / Mandiri kewangan (Financially Free)
Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada di tahap ini adalah- anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila! Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan perniagaan). namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela…

Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet) atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin pengurus).

#4: Tahap Tersangat kaya (Ultra Rich)
Tahap ini lagi la sedikit yang capai… teramat sedikit. Mereka ini jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang yang dimiliki. Mereka boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta kepada badan-badan kebajikan yang dipilih… nama nama seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan adalah tokoh-tokoh perniagaan yang berada di dalam tahap ini.

Mereka sering memiliki perniagaan besar-besaran yang dikendalikan oleh beribu-ribu pekerja. Sering kali wang yang dimiliki adalah berlebihan dan tidak terbelanja sehingga akhir hayat, walaubagaimanapun, keadaan ini tidak membuatkan mereka berhenti melakukan kerja dan menjalankan perniagaan oleh kerana, seringkali, bagi mereka yang berada di dalam keadaan kewangan ini, melakukan kerja kerana cintakan kerja- dan bukan wang!

Di manakah tahap kewangan anda dan ke manakah hala tuju matlamat kewangan anda? Tepuk dada, tanya selera!

sumber:http://www.facebook.com/irfankhairi.fb

Tuesday, January 25, 2011

ape punye takut daa..

semalam alkisah dapat blk awal coz ke klinik..checking...bkn check baby ye..check demam,batuk,selsema ni..so pergila ke 1 klinik kt area ampang..dr yg bertugas rasanya from indonesia..ladies..and she asked dh bape lama batuk..suruh nganga mulut luas2..pastu terus ckp ok nanti saya kasi ubat..

haish x sampai 5 minit periksanya..rsa mcm x puas ati..bayangla nk ke klinik ni pun amik masa 20 minit drive..x cek pun suhu ke..denyutan nadi ke..xpela..

alih2 tunggu la jgk untuk dapatkan ubat..biasala aku ni kalu musim batuk x reti batuk slow2..mmg bergema 1 klinik..alih2 dr kluar kt despansari tuh & bgtau die akan bg antibiotik power sikit dan bg mc untuk rehat..aku ok jelah kan..dh dr nk kasi...hehe...
blk umah rehat2 sblm solat asar n malamnye bibik aku rajin plak mengurut badan dan kepala ni terasala ringan sikit..

pg ni terasa x larat jgk..tp rehat2 lama2 bosanla plak duk berteleku je kan..alih2 aku p mandi terus siap2 p keje..

sampai opis pun dh lewat..skali nmpk plak the big boss dlm kete berkilat BMW nye dpn opis..aku ni plak duk pusing2 cri parking x dpt2..alih2 aku stop dpn kedai moto..nk masuk x nak masuk..ape daa cuak sgt takut kene soalkan..

alih2 aku ikutkan hati pergi ke ampang point..smntara nk tunggu waktu lunch..haish jem plak +parking pun pyh..patah blik semula masuk opis stgh jam blm lunch selepas pastikan big boss dh lesap dgn ketenye..ape daa..bazir minyak je..

moralnye...aku patutnye x perlula cuak..aku ade reason kan...dpt mc tp rajin jgk masuk opis..kuikuikui...len kali set time betul2..

still waiting news from my heros @ seoul..tah ape berita kat sana...seksanya terasa..cepatla balik..smpai demam2 ummie..demam rindu ke..hahahaaa..

hope everthing going on well...insyaAllah..

Sunday, January 23, 2011

happy birthday to u!!

22/01/11

Selamat ulang tahun ke 28 hubbyku tersayang.Sangat terkilan dan sedih kerana tahun ini tiada special event for him..Bukan tidak mahu celebrate..ala biasa celebrate pun koman2 makan kek secret recipe,give present dan yang penting makan sodap sikit mlm tuh..tp x sempat laa.

Sehari sebelum tuh ,hubby just blk dr mengajar kt TESDEC Trg..tibe kat umah pun dah kol 11 lebih malam..so xle buat apela..mata pun kuyu je +penat sesangat

Esoknye..hari birthday man..mana bininye boleh lupe..bangun pepagi tengok2 dh bersiap pakai kemeja +slack utk meeting seawal kol 8 pg..bangun2 terus wat breakfast simple before he went off..

Duk sms kol bape nak blk..lewat petang sampai ke maghrib menunggu..dh janji pas maghrib kite keluar makan..tp abg nk ke mines..cari beg dan winter coat..punyela jauh dr kepong ke mines..penat kaki duk kua masuk kedai..alih2 dpt beg je..winter coat maha wehh..plg murah pun 200 lbh..dpt sms dr sorg kwn dia suh cari kat bundle kajang..pujukla hubby ke sana even rasa2 dah mcm xde je..

Memang xde pun..hubby ckp nk beli kt korea jeh..entah mhl ke tidak x taula..gasakla musim winterkan..mahal x mahal kene bli la..

so pusing blk ke kepong..as adik tinggal ngan bibik..ummie risaula dia nangis nk tido..biasa die mmg tunggu ummie jugak sebab nk mengempeng..x pernah lg tinggalkan die smpai kol 11 lbh malam..kaklong yg suka ikut berjalan tuh pun dah berdengkur kuat kat seat blkg..tgk2 dh 11 lbh..ingatkan nk benti mana2 kedai kt bangi tp tgk dh lewat mlm ..drive thru jela..makan2 dlm kete suap menyuap..dah itu je birthday celebratenye…& that nite,adik Berjaya tido dgn bibik dan ummie dapat tido dengan aman…hehehhee..

Esoknye kol 6.30 am,hubby dah berangkat ke klia dgn sorg lg international boss..slmt berangkat ke Korea..misi ke bumi seoul dan hongkong for almost 1 week..

So ari minggu ummie pun x best langsung..terperap ngadap tv,novel + melayan kerenah anak2 yg manja tengah demam..

Tp serius ummie x suka en hubby kua outstation ari sabtu ahad..bosan tahap cipan weh…alih2 ajak budak berdua tuh p main buaian n pusing2 kt kolam renang..sian korg..

To my sweet daughters,

Moga cepat sembuh dari demam,batuk..berhimpit ngan korang malam2 membuatkan ummie pun dapat virus sama..holaa mana xnye..sorg sembur batuk belah kanan..sorg sembur belah kiri..seksa ummie..

To my belobed hubby,

Thanks for being my partners,my soulmate ..

Semoga abg terus istiqamah dalam jalan dakwah,sentiasa sabar dan tabah harungi perjuangan kehidupan..semoga sentiasa sihat walafiat,ceria dan sentiasa di bawah lindungan rahmatNya..tq for being good father & lovely partners forever..semoga kasih kite kekal bersama hingga ke akhir hayat..amien

Wednesday, January 19, 2011

Haid - Harus Dibaca Oleh Setiap Mereka Yang Bergelar Muslimah

Kebanyakkan Muslimah tidak berapa perasan atau lebih malang lagi jika mereka tidak tahu menahu langsung akan perkara ini.Dalam ilmu Fiqh khususnya Bab haid yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam. Kenapa hal ini boleh terjadi?

Amat susah untuk mencari seorang guru atau ustazah yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa atau mesti dirujuk juga kepada ustaz- ustaz. Contohnya yang paling simple, bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam, "Adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan, "Alaa... Itu soalan mudah jee... Bila datang period maka solat tu tak perlu qadha'. Yang perlu qadha' hanya puasa jee..." Itulah yang mereka belajar sejak mula-mula bergelar wanita dahulu.

Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang Muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid sekalipun!

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang masyhur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasawuf dan padanya juga perbahasan Fiqh yang luas, inilah bukti kehebatan ulamak terdahulu.

Dalam BAB TIGA : "Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah" perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID :

Penjelasan terhadap solat yang perlu diqadha' bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib kira-kira sempat dia solat Asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha' solat Zohor dan Asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha' solat Maghrib dan Isya'.

"Dan hal ini (qadha' solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :1. Kenapa perlu diqadha' solat Asar dan Zohor? Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat Asar (selepas mandi hadas).

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha' sama? Kerana didalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqasarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada' solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama. Perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya sudah kering semasa masih dalam waktu Isya'.

- Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha' solat Maghrib. Diatas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu Maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku).

-Maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha' juga solat Maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) Cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh wanita yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri.

(AMIRUL AMIN)


Kredit -http://myadha.blogspot.com

Thursday, January 13, 2011

ragam anak2

latelay kaklong hanis sangat penakut..tido memalam asyik menangis terjaga tengah2 malam..kalau dipujuk & ditegur makin kuat tangisnye..apa tah ditakutnye..kekadang buntu dibuatnye..kalau ajak tido sesama barula senyap..makin besar makin manja..nak perhatian lebih..

kalu balik dari keje..ketuk je pintu umah...bila bukak je pintu umah..adik husna akan menjerit keriangan sambil jerit ummie dan papa..& kaklong akan senyap jeh..sambil hulur tangan nak salam..

kalau duduk2 tengok tv..kaklong nak duduk atas riba ummie.sama juge ngan adik.Ummie masuk dapur,dua2 ikut bontot ummie kedapur..kalau ummie ke bilik sama jugak masuk bilik.X boleh duduk diam2 macam papa depan tv..Napela x nak manja2 ngan papa tuh?kalau ummie duduk dekat2 ngan papa..diorg pun sama menyempit..haiya..korang ni xle tengok ummie senang ka..hehe..

makin besar makin banyak ragamnya..ummie mula perasan diorg ni lebih nak perhatian ummie dari papa..so,ummie kene jadi tauladan baik utk anak2..xle marah2 sangat..kalu ummie marah diorg bukan takut sangat..tp kalu papa marah..sampai sedu sedan nangisnye..

cadang .nk hantar kaklong ke sekolah tp pampers pun masih pakai lg..camno tuh?

pernah sekali ajo kaklong x pakai pampers..ummie dah pesan nk kencing bgtau..3,4x ummie duk tanye nk kencing x..sekali jawab x nak..tp dh terkucil bergelimpangan.habis 1 ruang tamu kene mop..bukan sikit air kencingnye..mengalahkan kencing org besar..pastu p tukar semua baju seluar..x smpai 10 minit..main2 kencing lagi kat beranda umah..1 hal plak nk mencuci..last2 pakaila balik pampers kaklong oi...uish..x sabonye aku ni kan?cmno nak ajo si minah ni e??
as die ni jugak jenis poo poo sembelit..kalau suruh duduk atas tempat poo poo comel die tuh..mau menjerit meleleh2 air mata x nak..takut ke geli x taula..tp die dr kecik memang asyik sembelit..x taula sebab pemakanan,susu ke..kdg2 kesian tgk..

kene makan banyak buah..sayur dahla pilih2 je..pahit katanya..air masak x suka like her father.

tpkan yang pelik la..kalu kaklong poo poo..adik pun sama poo poo..mmg masa samala perut diorg proses kumbahkan sisa makanan ni..macam kembar plak kdg2 rase..hehe..

si tomei husna lagi banyak ragam..mulut suka bebel tanya apa tuh?lagi ulang..ulang2..memang mau kene rajin layan si montel ni..ummie..ni ape?smbl tunjuk kt buku?baby..oo baby..ni ape?tunjuk lg pada yg sama..ulang2 n terus ulang..teringat iklan petronas->ayah tuh burung ape..ingat x iklan ni..sebijik sama..tp arap2 bile besar xdela anakku jd camtuh letih melayan..

bile lagi nk menambah?uiks..asyik kene tanye je soalan ni...sabo2..insyaallah harap2 next hero plak..winks...doa2kanlah..ameen..

maybe boleh try petua kt bawah ni utk kaklong..
Petua : Untuk merawat bayi yang susah membuang air besar, campurkan sedikit garam ke dalam air. Sapukan air tersebut di ari-ari bayi. Insya-Allah, bayi tidak lagi sukar untuk membuang air besar.-dari majalah pama..




Tuesday, January 11, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Happy new year 2011..dah 12 hari tahun baru ini melangkah sinar..syukur pdMu yang RABBI atas nikmat IMAN Dan ISLAM.Jua setinggi kesyukuran atas nikmat nyawa yang di kurniakan dapat meneruskan hari2 mendatang bersama insan2 tersayang..

2010 telah berlalu..apa ye dah dapat di capai dan apa lagi nak di capai tahun ni?
Alhamdulillah,setinggi kesyukuran buat DIA yang MAHA PEMURAH lagi MAHA Mengasihani..

2006 – melangsungkan perkahwinan dan konvo
2007- selamat melahirkan anakanda hanis
2008 – Syukur dapat membeli kereta -VIOS
2009- Selamat melahirkan anakanda husna
2010 – Syukur dapat miliki rumah sendiri –kondo
2011-?


Nikmat manakah lagi mahu kamu dustakan?Syukur padaMu ya ALLAH..semoga aku sentiasa menjadi hambaMu yg sentiasa bersyukur,sentiasa pemurah untuk membantu adik-beradik yg kesusahan,sentiasa sabar dan tabah harungi mehnah kehidupan..

Buat anakanda hanis & husna,
Ummie doakan kalian berdua membesar dengan sempurna dan Berjaya di dunia dan akhirat.Semoga menjadi anak solehah,sentiasa hormati org tua..jangan nakal2 tau..

Buat suami tercinta,
Semoga ikatan cinta kita berkekalan dan bersemi selamanya hingga ke akhir hayat..Terima kasih memahami,mencintai insane dhaif ini

Tiada apa yg diperlukan selain kasih sayang DARINYA..cinta dari insan bergelar suami dan anak2..

Syukur..syukur..syukur ALHAMDULILLAH..
"Duhai Tuhanku, karuniakan padaku ilham agar aku selalu mensyukuri nikmat-Mu yang Kau anugrahkan padaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku selalu beramal soleh yang Kau ridhai. Dengan rahmat-Mu masuk ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh." ( An-Naml/27: 19).

Moga tahun 2011 berjalan dengan lancer..ameen

Tuesday, December 21, 2010

Percayalah pada diri sendiri

Dulu aku mempunyai ketua yang boleh aku minta pendapat.Bagaimana,apa yg perlu dibuat apabila merangka sesuatu or plan nak buat kerja..Sangat mudah kerana hanya perlu mengikut apa yang di plan..

Kini,semua kene pk sendiri bab kata nabil 'lu pkla sendiri'..tiada lg ketua yg boleh diharapkan untuk membantu..semua kene usaha dan keluarkan idea2 genius sendiri..kawan?semua sibuk dengan modul masing2..so,planning,merangka,mengcoding dan tunjuk pada client..tang tunjuk pada client tuhla yg akan mencabar diri..sama ada hasil idea yg 'genius' tuh diterima bulat2 or ditolak mentah2 or ada +- yg kene dibuat..disitu penilaian yg dapat dibuat adakah otak yg menghasilkan 'output' sebegitu cemerlang.sederhana or lemah sebenarnye..

itulah penilaian kerja ku pk yg boleh membantu diri untuk naik setingkat ke atas..berani menghasilkan idea2 bernas walaupun akhirnya di'kondem' teruk oleh pengguna akhirnya..berani membuat keputusan,berani untuk meluahkan pendapat ketika sesi soal jawab bersama client dan juga berani untuk mempertahankan idea yg ditunaskan..

Terasa jua apabila anak2 buah di bawah meminta pendapat seperti aku dulu.Kini,perlu merancang,memberi idea,dan mengharapkan agar hasilnya baik tanpa perlu dibaiki lagi..

Tapi mana mungkin hasil kerja manusia perfect jika kali pertama..jika sistem secanggih dan berjuta manapun..mesti ada kelemahannya..
kekadang terasa kasihan pada diri yg berpenat lelah menghasilkan output tetapi terasa tiada ganjaran apa2..kekadang terasa bangga pada kebolehan diri yang tidak pernah di diduga boleh menghasilkan output yang cemerlang..apapun,Syukur hanya padaNYA...semuanya daripada DIA yg MAHA ESA..jika ada yg buruk pun..semuanya jua drNya untuk menguji iman hambaNya..

semoga ada sinar yg lebih baik di masa akan datang..dan ada rezeki lebih baik untuk hari2 mndatang..insyaallah


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat
pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286) .

Tuesday, December 14, 2010

masak-masak

Hari2 perlu masak.Jauh dekat or cepat lambat bangun wajib masak.sebab hubby nak bawak bekal ke opis.Kadang2 muncung jugak mulut dibuatnye kalu hubby tegur dah lambat nk ke keje..

even pergi ke PJ pun bawak bekal..duduk kat tempat client dahla nak angkut cpu yg amat berat tuh..bawak lagi bekal+buku+ file..adoii nk terburai semua tengah jalan..
pergi kerja masak..balik masak..even ade bibik kat umah yg die ckp pandai masak..aku x pernah mengharapkan die masak untuk kami even sup untuk anak2..

perlu jaga jangan bg air tangan bibik menjadi rutin untuk masak..itu amanat arwah bonda sentiasa terpahat dlm kenangan..Rindu sangat kt arwah bonda..x sempat arwah nk tengok kejayaan anak comel die ni..x sempat nk tengok wajah cucu2nya yg sangat keletah dan comel2 ni..alangkah..selalu berangan itu ini tentang arwah bonda!tp x kan muncul dalam realiti.itu sudah pasti!

my little husna sangat sukakan air..umie cadang nk beli baju renang kt comel bulat ni..asyik turun je nk lari masuk dlm kolam..dh masuk kolam ajak naik x nak naik2..adoii..last2 ummie kuyup jgk..lepas msk kolam naik main papan gelongsor plak..trn naik trn naik gerun ummie dibuatnye..dhla tinggi..tp sibulat ni suka keriangan berlari berlumba2 dgn kaklong..puas main gelongsor masuk kolam lg!adoiila memang seronokla die main..& syoknye malamnye die akan tidur dgn lena amat.

Berlainan dengan kaklong..Kaklong x suka main air..semua takut..masuk sikit dh takut..masanya banyak bermain papan gelongsor..turun naik 20x pun xpe papan gelongsor tuh..kalu boleh nak angkut papan gelongsor tuh masuk umah..

tp anak2 kalu ummie ajak balik..diorg bagus terus ikut balik..

Husna comel yg bulat ni amat agresif sedikit berbanding kaklong..suka sangat menyakat kaklong..last2 kaklong yg bertempik menangis kalah dgn adik..haha..kdg2 sangat lawak tgk telatah comel husna ni..dh besar ank dara ummie ni..tp still bergayut sebelum nk tido even dh habiskan 1 botol susu..haiyaa cmna nak lepaskan susu B ni..

Jika anak dibesarkan dengan celaan
Ia belajar memaki

Jika anak dibesarkan dengan permusuhan
Ia belajar menentang

Jika anak dibesarkan dengan cemoohan
Ia belajar rendah diri

Jika anak dibesarkan dengan toleransi
Ia belajar jadi penyabar

Jika anak dibesarkan dengan dorongan
Ia belajar percaya diri

Jika anak dibesarkan dengan pujian
Ia belajar menghargai

Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan
Ia akan terbiasa berpendirian

==>Lingkungan Hidupnya Anak-anak Belajar ~ Dorothy Law Nolte

Monday, December 13, 2010

Rumput Dan Kasih Sayang

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.

Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

credit to:www.iluvislam.com

Wednesday, December 8, 2010

berhijrah

alhamdulillah kami sekelurga telah berpindah ke rumah sendiri di kondominium kepong sentral..betul2 bersebelahan komuter kepong sentral..

Ramai yg tanya kenapa beli rumah kat sana?dah rezeki agaknye kene jadi org kepong plak..hehe..

6bln lepas aku x taula hubby mimpi ape..tetibe die ckp nk neli rumah..kebetulan pickup sepupu yana kat kl central adala booth kondo kepong sentral ni..so kitorg pun pergila usha tgk..skali dh tgk trs hubby tanya padaku ok x?
aku yg memang x nk pindah sebab jauh sikit dr tmpt keje ckp ikutla as boleh buat sewakan..

TAPI hubby nk jgk pindah sebab dekat dgn komuter..jalan kaki ke komuter dlm 5mnt..dia akan travel naik komuter hari2 ke tempat keje yg memakan masa 45 minit..lama tuh bgku..tp hubby ckp die ok je..aku?kalu nk naik komuter kene trn kl sentral pastu naik plak putra ke setiawangsa..tp amik msa dlm 50 minit..so pilihan kedua drive melalui duke selama stgh jam..okla..arini 1st time bawak kete ke opis dr kepong..ingatkan jem teruk..tp ok je even hujan turun lebat..

alhamdulillah apapun diusia sekarang kami mampu miliki rumah sendiri..hubby ckp yg penting ada RUMAH SENDIRI..okla kan dr duk menyewa umah org pun kene baya 550 bulan2..

kondo as usual di lengkapi kolam renang,surau,gym,taman permainan.

balkoni umah kami mengadap ke kolam renang dan klcc view..so nice at night..
sepupu sepapat dan adik beradik belah hubby seme dh datang 2 hari lepas.Semua excited mandi kolamla..

sekarang rumah tgh under renovate lg..kabinet dapur dan kabinet dalam bilik utama blm siap..meja makan,sofa blm sampai..so nampakla luas..kalu dh isi semua..jd sempitla balik..

apapun...penghijrahan kali ini bukan bermakna berhijrah tmpt sahaja.yg penting berhjrah dr perangai buruk,sifat malas dlm diri kene kikis semua..

selamat tahun baru hijrah buat semua..semoga tahun ini bertambah barakah dan bertambah baik..insyaallah.

Thursday, November 18, 2010

salam aidiladha




Allahuakbar..Allahuakbar…Allahuakbar..

Pagi Aidiladha telah muncul tiba..alhamdulillah DIA masih panjangkan usia kami untuk menghirup udara segar dipagi raya aidiladha..
Cuti raya haji hanya 3 hari..seawal 6.30 pgi hari selasa lepas kami bertolak menuju ke bumi kelahiranku..paka..anak2 bangun awal pagi sangat seronok walaupun masih berbaju tidur..sepanjang perjalanan..awal pagi masih gelap..kabus jua menjadi tatapan sepanjang perjalanan hingga sampai ke temerloh..di pehentian temerloh,aku mandikan anak2 di surau sebelum kami sampai ke rumah kakakku dipaka..

10 zulhijah;

Kali ini cuti amat bermakna..kerana Alhamdulillah pertama kali dapat menyempurnakan ibadah korban..kami adik beradik berpakat korban sekor lembu tahun ni..seusai sarapan,perjalanan diteruskan kerumah kaksu..awal pagi kami berhimpun sebelum ke tempat penyembelihan lembu.ada 11 ekor lembu akan dikorbankan..lembu korban kami di ikat di batang nyiur no 11..
Nampaknya lembu bengkeng2 belaka..ade lembu wat stunt pun ada..siap nk lari..siap nk panjat pagar..haha..memang gempak..anak2 sedaraku kesukaan semua..suka tengok lembu naik angin..:-)

Seusai korban,proses melapah daging lembu.di ikuti dengan memotong membahagi..meriah sungguh meriah..hubby duk melapah kepala lembu sampai sakit tulang belakang
Petangnye kami menjamu sup tulang dan sibuk memasak di dpaur untuk majlis tahlil malamnya..masak gulai daging+sayur kacang+ikan masin+sambal belacan..alhamdulillah semua berjalan lancar..semoga roh arwah ayah ibu ditempatkan dikalangan org2 briman..
Rabu balik ke kl..terima kasih x terhingga buat kakakku,kak nor..sudi tumpangkan kami anak beranak..susah payah masakkan utk kami..semoga murah rezeki kita semua..

Hari ni mcm biasa..masuk opis..hubby nk pakai kereta so hantar dlu diriku ke opis..rupa2nya org plaing awal..pembuka pintu opis pagi ni..hehe..

Time’s up..2.30 pm..continue to coding..this week will packed with usrah..cari brg lg for new welcome house n this Sunday..walimah che ling comel with en asrul..jadik jugak korg akhirnya..alhamdulillah..

Wednesday, November 10, 2010

Cara Didikan Warnai Dunia Anak

source:http://wanitatv3.com.my


Menjadi ibu bapa bukan semudah ABC. Mendidik mereka pula bukan seringkas 123. Didikan yang baik mampu mewarnai kehidupan mereka malah memudahkan anda untuk memerhatikan mereka. 10 tip ini mungkin boleh memandu anda untuk merancang cara didikan kepada anak anda.

1. Kanak-kanak insan naif. Apa sahaja yang anda katakan kepada mereka akan dipercayai bulat-bulat. Berhati-hati dengan setiap tutur kata dan maklumat yang anda berikan kepada mereka. Jangan biarkan mereka percaya kepada sesuatu yang tidak benar kerana keupayaan mereka mengingat lebih jauh dari sangkaan anda.

2. Kanak-kanak gemar cabaran. Jika anda melarang mereka membuat sesuatu maka mereka menganggap itu sebagai cabaran untuk melakukannya dan meloloskan diri dari hukuman. Jangan anggap itu sebagai satu tekanan, tanganinya dengan tenang dan rasional.

3. Jangan gunakan rasuah sebagai ganjaran! Bimbang nanti mereka menganggap rasuah adalah salah satu cara untuk mendapatkan apa yang diingini.

4. Jangan paksa mereka berjanji. Kanak-kanak tidak pandai berjanji, jadi jangan memberi tekanan kepada mereka dengan janji yang dibuat dan kemudian menghukum mereka jika tidak menunaikan janji. Beri mereka peluang untuk melakukan yang terbaik.

5. Permudahkan sesuatu yang sukar. Jangan kelirukan kanak-kanak dengan menyuruh mereka sesuatu yang banyak dalam satu masa.

6. Jangan terlalu memanjakan anak dengan memberi apa yang dimahukan. Mereka akan mula mengharapnya setiap masa.

7. Jika anda mengadakan satu pertandingan bersama anak, jangan menukar aturan pertandingan sesuka hati. Mereka akan fakir aturan boleh ditukar pada bila-bila masa.

8. Jangan biarkan mereka berasa bersalah. Mereka akan membesar dengan memaksa diri membuat keputusan sukar dan menyalahkan diri sendiri di atas kegagalan dialami.

9. Berhati-hati dengan apa yang anda pinta anak anda lakukan. Beri arahan jika benar-benar penting. Jangan memberi arahan sebagai satu jenaka kerana mereka akan mengambil jalan endah tak endah walaupun pada perkara serius.

10. Jangan memberi arahan seperti anda di dalam pasukan tentera, memberi arahan dan mengharapkan tindak balas on the spot. Lebih baik jelaskan apa yang anda mahu dan biarkan mereka belajar membuat mencari sendiri cara untuk menyelesaikannya. Mungkin anda boleh memerhatikan mereka dari jauh.

Monday, November 8, 2010

nebulizer lagi

aku kerap semput sejak 2 menjak ni.biasa kalu batuk sikit akan melarat terus jadi semput n akhirnya kesudahan terpaksa ulang alik ke klinik
mengambil ubat batuk ,biasa 2,3 kali + nebulizer.
Kebiasaan lepas nebulizer dr mesti bgtau..haa..dh magic..ok sikitkan?even aku x rasa ape2 perubahan pun..teruk x..

aku terbaca kisah penyakit PBSP ni dlm http://emjayjb.multiply.com/journal/item/143/Penyakit_moden_-_penyakit_berkaitan_sistem_pernafasan_PBSP.
Bila pk2 blk ada benarnye jugak.

Kebiasaan dr akn tnye ada keturunan lelah x?ada lelah sejak kecik ke?seme aku jwb x..sebab kebiasaan lelah adalah penyakit keturunan..
arwah mak n ayah langsung xde penyakit ni..n adik beradik aku pun seme xde..awat lak aku tibe2 boleh ada?

aku teringat sejak hubby pasang ekon dlm bilik..barula penyakit baru ni muncul dlm hidup aku..dlu masa kecik2 mana pernah tido ekon..kipas paling laju
pun mak bukak 2,3..tuh pun dh ligat n sblm subuh arwah mak akan tutup sebelum aku meringkuk dbwh selimut tebal..

sekarang duk kl panas memanjang..hubby siap psg cool lagi ekon sampai ke subuh baru tutup..anak2 pun asyik berekon lgsg x selimut..bahayanya lahkan?
biasa kalu aku selimutkan diorg,mesti menangis mcm cacing kepanasan n lepas tarik selimut,means x selimut baru ok tido..hhuuhu..mungkin effect bukan sekarang akn dtgkan..ish,,bahaya betul ni..lepas ni siapla korg ummie selimutkan..

mm nk buat cmna ye..dh hubby slalu kepanasan..aku pun kdg2 sejuk tarikla selimut sampai kehidung..kalu dh semput lg x hilang batuk..aduhai..x kan nk tido luar ari2 kan..ntla slow talk ngan hubby..

ni kalu aku tarik nafas boleh dengar bunyi nafas mcm krohhh..semput ni plg teruk bile jalan lama2/jauh2 sikit akan jadi penat sgt..terasa mcm nk duduk terus..
belum lg senamrobik or exercise..

so,action must be taken from now..for me ,dear hubby n our children..

aku selalu doa DIA kurniakan daku kesihatan yg baik utkku,anak2 dan suami serta keluarga..smga jauhlah dari penyakit2 ni..insyaallah.

~~Coretan Hati~~ Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template