Wednesday, April 27, 2011

cuti

Insyaallah malam ini or pagi esok saya akan balik ke kampung suami.amik cuti sebab esok hubby cakap terus straight ke JB untuk urusan visa umrah..kami pun dh hampir 2 bulan x balik..anak2 sangat rindukan nenek dan atok!

alhamdulillah,insyaallah saya dan suami,mak dan abah mertua,kakak ipar dan abg ipar akan mengerjakan umrah cuti persekolahan bulan 6 nanti.,Doakan semoga segala urusan kami dipermudahkan..

saya sangat teruja..first time nak kesana sangat2 x sabar..moga2 Dia kurniakan kesihatan yang baik untuk saya agar dapatla beribadah kat sana.Terima kasih to en hubby yang sudi sponsor saya.Ikutkan duit gaji saya ni memang x cukupla nak ke sana.Tapi company hubby memang bagus.Setiap bulan akan buat potongan gaji untuk ke umrah.So setiap staff yang berminat bolehla buat potongan gaji dan separuh darinya company akan support..alhamdulillah semoga murah rezeki company abang ni..

Saya akan tinggalkan anak2 dengan kak ipar di kampung.Saya sangat sedih nak tinggalkan si tecit husna ni..macam nak ajak je die g sama tapi ongkosnye tidak cukup..huhu..moga anak2ku ini baik2 sahaja...husna ni still malam2 duk mengempeng..kadang2 sampai saya naik angin sebab matanya x lelap2..

Doakan saya sekeluarga agar semua berjalan lancar dan dipermudahkan..ameen..

Tuesday, April 26, 2011

Hadiah untuk isteri

Saya menunggu hadiah misteri dari hubby balik dr korea..tp nampaknye die x beli ape2..saya x kisah..janji hubby sampai dengan selamat sudah hadiah terbesar buat saya..lagipun sblm ni hubby dh ke korea,dh mcm2 dibeli..so xdela teringin sgt..TAPI

Akibat selalu semput,hubby menghadiahkan saya shower electric alpha mcm kat sebelah ni....inilah hadiah yg saya dapat..even kat kedai electric kt malaysia je..sian hubby,habis duit dekat 500 lbh beli bende alah ni..saya x kisah sangat sejuk2 mandi ni..even dulu saya pernah mengadu gak kat die sejuknye nk mandi musim2 hujan ni..tp hubby cakap tunggu!!hehehe

Saya dah semput hampir 2 minggu lamanya..kelmarin hubby nampak sangat kesiankan saya batuk teruk+ semput x baik2 lagi ni..doakan saya bebas dari semput ni..sangat terseksa..sebab bila batuk,x boleh berhenti hingga akhirnya saya terpaksa memuntahkan semua isi perut ada..mmg sgt perit..minggu lepas sahaja (time hubby outstation),bilik air bertemankan saya sepanjang malam..hampir 5,6x saya ulang alik msuk toilet hinggakan saya hanpir nak pitam sakit kepala x cukup tido..tp DIA maha ADIL,bila sahaja siang menjelma,semua kesakitan saya hilang dan sya dapat ke opis membuat kerja2 tanpa sedikit pun mengantuk..subhanallah..

Hampir kebanyakan doc saya jumpe,mereka bagitau saya alah..alah kepada sejuk,habuk dll..saya x taula..habuk mungkin sebab rumah saya sebelahan highway ke sg.blh..sejuk mungkin ya jugak sebab saya kerap bersin apabila hidung mula tersentuh air..dulu hubby selalu buli saya bersin..hubby cakap saya bersin pelik..tah ape peliknye..bunyi kot..

So semalam saya balik selepas penat bekerja dapatla mandi air suam2 suku..bestnye..memang badan penat terus jadi segar..

hubby cakap bende keperluan x perlula nak sayang duit kalau ada lebih..sama2 jaga kesihatan..rumah kami pun sikit2 hubby beli..cayang abang...muaaaahhhaahh..

Thursday, April 21, 2011

yahoo..esok sudah sabtu


yeah...esok hubby dh balik..pejam celik pejam celik kan dh sabtu..tp kene tunggu malam baru die sampai..kalaula saya ni tau jalan nak ke klia dr kepong ni,saya dh p dah..tp x confidentla..jauh plak rasa..aish alasan sungguh..sorry ye hubbyku..nt tunjuk jalan betul2..saya tahu saya ni jenis susah nak ingat jalan..kalau saya betul2 nak ke tempat tuh..bru saya perati betul2,tgk nama jalan,bangunan ade..bla2....haha...al maklum driver ade sebelah fokus je kt depan..malas nk tgk2 betul..

kadang2 hubby bising gak..saya ni kene berani..mana x berani kalau ari2 bawak dalam jem kat kepong tuh..beranila tuh..dulu duk ampang lagila..sekarang ni kalau ke opis asyik line paling kanan jeh saya duduk..tak beringat duk tekan minyak smpai 120km..x lebih dr tuh..hehe..

as usual anak2 cmtuhla..esok kalau papa dh sampai..mcm bertih gorengla sorang2 duk bercerita...nak2 adik husna..kalau boleh die nak cite semua..tp x faham..panjang sgt die ckp non stop..hehe..die sgt suka makan coklat..hari2 kalau bukak peti ais dh tahu port sembunyi coklat kt mana..kebetulan masa hubby g tehran lepas,banyakla buat blk coklat yg sedap2 tuh..tp die x suka gosok gigi..gigit berus gigi suka..ummie takutla husna kene sakit gigi..die juga suka makan makaroni kosong...boleh habis 1 pinggan besar ratah cmtuh je..

kaklong as usual..ari2 tengok kartun..cerita disneyland dibo paling feveret la...kdg2 berchenta nak dpt alih tengok channel lain..die mengamuk hantuk2 kat lantai..ngeri..alih2 ummie gak ngalah baca majalah or novel..












Inilah dibo kesukaan mereka..mana x suka kan..colourful gitu..

semalam tgk kartun mr bean..duk iklan je nangis..mane mr bean..same ngan adik..mr bean,dibo,spombob(spoungebob).tengok ari2 pun xpe..tp semalam 1st time saya dengar along ketawa mengekek tgk mr bean..biasa die berkerut2 je dahi tengok kartun..serius sgt teruja...haha dah besar along..

hari ni saya kt opis..x pergi ke site pj..so bolehla balik awal n masak2...walau sakit,semput camne pun..saya x prnah tinggal xtvt masak2 ni even hubby xde..masak2 ni mcm jd terapi pulak..kalau sakit kepala,saya memasak boleh hilang cmtuh je..x yah nk duduk2 baring ke lagi sakit kepala dibuatnye..lagila kalu masak anak2 suka makan..hubby makan bnyk lg teruja nak msk..even sedap x sedap lain cite..

okla nak makan sat..bawak bekal kari ayam+tempe goreng..alhamdulillah..

Tuesday, April 19, 2011

Panduan Mendidik Anak

Anak adalah anugerah kurniaan Ilahi. Semua orang pun tahu. Tak mudah juga nak dapat anak. Tapi satu perkara lagi yang perlu kita akui adalah mereka adalah ujian buat kita. Kalau kita berkeluarga ramai tapi anak jadi hampeh pun lebih kurang sama macam orang mandul juga, entah lebih teruk bila anak-anak kita menyumbang pulak kepada kerosakan masyarakat.. ,nauzubillah ...

Maka dengan ini disenaraikan di bawah panduan dan nasita mungkin membantu kita mengenalpasti kesalahan kita dalam mendidik anak-anak kita.

1. Kurang berdoa.

Sudah kita solat tak cukup 5 kali sehari. Ambilnya yang wajib sahaja. Dah selesai solat kita tak berdoa langsung. Padahal berdoa adalah melambangkan kita bergantung harapan pada ALLAH kerana adakala usaha sahaja tidak mencukupi. Kita perlu iringkan dengan doa. Juga kena selalu memohon keampuanan dari ALLAH dengan beristighfar. Dan buat yang mengandung, selalu lah minta maaf dari suami sebab janganlah kita mengandung dalam keadaan berdosa. Suami tu pulak janganlah kedekut sangat nak maafkan isteri..mentang-mentang dia ade kuasa veto, secukup rasa je kalau nak marah...

Disertakan juga di sini ayat dari Al-Quran untuk berdoa khusus untuk anak-anak.

Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali `Imran, 3 : 8-9)
3:8. "Wahai Pemelihara kami, janganlah menyimpangkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan berilah kami pengasihan daripada sisi Engkau; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi.

3:9. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkau yang mengumpulkan manusia untuk satu hari yang padanya tiada keraguan; sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji temu."

Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali `Imran, 3 : 38)
3:38. Kemudian Zakaria berdoa kepada Pemeliharanya, dengan berkata, "Pemeliharaku, berilah aku daripada sisi Engkau satu keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau mendengar doa."

Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
14:40. Wahai Pemeliharaku, buatlah aku seorang yang melakukan solat, dan daripada keturunanku. Wahai Pemelihara kami, dan terimalah doaku.

14:41. Wahai Pemelihara kami, ampunilah aku dan ibu bapaku, dan orang-orang mukmin, pada hari apabila perhitungan didirikan.

Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128)
2:128. Wahai Pemelihara kami, buatlah kami muslim (tunduk patuh) kepada Engkau, dan daripada keturunan kami, umat yang muslim kepada Engkau; dan perlihatkanlah kepada kami peribadatan kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih

Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25: 74)
25:74. Yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, berilah kami kegembiraan daripada isteri-isteri kami, dan keturunan kami, dan buatlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."

Juga bila kita namakan nama anak, biarlah yang baik-baik. Juga doakanlah nama dia tu membawa manfaat buat dia...

2. Banyak menakutkan anak-anak dari memberi semangat kepada mereka.

Dalam kita tak perasan, kita selalau takutkan anak-anak dengan belalang pelesit, tempat gelap, jururawat padahal mereka tak sepatutnya takut dengan benda macam ni. Mungkin kesan dari kita yang suka menakut-nakutkan dia dulu..Sebaik anak perempuan. Kalau anak laki kurang lah nampak gagah dia juga dinyatakan oleh ustaz ni, jangan paksa anak tidur dengan cara yang keras.

3. Tidak tegas dalam mendidik anak.

Mungkin sebab kita tak menjadualkan kegiatan harian mereka. Solat mereka kita tak jaga. Makan mereka berterabur. Jadi kita nak salahkan sesiapa kalau mereka tak berdisiplin. Terkadang masa juga kita hanya fokuskan anak-anak pada satu aktiviti je. Contoh suruh dia baca buku sedangkan dia perlukan juga permainan utk mengembangkan minda dia.

4. Menegur anak secara negatif.

Mentang-mentang la kita ni selalu laser staff kat opis, dan selalu juga kita membelasah pelanggan-pelanggan kita.Tapi tidaklah boleh dipraktikkan perkara ni buat anak-anak. Kerana mereka perlukan teguran yg membina. Juga mereka tak suka jika diri mereka dibandingkan dengan saudara yang lain.

5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan minda.

Ramai diantara kita nak melahirkan anak macam Nadia Amirah, Amalina. Maksud saya dari segi kepandaian la sedangkan mereka perlukan bimbingan dari pelbagai aspek. Bagaimana berhadapan dengan masalah, berdepan dengan masyarakat dan benda lain.

6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak .

Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Ini memang silap besar la dimana Rasulullah telah menunjukkan cara yang jelas tapi kita tidak ikut.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :

Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi." (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas.

Kalau dah kita selekeh, lepas itu seksi kat umah, mana boleh salahkan anak kalau dia nak pakai yg macam kita. Tunjukkanlah contoh yang baik kepada mereka, supaya mereka tak terbiasa dengan keadaan yang kita sendrii tak selesa.

8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas.

Perkara ini akan menyebabkan mereka biasa dengan keadaan selekeh. Seterusnya mereka akan jadi malas.

9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya.

Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi. Saya rasa pun juga kalau setiap keluarga tak mengamalkan buat sesuatu bersama-sama maka akan hilang kesepakatan dalam keluarga tu. Saya rasa testimoni tentang berjemaah dalam keluarga memang membuktikan banyak keluarga yg berjaya berbanding dengan satu keluarga yang cukup sekadar bagi belanja kepada anak-anak untuk buat hal sendiri.

10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.

Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah. Tapi kenalah kawal Janganlah sampai tahap mendera budak. Saya tak pernah lagi la rotan anak-anak tapi di rumah datuk mereka memang ada rotan tergantung dan saya pun taktau rotan tu apa gunanya. Mungkin ada masa boleh kita ugut anak-anak. Mesti tak berani punya buat salah. Tapi kalau asyik bedal pun anak-anak makin jauh juga dari kita , fikirlah ye sebelum melaksanakan amalan merotan.

11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.

Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam. Maklum lah Sekarang ni ada banyak program yang keduniaan sangat. Jom heboh la, Akademi Fantasia lah., Mentor One In a Million. .Konsert merata ceruk ..Tapi sedarkah kita adakah jiwa anak kita terdidik kalau kita menggenggam tangan mereka ke tempat sebegini? Maaflah kepada penganjur... Berkatalah benar walaupun pahit.

12. Bertengkar di depan anak-anak.

Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya. Jangan kata bertengkar, kalau nak tegur apa-apa pun biar jangan depan anak-anak. Kadang abah yang marah sebab kesalahan maknya, tiba-tiba anak-anak bencikan abah sebab asyik marah kat mak dia sedangkan mak dia buat salah bukannya besar pun.

13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak.

Kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar. Kalau pun nak bawak masuk, mungkin kita kena bagitau dulu pada anak-anak. Ada masa juga kita nak bawa masuk orang yang berperangai dia pelik ni untuk mendidik orang tu. Biasanya kalau rumah kita memang harmoni, orang yang berperangai pelik juga akan segan utk berkelakuan pelik.

14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.

Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak. Ada rasanya saya dah cerita sebelum , mertua saya kalau tengok TV mesti bab berita atau forum agama atau apa2 yg berkaitan dengan agama dan mungkin lebih kalau ade siri dokumentari. Kalau tiba kat iklan, dia akan tutup terus TV dan tunggu untuk beberapa ketika sebelum buka TV semula. Juga bila siri ramalan cuaca dalam berita disiarkan, kan ade lagu untuk mengiring?? Masa tu dia akan perlahankan volume. Saya memang hormat habis dengan mertua saya. Bolehkah agaknya saya meniru macam mertua saya.

15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.

Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. Anak-anak tak boleh disalahkan kalau mereka baik dengan pembantu rumah. Berilah mereka lebih banyak masa bersama kita agar mereka akan menyayangi kita selamanya

Sunday, April 17, 2011

off again

bila selalu di tinggalkan oleh mr hubby,dah jadi kalih dah..tp anak2 macam pelik..kejap ade kejap xde..selalu diorg kalau ummie tnya mesti cakap papa pergi kerja..naik flight..g jalan..sian adik husna..papa ade terlebih manja la sikit..

last week hubby dh ke tehran+kelantan..turun flight dr tehran,naik pulak flight ke kelantan..balik dr kelantan,transit 2 hari kt umah,pepagi buta semalam dh g klia balik..misi ke bumi seoul selama seminggu...dan he will off again and again..g tehran balik semula lepas balik dari bumi korea minggu depan,pastu p brunei dan ...

sedih jugak kekadang..tp dh kerja die kan..selalu cmtuh nk sedapkan hati...lagila kalau time x sihat,semput datang ni..nak jeh ada org kt sebelah..tp yerla dh tugas sebagai international man..ger kene terimalakan..

Ummie:along,ummie nak ikut papa naik kapal terbang..along duduk dengan kakak tau.
along: Ummie ikut?dh cebik..along nak ikut..cakap slow je..dh nak nangis.
adik:adik nak itut..naik iyoooyooooo..sambil wat tangan mcm main kapal terbang.
ummie:hai bang,cmnela nak tinggal esok2 p umrah ni...

kelmarin duk packing bag ke korea..tetibe hubby keluarkan sekuntum ros merah dr begnye..tp dh layu..aik sejak bile pulak hubbyku ni romantik..haha...ade minah iran bagi ke bang?senyum2 die..toing..x puas ati..sape bagi ni bang?tanya lagi..senyum lagi..amboi,dh ade minah iran suka kt abg ke...

ish..mengarut jela...ade free sample from florist bagi kt tehran airport..terima jela..owh ade jgk bagi free bunga2 cmtuh e..anak2 pulak buat main bersepah kuntuman bunga dlm bilik..

dah 2 malam asyik cramp kaki..sekejap belah kanan..sekejap belah kiri..adoila..
kadang2 pk mcm tengah pregnant je..tp xde plak..seksa tau..

okla..dh nk smbg keje..tunggu che abg balik this saturday...nak souvenir ape ek..

Wednesday, April 13, 2011

Ibu Yang Sekuat Seribu Lelaki


Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang mengajarkan murid-muridnya membaca Al-Qur’an. Mereka duduk melingkar & berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun.

Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, ” ada ayat yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?”

“Ya,” jawab anak itu singkat.

” Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘ pinta ustaz

Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,“Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk)

“Ya,” jawabnya lagi, & segera membacanya. Baik & lancar. Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya lebih muda berbanding murid-muridnya yang ada.

Dia pun cuba bertanya lebih jauh, “kamu hafal surat An-Nahl?”

Ternyata anak kecil itu menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya semakin bertambah. Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dgn surah-surah yang lebih panjang.

“Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?”

Anak kecil itu kembali mengiyakan dan membacanya tanpa sedikitpun kesalahan. Dan ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir, “Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?”

“Ya,” jawabnya dengan jujur.

Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan, “Subhanallah wa masyaallah,tabarakkallah”

Setelah hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya,” Esok, kalau kamu datang ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapa mu. Ustaz ingin berkenalan dengannya”.

Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya, seperti pesan ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut, si ustaz bertambah kaget kerana gayanya tidak langsung seperti orang alim, kehormat & pandai.

Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu, “Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab, sebenarnya disebalik anak kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki. Dirumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan saya yg kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma”.

“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.”

Ibu mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka,

“Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini,

“Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti”


Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si ayah memuji isterinya.

Sebuah keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan. Tetapi tentu perkara itu tidak mudah.

Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai & mencintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih dan susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan,”Disebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuataanya sama dengan seribu lelaki.”

Ya, perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat & perkasa. Sebab membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak, adalah tidak mudah. Hanya orang – orang yang punya kemahuan & motivasi yang boleh melakukannya. Dan tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri. Tidak ada yang lain.

Ibu si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah saw kepada kaum lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup diantara sekian banyak wanita.

Dengan menangggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya, seperti sabda Rasulullah saw, “Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya. kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari & Muslim).

Perempuan yang dikenalkan kepada kita dalam cerita diatas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap. Tidak. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih janin.

Dalam keadaan kehamilannya yang berat, ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Qur’an, memperdengarkannya janin yang ada dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar. Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.



Semoga dari kisah diatas dapat kita ambil pelajaran & menjadikan teladan.

Sumber: http://akuislam.com

Sunday, April 10, 2011

mimpi best

aisey..semalam mimpi best..dalam mimpi tuh daku telah membuat checkup kat sebuah hospital mana tah..tengah preggy 4 bulan dan duk2 scan doc cakap baby boy..

owh terasa sangat gembira dalam mimpi tuh..dan siap dapat mc 2 hari sebab preggy..haha..mengarut..tetibe terkejut jam dah 7.15am..naseb baik tgh peot..so xdela terbabas subuh..sungguh..bangun2 saya tersenyum..baca sms dr kak na dan reply padanya mimpi best smlm..die ckp ameen..kalau x dpt anak,nk dpt rezeki lain la tuh..insyaallah..ameen..

duk tengok org tuh beranak org ni beranak..camna sampai x termimpi..asyik duk pegang baby je lately..ngan anak2 pun sikit2 baby..sikit2 baby...haiya..ade sungguh nanti alhamdulillah..tapi lani still amik MAB mcm biasa tiap2 malam..

memang teringin nak tmbh lg..teringin nk dapat boy plak..tp tengah tahun ni insyaallah hubby nk ajak saya menunaikan umrah..insyaallah kat sana nanti saya nk doa banyak2..moga2 dpt twin boy..lagi bestkan...insyaallah..

kakak ipar saya dh 12 tahun kawen belum ada rezeki anak..abang saya pun dh 6 tahun kawen belum ada rezeki jgk..insyaallah teruskan usaha..pasti ada kemanisan hidup bersama anak2 nanti..kalau dah memang xde rezeki sampai ke tua..ape kate amik anak angkat ke,anak murid ke jadikan anak angkat..

macam cikgu sekolah saya dulu..saya amat rapat dengannya..die kawen masa umur saya 15 tahun..sekali jeh die dpt preggy alih2 gugur dan smpai skrg dh umur 47 tahun..blm ada rezeki anak..tp rezeki anak2 murid yg sangat sayangkannya..dan saya tengok rezeki die pun asyik murah..sebab die x lokek duit..bagi duit kat saya..bg barang2/hadiah kat anak2 muridnye yg berjaya...saya pun dh jadi anak angkatnye..dan saya x lupe sentiasa untuk doakan kesejahteraannya mcm saya berdoa untuk kedua org tua saya..kami pun time raya selalu kunjung rumahnya even xde pertalian darah..tp saya dh anggap die mcm mak angkat saya..

kakak ipar lak dah amik sorg anak angkat dari usia 3 hari lagi..alhamdulillah rezeki bertambah..dr kancil sampai ke grand livina dpt dibelinya..

insyaallah rezeki untuk anak2 mesti ada..yang penting harta/duit kita perlu dikongsi2kan untuk makin bertambah..makin kita bagi makin terasa lebih yg kita ada..

pernah x korang rasa camtuh?saya pernah merasa..alhamdulillah tiap2 bulan cukup lagi untuk menampung kami sekeluarga..

moga2 suatu hari nanti..kaklong dan adik dapat baby2 yang selalu di sebutnye..sabar ye anak2ku:-)

Saturday, April 9, 2011

langkah agresif memburu kemanisan iman

INGAT 2 PERKARA:

1.KEBAIKAN ORANG KEPADA KITA

kebaikan orang kepada kita hendaklah selalu diingat.contoh nasihat,wang ringgit,tenaga dan dll perlula sentiasa di ingati.Jika boleh balas la h dengan budi yang setimpal.Ini menyebabkan kita akan sentiasa menjadi org yg pemaaf kerana merasakan kebaikan org melebihi kesalahannya.



2.KESALAHAN ORANG KEPADA KITA

Hendaklah sentiasa ingat kesalahan kita kepada orang supaya kita terdorong untuk sentiasa memohon maaf.Ini akan membuahkan kasih sayang sesama manusia kerana Allah.

LUPAKAN 2 PERKARA:

1.KEBAIKAN KITA KEPADA ORANG

Sikap mengingati kebaikan kita ini akan membatalkan iman.Jika buat kebaikan pada orang lain,anggaplah ia bukan untuk kebaikan.Jadi kita akan selalu ingin membuat kebaikan


2.KEJAHATAN ORANG TERHADAP KITA

Anggaplah seolah-olah tiada sesiapa bersalah terhadap kita.Ini akan mengawal perasaan dendam dan rasa marah.
Yang pelu lebih kita lupakan adalah kesusahan,ujian,musibah yang Allah timpakan.Sedarlah bahawa ujian,gempa bumi,tsunami,ribut taufan,wabak penyajit dll hanyalah mehnah daripada DIA untuk "memujuk" manusia kembali kepadaNya

rindu

Hujung minggu tanpa suami disisi sangatla sunyi..sungguh..saya x suka hubby outstation hari minggu..hubby dh selamat berada di tehran for 4 days already..hari minggu biasanya kami akan bawak anak 2 keluar makan angin..paling malas saya akan ajak anak2 ke taman kt bawah..

Semalam pepagi lagi maid saya kata nk cuti..die cakap kawanye nk dtg amik naik train..saya x kisah die nak cuti..tp saya kesian kt anak2 yg terperap..last2 saya ajak anak2 ke sungai buloh umah abg..at least ada anak2 buah yg rajin melayan diorg main..

Malamnye abg ajak ke umah kakak kepada kakak ipar saya di seremban..kebetulan kawan baik saya zaman sekolah rendah dulu,suzi kahwin dengan anak buah kakak ipar saya ni..so dptla saya jumpa kwn saya ni..kebetulan die baru jeh lepas bersalin..dptla tgk sicute nye yg sgt lebat rambutnye..di seremban ni ada makan2 special..makan ikan bakar,udang bakar dll..mmg sedap..lama sgt rasa x kumpul dlm suasana 1 family..

Hubby call pun sampai saya x dengar..alih2 pagi ni hubby call lagi dr sana..alhamdulillah he’s fine..hope everthing Allah mudahkan segala kerjanya disana..




Sunday, April 3, 2011

04/04

hari ni hari lahirku yg ke ...syukur alhamdulillah,DIA masih memberiku kesempatan untuk menikmati keindahan alam ini..syukur alhamdulillah dapat lagi merasa nikmat iman,islam dan nikmat kasih sayang sesama keluarga dan teman2..

Banyak ucapan birthday diterima hari ni...thanks to all..dalam banyak2 sms saya terima,saya sangat terkesan dengan sms dr kakak sulong saya yang berada di kg..seawal pagi die mengucapkan selamat hari lahir dan pesan supaya saya tidak melupakan mereka di kg..oh tidak...mana mungkin saya boleh lupakan saudara kandung saya sendiri..saya akui saya sudah lama tidak pulang ke kampung..kali terakhir bulan jan lepas...xdela lama sangatkan...hehe..tetapi mereka tetap dalam doa dan ingatan padu saya...

Al-fatihah buat arwah bonda yang telah pergi...saya sangat2 merindui arwah..sob2..doa saya semoga arwah mak tenang disana dan ditempatkan di kalangan org2 beriman...kalau org lain mungkin akan call mak untuk ucap terima kasih pada hari lahir mereka..tp sudah 4 tahun saya x boleh call lagi dan tiada lagi ucapan sayang/peringatan/doa dari hati kudus yg amat saya rindui...sungguh..ketika jiwa tengah kecamuk,kacau..saya teringin mengadu pada arwah mak yg seorg pendengar amat baik bg saya..ketawanya,ceritanya bisa merobos terus segala luka dan duka di hati...

apapun yang terjadi,saya perlu redha..saya terima segalanya walau kekadang memori semalam berputar2 kembali..menitis air mata saya..sungguh!saya terasa kehilangan..

semoga saya terus kuat untuk melangkah..membesarkan anak2 menjadi insan solehah..terus tabah dan sabar membantu suami mencari rezeki..semoga saya dikurniakan kesihatan yang baik..dan saya dapat menjadi hambaNYa yang lebih baik dr sebelum ni...

i'm waiting surprise event from hubby tonight:-)


~~Coretan Hati~~ Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template