Wednesday, December 28, 2011
Akhirnya..berjaya jugak
Sunday, December 18, 2011
tolongla wahai haji google..
dah google 1 hal..nak khadam isi hj google cari ni 1 hal lain plak..lain kite nak lain die bagi..google lagi..aish kdg2 1 hari suntuk kejenya itu jeh..bos jgn marah saya ye..saya budak baru belajar..huhu..
setakat ni belum sampai lagi la penyakit mim alif lam sin ni..saya perati dulu kawan2 kt opis lama,semua jenis main suap..banyak sgt penyakit mim alif lam sin la menyebabkan keje x siap2kan..
sini bos besar yg pantau keje saya..duk 1 level plak..hari2 saya tgk bilik die..kalau cerah kecutla sikit perut..takut tibe2 dia mai tanye progress keje..huhu..tuh xle ada penyakit ni..minta2 di jauhkan..
tp 1 thing,semua kerja xde yg senangkan..kene rajin..saya bukan pure programmer yg boleh buat coding dari buka sampai tutup..semua nak kene buat research..dah mahir esok2 main copy paste jela..
hehe..mood bosan..saya mengoggle separuh hari x jumpa..geram+sakit hati..tp kene usaha lg..kalau dapat siapkan yg saya buat ni,saya nak makan aiskrim mcflurry oreo puas2..sebagai penghargaan buat diri sendiri..ahaks!!
Thursday, December 1, 2011
jom baca al-quran
- Hubungan yang rapat dengan orang tua dan mendengar nasihat orang tua.
- Mampu melihat dan memahami tanda-tanda dari Allah SWT.
- Menjauhi perzinaan dan perbuatan yang dilarang.
- Sanggup dipenjarakan daripada melakukan kemungkaran dan kekejian.
- Sentiasa berdakwah dalam apa jua keadaan.
- Mampu mentafsir mimpi dengan tepat.
- Memilih jawatan sesuai dengan kelayakan.
- Berusaha bertemu dan berkumpul dengan keluarga.
- Memaafkan orang lain.
- Sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya meninggal dalam Islam dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.
Tuesday, November 29, 2011
Salam Maal Hijrah
Tuesday, November 22, 2011
zZZZZZZZZZ....
sleepy seh..
Thursday, November 10, 2011
Nasi arab
consultation
Tuesday, November 1, 2011
new place,new environment
Tuesday, October 25, 2011
happy birthday along hanis
Sunday, October 23, 2011
rumah sewa
semalam kol 2ptg p tgk 1 kondo kt area seri kembangan..x berkenan sbb mahal sgt tp kosong jgk..aish memilih betul daku ni..huhu 2,3x hubby tanya ok x..sekali hubby duk cari dlm mudah ada flat nak sewakan unit tingkat 1..makcik tuh duk kat melaka..disebabkan dh dtg jauh2kan..kesianla pulak kalau tolak..sewa 500,kosong jgk..bilik ada 3 tp xde kipas..tp dkt jela ngan hubby tmpt keje..dlm 10,15 minit je..so nak x nak daku pun setujula even dlm hati nak je cari lg..tp tuhla payahkan..tmpt kt equine tuh bnykla tp jemla plak pepagi..xpela sabar jela..
sedih nak tgl umah sdri..umah kami dh dpt penyewa..so nak x nak mmg kene keluar cptla..dhla brg x kemas lg..kami sewakan sekali ngan kabinet dapur,almari bilik sampai syiling,meja makan,aircond n water heater..huhu sayangnye katil daku..nak je rasa usung tilam vono tebal tuh..tp hubby ckp tinggal jela..kang esok2 nak terbang jauh payah lak..mana x sedih tilam tuh saya beli time dapat gaji pertama tuh...huwaaa..pasni sure skt pinggang tido atas tilam nipis..aish banyak cekadak la..
pasni dah xle tgk klcc berkelip2la waktu malam..balkoni skrg mengadap klcc..mmg cantikla dpt tgk pemandangan kl mlm2..pasni duk serdang mana nampak klcc dah..
huhu..xpela..even berat sgt hati nak lepaskan umah sendiri..sure lepas ni dh x cntik kan umah tuh..harap2 penyewa ni pandaila jaga umah kami..nak kemas pun xde mood lgla ngan berdua ni..tukang sebok anak dara lak banyak mengacau..uish penatnye kalau pk berpindah ni..terasa baru jeh masuk kt kondo kami ni..ni alih2 dh nak kua..
insyaallah moga tempat baru lebih tenang hati..lebih gembira..semoga lebih baik kehidupan kami..insyaallah..
Tuesday, October 11, 2011
Wednesday, September 28, 2011
cirit birit lagi
sudah 2 hari saya mc..semalam saya terkena cirit birit +muntah2 dengan teruk..makan je muntah..sampai lesu seharian terbaring..Allah tarik sekejap nikmat kesihatan dan nikmat makanan..apapun syukur hari ni dh ok sikit..hubby tolong hantarkan anak2 ke nursery untuk 2 hari ni..
Surah-surah yang bagus diamalkan ketika sedang mengandung :
1) Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
2) Surah Luqman - untuk anak yang cerdik
3) Surah Yaasin - untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
4) Surah Maryam - untuk memudahkan bersalin
5) Surah al-Hujurat - untuk membanyakkan susu ibu
Monday, September 19, 2011
alhamdulillah
Sunday, September 11, 2011
sakit gigi
Wednesday, September 7, 2011
cerita raya
Tuesday, August 16, 2011
along n adik
Wednesday, August 10, 2011
nasi dagang
Monday, August 8, 2011
ramadhan ini
Monday, August 1, 2011
bulan pesta ibadah
Rebut peluang keemasan ini untuk tingkatkan keimanan dan ketakwaan padanya..kerana bukan semua berpeluang menerima kedatangan bulan mulia ini..
target perlu banyakkan solat sunat,mengaji n khatam alquran,banyakkan sedekah dan selawat..
jom kawan2..kita semarakkan bulan mulia ni dengan lipat gandakan usaha..kene kikis sifat malas dan mengantuks k..
disamping memasak untuk org berbuka puasa pun banyak pahala yg dapat..so rajin2 la masuk dapur bln mulia ni..sambil2 save budget untuk raya..hehe
"Sesiapa mengerjakan puasa Ramadhan kerana imannya (kepada Allah) dan mengharapkan pahala dariNya, akan diampunkan untuknya segala dosanya yang lalu".
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
Saturday, July 23, 2011
malam yg sepi
Seorang penyapu sampah mungkin masuk syurga kerana orang melalui jalan yg disapunya..orang lain pula mungkin masuk neraka kerana memandang rendah kepadanya..
Rasulullah SAW bersabda,
“Tidak masuk surga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat atom rasa sombong.”
Kemudian beliau bersabda,
“Sombong yaitu menolak kebenaran dan meremehkan manusia.” (HR. Muslim)
Wednesday, July 20, 2011
6 Tips Berubat Yang Mudah
Kebanyakan daripada kita sering berjumpa doktor walaupun untuk kes-kes ringan seperti demam dan selsema. Kes-kes ringan seperti ini boleh dirawati secara mudah. Ini dapat menjimatkan kos dan seterusnya mengelakkan kebergantungan terhadap antibiotik yang akan menyebabkan bakteria menjadi semakin imun. Di sini adaenam cara yang kita boleh gunakan sendiri di rumah:
01.Demam
- Ambil makanan yang lembut seperti bubur dan banyakkan meminum air untuk menggantikan cecair badan yang hilang.
- Rehat sebanyak yang mungkin.
- Sejukkan dahi dan badan dengan tuala basah sehingga demam berkurangan.
- Basuh segenggam kacang pea dan biarkan ianya kering. Panaskan tanpa minyak, kemudian letakkan kacang pea dalam cawan, tambahkan air sejuk dan biarkan untuk seketika sebelum minum.
02.Selsema
- Tingkatkan pengambilan air dan rehat yang mencukupi.
- Ambil banyak buah-buahan(atau jus) seperti oren atau jambu batu.
- Untuk melegakan hidung yang tersumbat, hidu bau bawang putih yang ditumbuk atau dipotong beberapa kali sehari.
- Sup ayam juga bagus untuk melegakan selsema. Cara yang lain untuk melegakan selsema ialah dengan menumbuk halia dan mengambil 1 sudu teh jus halia. Maniskan dengan madu dan ambil 3 kali sehari untuk 4 hari.
(Ramai benanggapan bahawa paracetamol merupakan ubat mujarab untuk demam dan selsema namun ianya cuma melegakan sahaja, paracetamol juga telah dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang untuk jangka masa yang panjang)
03.Sakit Kepala dan Migrain
- Rebus beberapa kangkung dalam beberapa minit. Tuangkan air rebusan kangkung dalam gelas dan kemudian tambahkan secubit garam, kacau dan minum.
- Genggam beberapa ulas bawang putih dan gosokkan pada dahi.
- Ambil sekeping kentang yang nipis dipotong dan letakkan ia pada dahi. Ganti dengan kepingan kentang yang lain selepas kepingan yang tadi kering.
04.Sakit tekak
- Letakkan satu sudu teh garam dalam secawan air suam. Kemudian kumuh dengan air itu.
05.Cirit-birit
- Banyakkan meminum air bagi menggantikan cecair badan yang hilang. Garam ORT juga dapat membantu
- Minum teh O tanpa gula juga boleh melegakan cirit birit
- Elakkan pengambilan susu ketika cirit birit
(Ketika cirit birit, dinasihatkan supaya kita minum secara sedikit-sedikit daripada meminum air dengan banyak dalam satu masa, ini kerana perut kita yang kejang tidak menerima air yang banyak dalam satu masa dan akan menyebabkan kita muntah)
06.Sembelit
- Banyakkan meminum air bagi melegakan sembelit
- Banyakkan pengambilan serat dalam makanan, seperti pisang dan juga roti gandum penuh
Jadi, kenapa kita harus bergantung kepada ubat-ubatan lagi sedangkan cara yang senang dan menjimatkan sudah ada?
Selamat Mencuba !
- Artikel iluvislam.comTuesday, July 19, 2011
ragam anak-anak
everyday except sabtu ahad..saya akan hantar anak2 dahulu ke taska alam floral berdekatan ofis..pepagi memang kelam kabut la..dgn nak buat sarapan,nak packing bekalan,nak bangunkan anak dara 2 org tuh..liat jgk..kekadang bgn meragam..yerla sedap2 tido kejutkan..dgn adik husna yg kdg2 pampers penuh,kene tkr dulu..
seminggu 2 ni hubby sangat sibuk dengan delegasi menteri datang dri iran..so banyak masanya spend di luar..seawal 7 pagi dh kua umah n kdg2 blk umah kol 12 malam+ campur meeting pemuda lagi..sabar2..memang terasa sgt penat dan x terdaya bila fikirkan nak urus rumah tangga ni..
sekarang pkul 10 mlm dh masuk tido..itupun selepas selesai masak,basuh baju,sidai baju dan lipat baju,sapu umah,packing baju anak2..mmg bnyk keje kan..x cmpur lg adik husna ni meragam tgh2 mlm..kekadang angin jgkla..
sejak dh sek ni,balik sekolah je mesti nyanyi..duk memekak dlm kete..adik nyanyi salah,along marah2..last2 menangis plak si tecit tuh..pening nak boleh sampai stgh jam ke umah..
along sangat suka mewarna..tp yg pelik dia suka mewarna pakai pensil sahaja..dh kenal huruf,dah kenal color..alhamdulillah ada perkembangan selepas 2 minggu belaja kt taska..
cuma bile balik jeh mesti mcm org kebuluran..tah makan ke tidak kat taska tuh..blk je mesti minta nasi..or minta nugget ke..saya assume die x nak makan time cikgu suap2 or cikgu kurang bagi makan?
time dlm kete along suka tanya saya skrg..ummie pakai baju warna ape?ni color ape?dan last2 die jawab memang betul..pujian diberi sebagai tanda semangat..
time laluan kat batu caves,patung besar memang jd tumpuan..kekadang sampai ngamuk2 adik kalau dah terlepas jalan dia x nampak patung tuh..aduhai...terpaksala pujuk..'bye2 patung..esok lalu lg'..itula ungkapan hari2 kalau nampak patung tuh..
Thursday, July 14, 2011
sweet memories:Umrah 03/06-16/03 part II
nak sambung cite p umrah..kang lama2 dh x ingat..
rombongan kami di madinah selama 4 hari..alhamdulillah sangat seronok berada disini..dpt ke masjid quba dimana diriwayatkan jika solat sunat 2 rakaat di masjid ini seolah2 mendapat 1 pahala mengerjakan ibadat umrah..sebab tuh ramai sangat penduduk yg jauh2 dtg ke masjid ni untuk mengerjakan solat untuk mendapat manfaat tersebut..
kami juga dibawa ke tempat bukit magnet..subhanallah..tanpa perlu tekan minyak,van kami naik bergerak laju hampir 100 km/j..mula2 mmg x caya..ingatkan mungkin sebab turun bukit sebab tuh laju..tp bile naik bukit pun sama..mmg tarikan magnet bukit2 sekitar tersebut mmg kuatla..dn pada bukit di kwsn tersebut terdapat kalimah Allah..sgt jelas kelihatan..subhanallah..
kami juga di bawa ke ladang kurma..x masuk ladang pun...tgk dr luar je n kami borong sakanla kt kedai luar ladang tuh..coklat+kurma..time ni mmg x beringat shoppingla..
4 hari di sini mmg terasa sgt pantas..tup2 hari terakhir kami ke raudhah sekali lagi di mana ditempatkan makam nabi..mmg terasa syahdu sgt time kt sini..walau bersesak2 dpt jugak sujud syukur n solat sunat dicelah2 kaki org2 arab besar tuh..fuhh mmg padat..moga2 dapat kami ke sini lg.insyaallah...mulanya mutawif bgtau akan bertolak pkl 2 pm ke mekah entah mcm mana x jadi plak tunda ke pukul 6ptg..
so ptg tuh kami terus bergerak ke bumi mekah..sangat excited untuk mengerjakan ibadat umrah buat pertama kalinya..niat di bir Ali..sangatla ramai org time maghrib tersebut..sampai kene tunggu turn nk solat sebab masjid die kecik sgt..sepanjang perjalanan duk baca labaikallahu malabaik...duk ulang2 sampai tertido..
perjalanan amik masa 4 jam lbh nak sampai..oh bumi makkah..tempat kelahiran nabi tercinta...van menyusur perlahan menuju ke hotel penginapan kami..terasa bumi mekah lebih sibuk dan jalan pun jem..
kami sampai di hotel alsaraya kira2 200km dr masjidil haram..sampai sudah jam 12.30pm..memang terasa sangat mengantuk..disebabkan sudah berada dalam keadaan berihram,so kene jaga2..kene pastikan larangan2 dlm ihram tidak dilakukan..
akhirnya jam menghampiri 1 pg,kami baru dapat melangkah ke masjidil haram..
1st time tengok kaabah..terkedu sgt..subhanallah..Allahuakbar..sangat tersegam indah..sambil mengikut mutawif..rombongan kami sudah berpecah..hubby pun dh x kelihatan..so terpaksalah ikut je mutawif tersebut dengan abg ipar dan ibunya..time ni terasa dekatnya diri pd Maha Esa..terasa kerdilnya diri...kami terus menuju melakukan ibadat saie..boleh tahan jugak perlu tenaga ni..tp saya sangat kagum tgk ibu abg ipar yg berusia 75 tahun ni..tanpa bantuan kerusi roda,kakinya bertenaga melangkah menghabiskan 7 pusingan saie..sedangkan saya sudah hampir semput nak habiskan 7 pusingan..owh tenaga
manakah diperolehi oleh ibu ini..
malam tuh jugak lepas hbs saie saya dn ibu abg ipar berdua sahaja menunggu kelibat yg lain..abg ipar n mutawif dh balik dlu..mereka minta saya tunggu yg lain..entah kenapa tiba2 saya ajak ibu abg ipar balik jugak setengah jam kmdian lepas mereka pulang..saya mmg lupa jalan pulang..tp entah kenapa saya boleh plak pimpin ibu tersebut ke bangunan2 sekitar mencari hotel kami..masyaallah..x jumpa..puas kami mencari..penat usah dikata..hampir stgh jam berpusing akhirnya saya nekad kembali semula ke masjidil haram..saya doa berkali2 ,Ya allah,jumpalah suamiku..subhanallah di perkarangan masjidil haram,saya jumpa suami dn lain2..mmg kene marah kaw2 ler dengan husband time tuh sebab x tunggu mereka diam2 kt masjid..erkkk..silap saya..kami terus ke hotel dan tido nyenyak mlm tersebut..
sambung lg yer...
~~Coretan Hati~~ Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon
Template